.

Wednesday, February 22, 2012

Ijazah


- Bismillah -

Hidup di zaman ini membuatkan ramai orang memandang ijazah dari Universiti sebagai kayu ukur kepada ilmu seseorang. Memang tidak dinafikan sesetengah bidang terutamanya bidang2 professional seperti doktor, auditor,  lawyer dan sebagainya memerlukan pendidikan khas dan sijil untuk menunjukkan yg kita mahir dan di iktiraf dalam bidang2 tersebut. Namun, dalam dunia ini byk juga bidang yg sebenarnya tak perlu-pun untuk kita belajar di universiti atau kolej untuk mendapatkan segulung ijazah mengatakan kita mahir dalam perkara tersebut.

Pada pendapat aku, ijazah dalam bidang2 subjektif seperti fesyen, fotography, masakan, hiasan dalaman dan sebagainya, apa yg lebih penting adalah minat, kemahiran dan pengalaman. Pendidikan formal di universiti  hanyalah menyediakan kita segulung ijazah, sebagai bukti kita telah melalui suatu program berkenaan sesuatu bidang. Ia langsung tidak menunjukkan yg kita betul2 mahir dan minat dalam bidang tersebut. 

Memang betul ada ujian sebelum mendapat ijazah tersebut, tp ia menjanjikan kita benar2 hebat dan akan berjaya dalam bidang tersebut? 

Aku bukan anti pembelajaran di universiti atau trend masuk kolej dan universiti atau sebagainya. Cuma pada aku, ada sesetengah bidang yg tidak perlukan pun pembelajaran seformal di kolej atau universiti. Malah yuran masuk ke kolej atau universiti bukan lah murah. Lagi2 universiti awam kebiasaannya tidak menyediakan bidang2 seperti ini. Maka kolej swasta yg kebiasaannya mahal adalah jawapannya.

Kalau betul kita masuk kolej atau universiti adalah sekadar untuk mendapat ilmu dan mmg kita minat, tiada masalah. Tapi kalau kita masuk universiti dgn harapan segulung ijazah dalam bidang2 seperti ini, untuk kita mendapatkan kerja, pada aku adalah silap. Segulung ijazah dalam bidang2 ini langsung tidak menjajikan kita kerjaya. Apa yg penting sebenarnya adalah minat dan usaha untuk mencapai ilmu yg kita nak, dan usaha untuk buat apa yg kita nak buat.

Dan ada pelbagai cara untuk mendapatkan nya, universiti atau kolej adlah salah satu cara sahaja. Byk lagi cara lain. Dan tolong jgn ukur seseorang dengan 'dia belajar tahap mana'. Ada orang jauh lebih bijak dan pandai dari orang yg masuk universiti, cuma dia tiada ijazah dan pendidikannya bukan formal.

Ok masa untuk contoh. Ini salah satu bukti dari beribu dan mungkin berjuta yg ada. Nama yg makin meningkat naik.

NAJAH BAKERY.



Bukan orang kebiasaan sahaja yg menempah kek dan yg sewaktu dgn nya dari Kak Najah ni, malah dari badan kerajaan, swasta dan juga diraja! Maka aku bertanyakan satu soalan pada kak Najah, membuktikan yg masuk kolej atau universiti, tidak langsung menjanjikan anda untuk berjaya seperti ini.


YOUTUBE okaaaaayyyyyyy!!!! 
(by the way food science dan nutrition tak membantu anda untuk menjadi baker yg berjaya).

Dan byk lagi kawan2 aku yg tere masak/bakery yg tak pernah menadapat pendidikan formal pun. Mahal jutawan2 ahli perniagaan dan mereka di dunia korprat, rasanya ramai sahaja yg tak belajar sampai universiti. Byk dari usahaja sendiri dan bukan dari pendidikan formal.

Selain itu byk lagi contoh. Dalam fotografi pun sama. Aku sendiri dah lebih berjaya dari sesetengah orang yg ambil kelas fotografi secara formal. Ada orang yg aku kenal, kami mula main kamera pada waktu yg lebih kurang. Kemudian dia masuk kolej belajar fotografi dan aku hanya pelajar perubatan yg menjadikan fotografi sebagai hobi sahaja. Dan skrg dia baru nk mula2 ambil umpah ambil gambar, baru nk buat web etc.


Maka kesimpulannya :
1. Masuk kolej atau universiti sebenarnya hanya sekadar kemahuan dalam sesetengah bidang. Bukan keperluan.
2. Ada sesetengah bidang yg jika kita betul2 minat tak semestinya perlu dapat dari universiti atau kolej. Youtube, wikipedia, google etc boleh ajar lebih byk perkara kalau kita usaha. Dan cara begini juga sebenarnya lebih jimat.
3. Jgn sempit kan pemikiran kita dgn satu jalan sahaja.
4. Masuk kolej tak pernah menjanjikan anda kerja atau menjadi berjaya. Bergantung kepada bagaimana anda mendefinasikan bejaya.
5. Jangan senang2 nilai ilmu dan pengalaman sesorang dgn 'sampai mana dia belajar?'.
6. Ilmu ini boleh di dapati dari pelbagai cara dan pelbagai sumber.


Teingat dgn kata2 seorang akhi nih,
KALAU BETUL2 KITA NAK, PASTI ADA CARA.
atau peribahasa-nya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


________________________________________________________________________

Mak aku dulu pernah kata. Dia nak anak2 dia belajar at least sampai masters. Dan aku kurang bersetuju. Belajar sampai masters tidak menjanjikan apa2. Dan tidak bermaksud tidak belajar sampai masters anda tiada ilmu yg cukup. Sistem pembelajaran SPM-Diploma-Ijazah Sarjana-Masters-PhD etc hanyalah ciptaan masnusia sahaja untuk mengkelaskan tahap pembelajaran. Tak bermaksud kita perlu ikut segalanya. Namun tidak dinafikan ada sesetengah subjek adalah kritikal dan perlu diketengahkan dan semua orang patut tahu, seperti bahasa, matematik dan agama.


- Alhamdulillah -

No comments: