- Bismillah -
Aku sudah pernah tulis berkenaan tayar kereta dulu :
Jadi tayar yang aku ceritakan dalam post tersebut adalah tayar yang dibuat pada minggu ke 30 pada tahun 2006. Post yang aku buat pula pada tahun 2010 bulan 10. Jadi pada tahun yang sama, pada hujung tahun itu aku pun tukar lah tayar. Namun sebab takde duit jadi aku tukar 2 tayar depan sahaja dulu. Sebab tayar depan nampak sangat botak dan retak. Dengan kata lain tayar itu aku dah guna selama 4 tahun. 2 tayar lagi pun sebenarnya sudah patut ditukar sebab umurnya sudah 4 tahun walaupun nampak masih ok sedikit berbanding tayar yang ditukar itu. Pada waktu itu harga yang aku dapat adalah RM110 untuk sebiji tayar. Sebenarnya dari research yang aku buat, tayar kanci biasa boleh dapat serendah RM90. Tapi setelah lama mencari dan tak jumpa, aku tukar sahaja.
Masalah dengan tukar tayar, bukan tayar sahaja yang perlu ditukar. Selepas itu kene buat alignment dan balancing pula. Kedua-duanya melibatkan kos lebih kurang RM80-120 pula. Pada waktu itu aku dapat harga RM85 xsilap.
2 tayar seterusnya aku tukar baru-baru ini sahaja. Dalam bulan lepas. Sebenarnya agak sangat bahaya dan sgt gamble berbuat begitu. 2 tayar itu sudah berumur 6 tahun. 1 tayar semasa aku ingin pulang ke kolej tiba2 menjadi bengkak, akibatnya aku terpaksa guna tayar spare yang umurnya jauh lebih lama, 12 tahun! Sama umur dengan umur kereta kancil itu. Tayar itu mmg keras tapi takde pilihan. Jadi aku guna sahaja dulu. 1 lagi tayar aku perlu pam setiap 2 hari, sbb tayar itu akan kempis sekejap sgt (dalam tempoh sehari lebih). Itu menunjukkan yg tayar itu sudah sgt kritikal. Tayar spare yg berumur 12 tahun tu pula baru beberapa hari guna sudah retak. Ok stresssss.
Waktu itu memang tengah takde duit langsung. Yang ada cuma untuk keperluan lain. Jadi aku terpaksa guna tayar berumur 6 tahun yg kempis setiap 2 hari (sgt kempis sampai pressure drop below 90kpa) dan tayar 12 tahun yang sudah retak. Tayar bengkak mmg dah tak boleh guna langsung sbb bengkaknya yang sgt besar. Boleh kata 2 bulan jugak aku guna tayar2 itu. Mmg cari nahas. Demi keselamatan aku bawa kereta max 60km/j sahaja, in case tayar pecah dan kereta hilang kawalan. Tapi alhamdulillah tiada apa2 berlaku.
Jadi bulan lepas bila sudah ada duit maka aku ke kedai tayar yang baru dibuka berdekatan dengan rumah aku. Bila tanya, dia ada 3 jenis tayar kancil. Takde la 3 jenis pun, jenis yang sama tapi ada 3 brand. Setiap brand berharga RM95, RM105 dan RM125. Jadi aku pilih yang RM105 dua biji. Yang tayar spare aku simpan dulu tak tukar lagi, nanti2 lah pulak bila banyak duit sikit. Untuk balancing aku kene RM30, untuk alignment dia charge RM60 tp aku kata takpe lah, next time. So buat balancing sahaja.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment