.

Friday, September 23, 2005

Nafeesah Al-Wafa'


ala kuci-kuci..

[[ 21 tahun ]]

hohoho..kakak ku ke-2 yang berumur 21 tahun telah dirisik. akak-akak yang berumur 23 dan 24 tahun tu bile lg..kukui =]

Tuesday, September 20, 2005

[[ Insan baRu ]]

Suasana di Selasa sama tenang dengan hari semalamnya. Tenang, nyaman, indah, berbayu lembut dan redup. Awak verarak ceria. Tiada titisan huja. Pohon melaibai-lambai.

Hospital Seremban, 1000
Seorang serikandi akan sedang memandang langit siling dewan bedah hospital berkenaan. Hatinya sedikit resah, gusar, takut, sedih bercampur gembira. Namun anak yang bakal lahir memadam segala rintis-rintis mendung hujan yg terbit dari dalam diinya. Tepat jam 11pagi waktu Malaysia, akhirnya seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan dan secara rasminya aku naik lagi sepankat menjadi Pak Uteh..hehehe, Alhamdulillah. Akak aku ni kene bedah sbb posisi bayi yg songsang, kepala baby tu tanak turun kebawah.

Tapi akak aku ni asalnya plan ingin bersalin di hospital Ampuan Rahimah kemudian sanggup berpindah ingin bersalin di hospital seremban kerana ada akhwat disana katanya. Biarla die, asal die gembira dan aku pn turut tumpang gembira. Satu sudah, yang sorang lagi bakal menyusul awal tahun tahun depan insyaAllah.

Lupa nak sambung kisah semalam, ingat nak cerita sedikit sebanyak mengenai Fiestival Nasyid Amal Ibnu Sina (FINALIS) yg bakal diadakan bulan Disember nnt. Pertandingan nasyid ini agak unik, penyertann dibuka kepada semua kumpulan bukan profisional samada daru universiti, kolej kediaman, kolej universiti, kolej suasta, sekolah mahupun kumpulan persendirian atau underGround. Aku harap aRRaid dapat join FINALIS nih seterusnya mengaut terus johan dalam kedua-dua kategori yg ada iaitu trdisional dan temparori (betu ke ejaannyer?) /moden. Setakat ini, aku sebagai orang yg agak besar dalam ahli jawatan kuasa penganjur mmg sibuk, walaupun tak la sesibuk manapun sebenarnya. Secara kasarnya FINALIS bakal diadakan pada bulan disember pada 3 malam, 2 malam untuk peringkat saringan. Juri terdiri dari pada kumpulan nasyid profesional tanah air dan masih dalam peringkat perbincangan ngan abg Waie. Hadih merupakan wang tunai dan piala pusingan. SEtakat ini tiada sebarang bayaran yg dikenakan untuk menjadi peserta tp tak tahu la jika ada sebarang perubahan kelak. Lg 1, pertandingan ini memerlukan kumpulan, solo tidak dibenarkan, rasanya haritu bincang minimum 4 org.

Patang ni lps zohor ada latihan CPR di dining hall KK6.

-sek|an-

Monday, September 19, 2005

[[ Daun yang Luruh ]]

Angin bertiup lagi, menghembus-hembus bumi Malaysia yang aman dan damai ini. Bayu petang menyapa lembut semua penguhuni kk6 seperti selalu. Hujan baru sahaja berhenti. Suasana redup. Suasana sedikit dingin.

Suasana sebaik dan seindah ini sungguh gemar diselami. Namun suasana pelajar tahun satu pelajar MBBS UM lain pula atmosferanya. Masing-masing mendung. Tersenyum pahit. Adajuga yang luka malah hacur lebur pun tak kurang jua.

