.

Monday, January 21, 2013

RM10

- Bismillah -




Sewaktu zaman belajar aku telah berjaya untuk mengumpul tunai hampir RM30,000.00, dari pelbagai sumber termasuk biasiswa dan pernigaan sendiri. Proses mengumpul duit sebanyak itu mengambil masa hampir 4 tahun juga lamanya. Semuanya hanya untuk 1 perkara, kahwin. Namun hari ini hampir kesemua wang tersebut telah habis. Kebanyakannya digunakan untuk menubuhkan syarikat yang hari ini sudah bernilai lebih setengah juta Ringgit Malaysia. Alhamdulillah.

Namun wang yang telah berlipat kali ganda tersebut adalah dalam bentuk saham syarikat yang tidak boleh digunakan dalam masa terdekat untuk perbelanjaan kahwin. Selain itu sedikit darinya aku guna untuk menggantikan handphone lama yang sudah sgt nazak, dan perbelanjaan seharian (makan, barang2 keperluan seharian, petrol dan tol). Ini kerana walaupun aku sudah bekerja, proses untuk mendapat gaji permulaan adalah sangat lambat. Kebiasaannya mengambil masa sehingga 3 bulan. Maka sekarang aku terpaksa hidup 3 bulan tampa gaji dan bergantung kepada duit simpanan yg hampir habis.

Disebabkan duit simpanan yg hampir mencecah angka kosong, maka aku perlu mengumpul semula RM30,000.00 (atau mungkin lebih disebabkan inflasi). Namun kali ini dalam tempoh hanya 8 bulan. Tidak mustahil tetapi perlu disiplin yang sangat tinggi. Antara yang aku cuba usahakan adalah dengan menghadkan perbelanjaan bulanan tidak melebihi RM1000. Ini adalah termasuk bil telefon, bil internet, ASB, takaful dan perbelanjaan harian. Kalau diperhatikan, RM500 sebenarnya adalah untuk takaful dan ASB. Iyaa aku mmg suka menabung.

Untuk makanan sahaja, aku setakat ini cuba untuk tidak lebih dari RM10 sehari. Walaupun Klang adalah bandar yg kurang nenbangun berbanding Kuala Lumpur, majoriti sekali makan hampir mencecah RM7. Harga makanan di sini adalah semahal di Kuala Lumpur. Kebiasaannya aku cuba untuk makan sehari sekali sahaja. Dan setakat ini berjaya. Ini adalah kerana kerja yang sangat sibuk, jadi kebiasaannya tengah hari mmg tidak makan. Di UM dahulu ada byk kedai makan untuk pelajar yg menawarkan harga rendah, jadi walaupun hidup di KL, namun lebih jimat.

Tetapi  kadang2 mengada nak makan berbelas ringgit dan berpuluh ringgit yg kene tahan tu walaupun makan sekali sehari je .__.

Selain itu untuk mengelak perut dari meragam bila cepat lapar, aku ada beli banyak buah untuk dimakan bila lapar. Boleh beli byk2 sebab masa aku ada beli peri ais hihi. Mungkin ada yang akan mempersoalkan baik bakan dari beli pegi ais. Jawapan aku adalah : peti ais beli sekali sahaja berharga RM550. Boleh diguna lama. Dalam tempoh 55 hari sahaja, aku sudah boleh jimat dari makan 2 ke 3 kali sehari. Selain itu Klang adalah bandar yang panas. Kalau panas dari cahaya matahari tidak apa lagi. Tetapi panas bahang. Bangun tidur sampai basah lencun akibat berpeluh. Jadi jika ada air sejuk, adalah sangat membantu. 



- Alhamdulillah -

4 comments:

hamba allah said...

hows ur work??hope in goodside always..
insyaallah on His pleasure...
erm sempat gak eh simpan duit..
congrats for da company...
semoga diredhaiNya...
erm tuls entry tips nak berjimat bulih???

musaf said...

so far so good. Masih belum boleh tersenyum .__.

ImsyaAllah jika berkesempatan.

Anonymous said...

senyum jek:)
asal x update baru??

SMM said...

dapat kumpul 30k dalam masa 4 tahun waktu belajar adalah satu pencapaian yang hebat. grad dah bekerja tetap pun belum tentu dapat buat begitu.
all the best untuk kumpul 30k dalam masa 8 bulan. jika berbelanja tidak lebih 1k sebulan, maknanya jumlah pendapatan yang perlu masuk ialah 4.75k sebulan on average (38/8)