.

Friday, October 28, 2011

From South Korea with Kimbap ._.

- Bismillah -

Sory sgt lama dah tak update.

Sebulan lepas bb aku di Banting. 3 minggu. Internet kat sana pakai YES (topup broadband) jadi kne jimat. Dan aku sgt busy. Dalam masa 5 minggu ada 4 wedding aku kne ambil gambar. Setiap Wedding sabtu dan ahad. Penat. Dan sibuk untuk siap kan gambar. Bermula dari di Shah Alam, Putrajaya, Penang dan Sungai Buloh. 

Dan juga ada peristiwa yg amat menyedihkan berlaku T_T.
Ambil pengajaran T_T.

So 3 minggu di Banting juga sgt sibuk sbb selain ambil dan kne siapkan gambar, juga kne siapkan preparation untuk ke conference di Korea. Cari sponsor, beli barang, siap kan poster etc.

Sepatutnya 4 minggu posting di hospital Banting. Tapi sbb seminggu last aku dan kawan2 yg akan ke Korea minta cuti. Untuk detail cerita korea aku ada buat satu blog lain. Yeee blog lain lagi -.- ..Aku sendiri dah tak tahu berapa blog dah aku ada. Tapi blog ini aku buat dgn kawan2 yg ke Korea. Tp aku rasa aku akan jd main author la kot sbb blog tu aku yg buat dan aku je so far yg byk tulis dan gambar2 pun sgt byk aku nk letak dari kamera aku yg aku ambil juga. Tapi aku still berharap derang akan tulis juga, sbb lagi menarik bila lagi ramai tulis, dgn cerita masing2 dan pendapat masing2. Sbb semasa di Korea pun, ktrg tak experienced perkara yg sama. Minat aku jauh berbeza dgn 3 org lagi kawan aku itu. Dan ada byk kali juga ktrg keluar asing2. 

Jadi jemput lah melawat blog ini.

 Blog ini aku baru je buat 2 hari lepas. Baru je mula menulis. Gamba ape semua langsung tak upload lagi. Post y dah di published pun mungkin akan di edit lagi. Kire baru sgt lg. Masih diperingkat permulaan. Baru 1%. Ada 99% lagi untuk di update dan masih panjang dan lama lagi untuk siap.

Tujuan utama aku buat blog ini sbb nk letak gambar byk sgt. Sbb ramai org request. Seryes ramai. Dari aku on hp bile sampai kat LCCT je, dah ada org suh up gambar -.- ..Dan aku tak suke FB sbb kualiti gambar sgt rendah dan gambar kecil. Di blog at least aku boleh letak saiz besar.  Dan kualiti mungkin tak sebagus Flickr tp lbh baik dari FB at least. Jadi nk letak pada akaun Blogger sedia ada mmg aku yakin sgt tak cukup kapasiti dah. Jadi jawapan nya buat email baru supaya boleh buat akaun blogger baru untuk buat blog baru. AT least aku ada 1Gb lebih utk letak gambar. 

 oh bye the way, in case korang tak tahu kimbap ape. Ini adalah kimbap.

 Rupa mcm sushi je. Selalu je tgk dalam TV/movie. Tak rasa interesting pun. Tapi masa hari ke 2 di Korea, kawan aku Fakrul (yg belajar di sana) tanya nk try Kimbap tak. Die kata beli sebatang dulu takut xkene dgn selera perut , dan sebatang pun da kenyang. Time tu amik yg vegi je, plus telur. Skali makan ..... Omaigoodddddd terus jatuh cinta ok. Wife-to-be aku sila belajar buat kimbap skrg ok thanx. Kemudian rasa pula tuna. Pun sedap >_<. Dan setakat sebatang seryes tak cukup ok. At least 2 batang baru puas hati makan. Tapi tuna ngan vegi je la yg aku boleh makan kat sana, sbb daging2 lain xhalal.

Kemudian aku cerita kat PakNab (kawan org Malaysia yg bekerja di Korea), die kata yg aku makan tu baru kosong punye. Kalau byk isi lagi mesti aku akan sgt suka. Ok dah termimpi2 dah. Sebenarnya aku pun tatau knp aku suke sgt. Mungkin kombinasi seaweed nasi pulut dan  isi2 dalam tu mmg kena betul dgn lidah aku.

ok knp cerita pasal kimbap pulak nih ._.


- Alhamdulillah.   

Saturday, October 08, 2011

Masalah Belanja Kahwin Mahal


Masalah Belanja Kahwin Mahal
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net 
dowry
Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu 

JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا 
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا 

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
10 Oktober 2011

____________________________________________________________________________