Minggu ini aku agak sibuk menguruskan fiesta nasyid amal ibnu sina 2005. Abg waie sebagai wakil PIN akan datang ke sini untuk berbincang beberapa perkara..

opss..da azan, bukak puasa dulu..chioww

Monday, September 05, 2005

[[ ........ ]]

2 September 2005
Akhirnya cuti yg dinanti tiba jua. Tetapi sebelum pulang, kumpulan GXEX 42 perlu menghadiri kelas selama 2 jam, 1 jam menggantikan kelas yg dibatalkan 2 minggu lalu. Cuaca petang itu mendung dan berbayu lembut, namun suasana di dalam makmal komputer dimana berlangsungnya GXEX sebaliknya pula. Semakin lembunt angin menyapa nyapi di bumi luar, Si makcik yg mengajar kami GXEX semakin lantang suaranya berceramah dan membebel membabi buta. Entah apa salah silap kami tidak ditahui juga. Namun akhirnya kami mendapat berita yg makcik itu mood nya mmg dalam keadaan yg menyebabkan dia ditakuti lelaki. Puncanya adalah dari hari sebelumnya, kumpulan 41 telah menyebab hari ni si makcik mengeluarkan kata-kata yg bukan-bukan terhadap kami. Parah-parah. Payah kalau berurusan dengan orang yang suke ikut mood sendiri ni. Hal semalam, semalam punye la, yg nk dibawa sampai ke hari ni kemudian lepasnya pula kepada kami apa kes? Mmg tak puas hati. Namun keghairahan untuk pulang membuatkan kami lupa perkara td.

Ingat lg tak mengenai sukan tradisional yg pernah ku kisahkan dahulu..

Kalau stakat nk dibandingkan dengan si shalin, menang lg gaya aku.hehe.. terpegun sume yg melihat seorang jaguh membaling kelapa. amacam?? bangga tak korang y baca ni sbb kenal ngan aku..ehee


Sempena hari kemerdekaan, Kolej Ibnu Sina menghantar wakilnya dalam upacara perbarisan. Namun takdir menentukan segalanya. sudah la berlatih cuma 2 hari, ada exam pula pada 30 ogos 2005 sedangkan pertandingan tersebut dijalankan pada malamnya sebelum jam 12. Dan apa yang paling menyedihkan, pihak PA system telah tersalah pasang lagu, tidak seperti yg telah kami maklumkan. Dari 17 kumpulan kami hanya merangkul tangga ke 10. Rata-rata kami cukup kecewa dengan kesilapan teknikal tersebut. Mana tidak, penat berlatih tetapi persabahan yg sebenarnya tidak dapat dipersembahkan. Kami pasrah. Pasti ada hikmah disebaliknya. ( Gambar : Pose tugu negara dr kami ). Selepas habis perbarisan, kami berkonvoi ke gerai pak abu (gerai makan KK6). Masing-masing menjamu selera dah tak ingat dunia, macam lepas ni da tak makan je. Manakan tidak, sume bill akan di bayar office sebagai ganjaran kitorang. Rasenye makan hari tu, kalau perut lembupn tak cukup gak. kuikui..


Hari Rabu menjelang pula dan hari itu merupan hari cuti seperti yg diketahui. Malam tu geng-geng gerai chikumaring yg penat lelah berkerja menbuka, menjaga dan menutup gerai makan yg dibuka sempena Festival Konvokesyen 2005 menerima habuan masing2. Bukan tanak boikot tp tahu-tahu da ade org beli. apa lagi, kisah malam sebelumnya berulang lg. Kalaulah tiap-tiap malam sekenyang malam tu dan malam sebelumnya, waahh..memang sah hidup untuk makan.

Sedabg menaip menyusun ayat mengatur perkataan, aku teringat sesuatu. Aku telah dilantik sebagai 'org besa' dalam prigram Ihya' Ramadhan yga akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Di tambah pula sebagai ajk dalam program alumni fakulti perubatan universiti malaya pada akhir tahun ini. Dua program yg sgt besar. Dan satu lagi, juga sebagai 'org besa dalam pertandingan nasyid antara universiti seluruh melaysia yg bakal dilangsungkan juga pada bulan 12 nnt. Juga program besa. Aiyaaa..

-sekian-