.

Tuesday, August 28, 2012

Puasa Sunat

- Bismillah -



Aku dapati puasa sunat sebenarnya sangat senang untuk dilakukan. Walaupun aku suka makan.
Sangat senang setakat tahan nafsu makan dari subuh sampai maghrib.
Dan aku dapati juga bila berpuasa sangat senang nak tak buat dosa. Mood puasa tu menyebabkan xde mood nak buat dosa. Mungkin sbb kita lapar? atau mmg itulah hikmah berpuasa.

Tapi yang susah, nak elak perkara-perkara lagha dan melalaikan.
Namun aku dapati ia menjadi sgt senang bila kita meyibukkan diri dalam perkara2 yang lebih besar dan penting. Sebab secara automatik kita akan menyibukkan diri kita ke arah perkara yang kecil dan tidak bermanfaat, bila kita terlampau banyak masa kosong.

Juga sgt susah nk perbanyakkan perkara-perkara sunat.
Nak buat secara konsisten perlukan kesabaran dan kesungguhan sebalum ia jadi tabiat.
Dah jadi tabiat insyaAllah ia jadi mudah.

Alhamdulillah baru syawal ke 10, aku dah habis puasa 6 untuk hari ke 5. Esok habiskan terus.
Aku rasa kalau mcm ni hari2 puasa sunat pun takde masalah.
Ia jadi mudah sebab skrg kolej dah tak sediakan makanan. Nak makan kne pergi beli.
Ini menjadikan aku sgt malas dan sgt berjimat. Akibatnya tak makan seharian tak pun makan sehari sekali.
Jadi aku berfikir baik berpuasa, kan.

Namun bila makanan free byk depan mata, puasa menjadi sgt susah.
Memandangkan aku suka makan .____.



- Alhamdulillah -





No comments: