ISNIN 28 JULAI 2008


Sebut mengenai hari pertama ni sebenarnya byk isu timbul termasuk soal agama dan perkauman. Isu pertama mengenai makanan, isu yg timbul seminggu lg sblm baktisiswa. Aku yg menjadi ketua dalam bahagian ini sgt pening. Ini semua isu halal haram makanan. Plan asal setiap orang akan makan dengan keluarga angkat masing2. Keluarga akan masakkan, atau kita tolang dia masak, atau kita yg masak atau dia tolong kita masak. Bila timbul isu halal haram aku membuat keputusan yg bahan mentah kita yg beli sendiri dan akan guna kita punya untuk masak. Kemudian timbul pula mengenai perkakas dapur, pinggan mangkuk, periuk sudu pisau suma pernah digunakan untuk masak potong n makan babi. Jadi aku cadang ahli keluarga masing2 samak barang dapur rumah masing2. Tp ada yg kurang setuju kerna khuatir keluarga angkat akan amik hati atau tidak benarkan. juga barang yg nak samak banyak dan memenatkan.
Jadi pada hari pertama ini, pagi itu, kawan aku org serawak pergi pinjam barang dapur kepada saudara maranya yg tinggal di sarikei. Barang2 tu kita akan letak kat 1 rumah n rumah tu tolong masak untuk semua muslim n ahli keluarga yg muslim students tinggal. Yg non muslim mmg family derang yg masakkan, tiada masalah. Tp mmg sgt kesian la rumah yg kena masak tu. Sgt berterima kasih kepada ketua chef, Saadah dan pembantu kanan chef Eri.
Isu kedua mengenai pakaian. Majoriti membe2 pompuan chinese pakai seluar pendek yg mcm spender. Sgt pendek dan sgt ketat lg seksi. Jadi mlm itu semasa berkumpul ramai, hal ini disuarakan oleh seorang muslim supaya non muslim menghormati muslim dengan berpakaian lbh sopan. Tetapi ia ditentang keras. Freedom! Negara demokrasi la kata kn. Hak masing2. Jadi sedikit pertengkaran berlaku di antara 2 kaum. Yg indians nye hanya diam. Mereka terlalu sikit untuk bersuara. Akhirnya bg mengelakkan pergaduhan panjang, pengarah (seorang chinese) decide supaya short pans hanya dibenarkan di dalam rumah masing2 sahaja. Atas alasan ini program rasmi dan kita perlu menjaga imej UM dan Fakulti, jadi berpakaian lah dengan sopan. Tetapi ada wajah tidak puas hati pada wajah2 sahabat cina kami.
Dan beberapa isu kecil lagi yg akan menyebabakan post ini jd sgt panjang utk diceritakan.
.
.
.
SELASA 29 JULAI 2008

Selepas senam robik, masing2 sibuk dengan persedian untuk majlis perasmian petang itu.



bersambung....
-Alhamdulillah-
2 comments:
huhu..
bestnyer..
tapi awat tak buat kat original rumah panjang? berak dalam sungai wooo :p (Acah jer hahaha!)
kaksarah
ish2 kak sarah..semenjak da kwen ni ayat da tak bertapis..kui3. Sbb ktrg xnk balik UM bawak penyakit mcm budak last yr. Mmg la lg best n thriller tp last year derang bwk balik Rubella, xpasal2 outbreak rubella kat UM. Lg 1 takut menyusahkan ktrg sendiri. Objektif nk membantu nk mempromosi kesihatan, kalo kat kawasan yg ancient sgt takut derang xfaham n objektif xtersampai. Yg agak modern ni pn da sgt susah lg leceh. huhu~
Post a Comment