.

Friday, January 18, 2013

Dokte

- Bismillah -



Dahulu semasa aku masih seorang pelajar, aku rasakan yang bekerja dalam kerajaan adalah tidak menyeronokkan, atas sebab imbuhan yang tidak memuaskan dan tidak setimpal dengan tugasan yang diberikan. Dan atas alasan yang samalah ramai doktor lari pergi ke swasta.

Hari ini, aku masih rasa bekerja dalam kerajaan masih tidak menyeronokkan, secara spesifik lagi adalah menjadi doktor kerajaan. Tetapi atas alasan yang berbeza. Dari segi imbuhan sebenarnya boleh tahan kerana agak banyak elaun yang diberikan, namun begitu aku rasa masih tidak setimpal dengan tugas seorang doktor. Apa yang tidak menyeronokkan adalah kita terikat dengan banyak benda dan perihal. Contoh mudah, nak ke luar negara mestilah dengan kebenaran ketua jabatan. Kerja mengikut waktu yang ditetapkan adalah antara yang paling aku tidak suka. Setiap hari 7 pagi hingga 7 petang adalah memenatkan. Solat pun kene curi-curi. Karenah manusia pula macam-macam. Tidak mudah dan susah. Aku lebih prefer ikut waktu sendiri dan jadual yang lebih flexible. Maka aku bersyukur kerana aku sudah punyai syarikat sendiri. Cuma perlu cari masa yang sesuai untuk letak jawatan. Mungkin dalam tempoh 10 ke 15 tahun bergantung kepada keadaan. Buat masa ini itu antara 2 yg aku sangat tidak suka.

Sehingga hari ini aku rasakan yang kerja hari-hari adalah satu paksaan. Bukan tak suka kerja doktor, tapi tidak kene dgn jiwa. Setiap pagi, aku cuba untuk ikhlaskan hati, namun sehingga kini masih tidak berjaya. Tidak benci, tapi tidak pula suka. Kerana ada cara kerja lain yang aku lebih suka. Banyak sebab kalau hendak di senaraikan kenapa aku masih tidak dapat ikhlaskan diri lagi. Namun yang paling utama aku fikirkan adalah suasana tempat bekerja. Lebih spesifik lagi dengan siapa aku bekerja. Dan yang aku pasti aku kurang suka dengan beberpa orang superior yang terlampau angkuh, sombong, panas baran dan tiada hati perut. Banyangkan perlu bekerja dgn orang sebegini selama 2 tahun. Memang patut ada antara rakan doktor aku yang akhirnya break down dan terpaksa berjumpa dengan psychiatrist dan akhirnya hari ini sudah tidak berfungsi.

Namunpun begitu, faedah menjadi pegawai kerajaan ada juga menariknya. Terumanya dari segi pinjaman yang ditawarkan dan elaun-elaunnya. Sebab itu lah bank berebut menawarkan pinjaman kepada kaki tangan kerajaan. Namun bahayanya di sini adalah jika anda membuat bad debt instead of good debt. Selain itu untuk dibuang kerja dari kerajaan adalah sangat susah. Kawan aku yang dah tak boleh berfungsi sebagai doktor itupun masih belum dibuang lagi dan dapat gaji penuh juga tiap-tiap bulan. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk membuatkan aku ikhlas hari-hari.

Aku rasakan ramai ibu bapa atau masyarakat telah silap kerana terlampau taksub dengan pekerjaan doktor, sehingga ramai orang ingin menjadi doktor. Ini adalah pemikiran yang silap. Ibu bapa pasti sangat bangga jika anak mereka adalah doktor. Dan aku sangat tidak suka jika ada ibu bapa yang memaksa anak mereka untuk menjadi seorang doktor. Tidak salah untuk membimbing, tetapi tidak betul untuk memaksa. Setiap orang dicipta berbeza, kemampuan dan minat adalah berbeza juga. Nak paksa-paksa orang, diri sendiri kenapa tak jadi je doktor, ye tak. Jangan rasakan kehendak sendiri adalah pilihan yang terbaik untuk anak kita. Itu kehendak kita, bukan anak kita.

Mendapat pendedahan yang betul adalah sangat penting sebelum membuat keputsan untuk terjun ke dalam bidang apa. Dan aku rasa itu yang masih kurang dalam masyarakat dan sistem pendidikan hari ini.

Waktu kecil bila ditanyakan cita-cita, ramai sungguh yang ingin menjadi doktor. Kenapa? Pastilah sebab ibu bapa dan suasana mereka. Kita patut ubah perkara ini. Selepas ini mungkin bila ditanya cita-cita, kanak-kanak akan menyebut daie, businessman, proztaz, agen perlancongan muslim dan lain2 yg jarang kita dengar. Tak ke lebih menarik di situ? Selain itu jangan pandang rendah pekerjaan lain seperti geologist, penulis, ahli muzik, photographer dan sebagainya. Doktor sahaja tampa cleaner huru hara okay hospital.

Sebut tentang cita-cita, aku pernah jumpa seorang kanak-kanak sekolah rendah. Bila ditanya tentang cita-citanya, dia mengatakan dia ingin menjadi ang islam yang syahid di bumi palestin. how cool is that??


- Alhamdulillah -

3 comments:

hamba allah said...

salam mmg pn tak ade mnusia yg wat krja ngn btol2 ikhlas tp ade gak ar sy tak kate semua tp most of us belit nye ayt harap phm lah.sy pon antra ikhlas ngan x je amik course ni disebabkan parents saya nak sngt bggkan dorang ag pon kalau nak ikutkan dgn semua pngrbnan dorang kat sye mmg tak kan terbalas even kalau sy dpt bggkan dorang.insyaallah.sy doakan en dr dpermudahkan urusan dan ikhlaskan diri demi umat islam.en merupakan salah seorang umat islam yg berjaya meningkatkan ilmu dan diberi oeluang utk menmba ilmu allah.saya sgatberharap ramai lg umt islam yg akn brrjaya bkn sje dlm bidang ni tapi bidg laen gak.aminnn:)

musaf said...

.__. (senyuman yg termampu setakat ini)

hamba allah said...

yelah:0