- Bismillah -
TOLONG TENGOK DALAM HD!!!!
http://youtu.be/6v2L2UGZJAM
Setelah 26 tahun hidup, aku telah terdedah kepada bermacam-macam jenis bidang dan kepakaran. Dan seiring dengan itu juga aku dapati minat aku terhadap sesuatu makin tahun makin berubah. Tapi ada satu perkara yang dari kecil aku minat tak berubah-ubah, sampai lah sekarang. 26 tahun! Aku minat kepada alam semula jadi dan aku minat untuk jadi pengembara/peneroka/explorer dan yg sewaktu dengannya. Kalau dapat kerja dgn National Geography tu kire dah lengkap dah hidup aku.
Sebab itu dari kecil aku selalu hilang merayap ke sana sini, tak mcm adik beradik aku yg lain baik je duduk rumah. Aku selalu hilang pagi2 atau tgh hari dan balik petang kotor comot dan hitam legam. Aku panjat sana, daki sini, masuk sana dan redah sini. Selalu balik rumah mak dan ayah dah tunggu depan pintu dengan rotan atau penyangkut baju .___.
Bila besar sedikit aku banyak melihat langit, dari situ aku menanam cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan. Besar lagi masuk sekolah rendah, aku ingat lagi geng2 masuk hutan aku. Aku, Zubair, Zul dan beberapa lagi rakan selalu hilang masuk hutan belakang sekoah. Tak ramai tahu hutan belakang sekolah ada sebuah kolam yg sangat jernih yang ada ikan dan boleh mandi. Petang2 lepas habis sekolah aku dan kawan2 selalu panjat pagar atau buat laluan rahsia di pagar untuk menyelinap ke hutan belakang sekolah.
Berlatar belakangkan ibu dan bapa yang bekerja sebagai cikgu, aku selalu dan sgt selalu mengikuti mereka ke perkhemahan sekolah mak dan ayah. Pulau pangkor itu sampai sebelum aku masuk sekolah menengah sahaja, sudah berbelas kali rasanya pergi. Setiap tahun sampai 2 ke 3 kali.
Masuk sekolah menengah aku sangat suka ke pantai, laut dan dusun di sekitar kawasan sekolah menengah, di Jeram, Kuala Selangor. Kalau ada perkhemahan atau aktiviti outdoor takkan aku ketinggalan. Program syabab, komander dan pengakap memang tak pernah aku miss. Gunung ledang dah 5 kali pergi, tapi cuma 3 kali sampai ke puncak.
Bila dah ada lesen dan pandai jaga diri, lagi tak duduk diam. Broga sahaja dah 21 kali rasanya aku pergi. Gunung Stong, Taman Negara Pahang dan masuk gua antara yg menarik aku buat sewaktu di alam universiti. Program di rumah orang asli di Serawak pun sgt menarik walaupun xde explore sgt.
Tahun lepas orang pergi korea nak tgk artis2 korea tgk orang korea, aku bergegeas nak panjat gunung dan bukit, masuk gua dan explore tepi laut.
Semenjak aku terjebak dalam photography-pun, aku lebih cenderong kepada landscape. Aku ambil gambar wedding dan majlis pun sebab terpengaruh dgn Saiful Nang, yang menyebabkan aku juga suka capture event and candid. Tapi no 1 aku masih minat landscape.
Orang lain melancong minat nak ke Paris, London, Spain, LA, NY etc, aku lebih minat nak ke New Zealand, Nepal, China, Australia, Korea, Middle East, Africa, Scotland, Ireland, Sahara, Antartica etc. Lebih kepada kawasan yang ada gunung ganang dan alam semula jadi yang terpelihara.
Awal tahun ini ada kawan aku pergi bekerja di New Zealand selama 6 bulan. Dia lepasan ijazah Engineering x silap aku. Tp Sbb minat nak dgn nature dan landscape, dia pergi kerja sebagai pemetik buah kat New Zealand selama 6 bulan. Bekerja sambil explore New Zealand. Okaaaaaaay sgt jeles. AKu da siap tanya detail lagi ada kerja kosong tak kat sana sume haha. Dan aku siap dah berfikir secara serius untuk buat macam tu lepas hbs medic bulan 10 nih ._______.
Ape kawen? Ahhhh nanti2 la. Bila2 boleh kawen hagagaga.
....knp aku amik medic .___.
- Alhamdulillah -
4 comments:
6 bulan? Kawan ak ada buat 3 bulan je... kutip kiwi ke oren tapi seronok pasal sempat buat bungee jumping & sky diving....
Pasal batt keta tu... hehehe ak rasa prmpn lagi sesuaiii pakai sel kering, takyah susah2 maintain... gi laut, cabut wire je... kalau kaput leh tukar sendiri...
update pls... kalau ada masa ak mati kutu tatau nak cek blog mana dah huuuuuuuuuuuuu
bile nie nak jadi doktor nieeee?
heheheh
jom dtg middle east!
Maz : Klau dapat sebulan pun dah bersyukur da. kalau dapat 36 bulan mmg silap2 tak balik.
reti ke tka sendiri? pegi laut nk buat ape? Mmg akan update. byk sebenanye nak update. xde masa je. da la bog byk, kne gilir2 hihi
Zahrah : Aku pun tak tahu,ikut keadaan. Makin jumpa byk opportunity skrg. Minat tehada benda lain pun makin bertambah.
Middle east tu mesti. Tunggu masa dn duit je.
Post a Comment