.

Tuesday, April 09, 2013

http://statigr.am/mukhlis_aa


- Bismillah -



Aku masih lagi seorang photographer walaupun aku sekarang mungkin kurang pegang dslr. Tp dengan telefon bimbit aku sentiasa ambil gambar. Aku sgt merindui aktiviti keluar dengan kawan-kawan ambil gambar.

Walaupun aku mungkin kurang update blog ini, aku selalu update instagram.
Sebab boleh update di mana-mana walau sedang bekerja.
Dan gambar-gambar adalah perkara yang berlaku di sekeliling aku.
Jadi buat anda yang sentiasa menunggu update, sila follow aku punya instagram.

Carian nama : mukhlis_aa
atau yg tiada telefon bimbit pintar, layari alamat ini : http://statigr.am/mukhlis_aa


- Alhamdulillah -








Hampir 4 bulan



Macam biasa, maaf lama tak update. 
Macam biasa, sgt busy.
Mcm biasa, sebab sibuk utk 2 benda utama, doktor dan perniagaan.

So selepas hampir 4 bulan, hampir nak habis posting yg pertama (kalau tak kene extend la), aku still rasa xbest jadi doktor .__.

Cuma dah tak mcm dulu, kali ni bukan sebab tak suka, bukan sebab stress, cuma sebab x rasa seronok. Setiap pagi atau petang bila pergi kerja, perasaan seronok atau excited tu takde. Tidak enjoy bila berbuat kerja.

Rasa ikhlas tu tak pernah ada, walaupun dah banyak kali cuba ikhlas kan diri. Adakah mungkin aku tidak sesuai menjadi doktor sebenarnya?

Kawan aku kata mungkin aku tak suka O&G, bukan tak suka jadi doktor. Mungkin juga?
Biar masa menentukan.

Aku bersyukur aku ada benda lain selain doktor yang boleh buat aku rasa excited dan enjoy. Tidak terkurung di hospital sahaja.

Tapi akibatnya aku sgt sibuk.

Sangat sangat sibuk.

Berkejar sana sini.



- Alhamdulillah -