- Bismillah -
Ini cerita setahun lepas, cerita lama. Tapi disebabkan aku akan post beberapa cerita berkenaan kereta selepas ini, jadi aku cerita juga cerita lama ini. Ini cerita bulan 10 tahun lepas. Waktu itu aku baru balik dari korea, dan ingin keluar. Tapi bila cuba start engine kereta, engine kereta tak hidup.
Jadi aku suspect bateri kereta memandangkan dah lama tak start engine.
Jadi mcm biasa aku call Encik Rahim (masa tu single lagi) untuk bantuan. Nak di mudahkan cerita lepas test sikit2 mmg masalah nya adalah masalah bateri. Bateri kereta yang aku guna ketika itu adalah bateri jenis basah. Masalahnya bateri jenis basah nih, lavel air kene sentiasa jaga. Dan itulah silap aku. Aku jarang keluar tapi bila aku keluar biasa kelang kabut. Memang aku jarang nak cek level air. Akibatnya bateri mudah rosak. Lagi2 lepas tinggal 2 minggu macam itu.
Apa yang aku maksudkan bila bateri kereta rosak? Maksudnya bila cuba charge balik pun, bateri masih kong. Pakai jumper pun kereta tak hidup juga. Tolak turun bukit pun tak mahu juga.
By the way, bateri basah asal itu aku rasa baru guna setahun sahaja.
Bila compare bateri basah dan kering, yang kering lagi mahal. Tapi bateri basah lagi tahan lama. Dari yang aku baca, bateri basah tahan sehingga 3-4 tahun berbanding bateri kering yang cuma 2-3 tahun sahaja. Cuma maslahnya kene jaga level air. Jadi jalan penyelesaian adalah beli bateri baru. Encik Rahim belikan bateri baru, kali ini bateri kering terus lagi mudah dengan harga RM150. Bateri baru itu adalah bateri NS40.
Ini pula harga rujukan yang aku jumpa dalam internet :
NS 40 Z KERING 138.00
NS 40 ZL KERING 138.00
NS 60 KERING 165.00
NS 60 L KERING 165.00
NS 6O S KERING 165.00
NS 60 LS KERING 165.00
55 D23 R KERING 215.00
55 D22 L KERING 215.00
NS 70 KERING 220.00
NS 70 L KERING 220.00
NX 120-7 KERING 255.00
NX129-70 L KERING 255.00
N 70 Z KERING 250.00
N 70 ZL KERING 250.00
N 100 AIR 318.00
N 120 AIR 375.00
N 150 AIR 435.00
N 200 AIR 618.00
DIN 55 R/L KERING 220.00
DIN 66 L KERING 255.00
DIN 88 L KERING 340.00
DIN 100 L KERING 370.00
NS 40 ZL KERING 138.00
NS 60 KERING 165.00
NS 60 L KERING 165.00
NS 6O S KERING 165.00
NS 60 LS KERING 165.00
55 D23 R KERING 215.00
55 D22 L KERING 215.00
NS 70 KERING 220.00
NS 70 L KERING 220.00
NX 120-7 KERING 255.00
NX129-70 L KERING 255.00
N 70 Z KERING 250.00
N 70 ZL KERING 250.00
N 100 AIR 318.00
N 120 AIR 375.00
N 150 AIR 435.00
N 200 AIR 618.00
DIN 55 R/L KERING 220.00
DIN 66 L KERING 255.00
DIN 88 L KERING 340.00
DIN 100 L KERING 370.00
So mahal sikitlah yang Encik Rahim beli. Tapi sebab waktu itu tak tahu apa2, so ok je lah. Lepas ni dah tahu perlulah cari bateri dengan harga yang lebih rendah. Dan bila umur bateri dah 2 tahun ke atas, dah boleh expect bateri akan buat hal dalam masa terdekat. Jadi boleh prepare duit siap2. Tak pun boleh beli bateri siap2. Tak perlu pergi bengkel pun, sebenarnya nak tukar bateri tak susah mana. Mungkin dalam 5 ke 10 minit sahaja. Kalau pergi bengkel biasanya mekanik akan naik kan harga bateri, katakan RM165. Kemudian dia akan kenakan lagi kos upah dalam RM10-15. Itu lah yang biasa berlaku.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment