.

Saturday, November 26, 2011

Rumah baru



Tok & Wan aku baru pindah rumah baru. Di tengah2 kawasan sawah padi. 





Friday, November 25, 2011

Paeds


- Bismillah -


Gambar yg sgt familiar yg menyentuh hati?


Dan kisah hidupnya.



_______________________________________

Memandang kan aku sedang posting paeds skrg, aku nak ceritakan satu kisah seorang bayi yg skrg berumur 1 tahun 5 bulan.

Dia dilahirkan preterm, maksudnya tak cukup bulan. Jadi dia memerlukan artificial surfactant untuk paru2 nya berfungsi dengan betul. Tapi malangnya, ibunya hanya seorang cleaner dan bapanya pekerja kontraktor yg kadang ada kerja, kadang tiada. Hidup pun hanya sewa sebuah bilik sahaja. Mempunya 3 orang anak dan bayi ini adalah anak ketiga. Kerana tidak mampu, bayi ini tidak menerima surfactant, mengakibatkan dia memperolehi penyakit paru2 yang kronik dan memerlukan bantuan pernafasan dalam suatu jangka masa yg lama. Dan disebabkan bayi ini sudah ada masalah paru2 yg teruk, dia perlukan pula alat bantuan pernafasan kalau dia ingin dibawa keluar dari hospital.

Tapi ibubapanya tidak mampu menyebabkan bayi ini duduk dihopital sejak lahir hinggalah skrg, berumur 1 tahun 5 bulan. Ibunya hanya melawatnya pada hujung minggu dan bapanya hanya pernah melawat 2 kali, sekali ketika lahir dan sekali sewaktu dia dimasukkan ke ICU pada umur lbh kurang 3 bulan. Dengan kata lain bayi ini hampir sepanjang hidupnya tidak mempunyai belaian kasih syang dari ibubapa. Nasib baik staff nurse di ward yg baik hati selalu menjaga dan membantu mana yg boleh. Ada yg beri pakaian, makanan dan mainan. Ntah apalah nasib bayi ini di masa akan datang.

Sudahkah kita bersyukur untuk hari ini?


- Alhamdulillah -

Friday, November 18, 2011

Denggi


Assalamualaikum, Bismillah.. Fuh Alhamdulillah ~

Jadi sejak di suspek denggi last week, aku sentiasa standby Sheildtox (yg aku curi kat rumah). Walau seekor nyamuk pun aku nampak atau aku rasa kne gigit, aku terus sembur. Dan of kos aku keluar sekejap dari bilik sbb hidu gas racun perosak serangga tu pun adalah tidak bagus.

BAru2 ini kolej aku, sekurang2 nya 3 orang positif genggi. In case ada yg tak tahu, denggi ini ada tahap severity yg berbza, dari demam biasa, sehingga anda boleh menemui ajal. Jadi jgn ambil mudah. Seekor nyamuk pun boleh membunuh. Sekali kawasan anda ada kes denggi, sampai bile2 kawasan tersebut berisiko untuk jangkitan atau kes seterusnya. Melainkan satu tindakan yg sgt drastik dilakukan untuk menghapus kawasan pembiakan denggi.

Buat masa ini aku sedang berusaha untuk update blog korea ( http://southkorea-oct2011.blogspot.com/ ) at least satu post sehari. Aku tak sure total post akan jadi berapa nnt sebab jumlah gambar nak diletak mcm sgt byk. Dan aku tak boleh letak satu pos terlalu byk gambar, sbb nnt jadi terlalu berat untuk dibuka. Tidak semua orang mempunyai ekses internet yg laju, dan sebenanye ramai juga komplain. Sbb tu aku kurang kan jadi 20+ gambar sahaja dari 40+ masa pos awal2.

 
- Alhamdulillah -

Tuesday, November 01, 2011

vid HIMPUN dan sebuah kisah

- Bismillah dan Assalamaualaikum -




_________________________________________

Al kisah aku ada la sorang si fulan ini (bukan muslim), yg aku tak suke dia atas pelbagai sebab. Tak suke, tapi takde lah benci. Mcm bila jumpe tu senyum awkward dan tego, 'hei' atau 'hai' atau senyum sahaja. Mmg jarang aku nk bersembang atau menegur. Walaupun sebenarnya aku rasa ada beberapa perkara yg aku rasa ada persamaan antara aku dan dia, sebagai contoh photography dan outdoor activities.

Baru2 ini aku terperasan satu perkara. Status2 die di FB seolah2 menjadi semakin keagamaan (?). Sering aku lihat die letak petikan dari Bible, dan yg aku jadi herannya dalam bahasa melayu. Dan apa yg penting stuktur terjemahan Bible itu seolah2 ayat suci Al-Quran, yg mana aku fikir kalau org yg jarang baca atau lihat terjemahan alQuran, pasti sangka itu ayat alQuran. Dan sangkaan aku tepat sbb setiap kali si fulan ini letak potongan2 terjemahan itu, ada beberapa kawan2 muslim aku like dan komen dgn komen yg positif. Jadi aku cube tanye lah.

"korang like dgn komen2 ni xpe aku rasa, tp korang tahu kan itu ayat dari Bible?"
Dan jangkaan aku tepat, masing2 semacam terkejut.

Yg buat aku pelik, xde pula org melayu yg bukan Islam yg aku kenal di kalangan die (memandangkan yg selalu komen pun, kalau org melayu adalah pelajar medic juga dan Muslim). Jadi apa motof die utk letak potongan Bible dalam bahasa melayu? Untuk disampai kan kepada sesiapa? Atau dia pendakwah Kristian? Bukan nk bersangka buruk (ni kira bersangka buruk ke?), tp kalau die pendakwah kristian yg senyap2, aku rasa die agak bagus, dgn lagak gaya dan caranya.

Dan kalau die bercakap pula, biasa lah kita muslim akan dimulakan atau diakhiri dengan salam. Dan dia juga juga sama, except bukan Salam atau Assalamualaikum, tetapi 'Shalom". Yang membawa maksud sama dgn salam, tapi merukan cara orang Modern Israeli Hebrew atau Jewish/Yahudi.


- Alhamdulillah -