1. Kereta adalah liabiliti.
2. Jangan beli kereta sekiranya kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol, kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol dan kos-kos lain.
3. Sekiranya tuan puan dapat menyertai skim rumah pertamaku, maka itu adalah tindakan yang jauh lebih baik dari membeli sebuah kereta.
4. Jika sudah membeli kereta dan tiba-tiba rasa sesak kerana situasi nombor dua, maka cari pendapatan tambahan adalah lebih baik. Kalau rasa tidak mampu cari pendapatan tambahan, adakah kita sanggup memotong perbelanjaan?
5. Namun kalau tidak pakai kereta pun ada masalah lain. Mungkin (Atau cuma cari alasan nak pakai kereta?). Pening-pening.
6. Kita kena akui dan terima hakikat kereta adalah liabiliti. Kereta menghabiskan duit gaji kita setiap bulan. Jadi kena ada cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta. Duit gaji tidak diusik, simpanan ada, kereta pun ada. Itulah yang terbaik!
_____________________________________________________________
- Bismillah -
Aku sgt bersyukur kerana aku tidak pernah ada sebarang obsesi pada kereta seperti kebanyakan anak muda lelaki lain. Kawan baik aku sendiri, encik T pun aku pernah sembang2 pasal kereta, dia sgt suka kereta. Waktu itu kami bersembang apa yang kami nak buat dengan duit bila sudah banyak. Jawab aku, travel! Travel yang aku maksudkan bukan melancong tempat2 mewah, duduk hotel 7 bintang, naik limo dan sebagainya. Tapi aku suka pergi tempat orang, tengok budaya dan cara hidup, keindahan tempat, ambil gambar dan sebagainya. Lain pula encik T, kerata adalah jawapannya. Bukanlah aku anti dengan orang yg suka kereta dan mengidam untuk beli kereta beratus tibu hingga ke juataan Ringgit, cuma sekadar selera dan pendapat peribadi. Namun kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan? =]
- Alhamdulillah -