- Bismillah -
JUMAAT 1 OGOS 2008
Pagi ini tidak dimulakan dengan senam robik seperti selalu. Hari ini juga tiada aktiviti rasmi seperti medical checkup etc. Hari ini hari bebas untuk melakukan apa2 aktiviti sendiri dan hari ini juga diberi nama A Day With Foster Family. Dan malam adalah majlis penutup.
Pagi ini aku bangun seperti biasa (solat subuh tido semula dan bangun 7 pagi). 7 Pagi sudah cerah d sini. Ramai di antara kami yg ikut keluarga masing2 bekerja antaranya berkebun, bersawah bukit, menternak binatang dan lain2. Deven (indian guy yg tinggal skali ngan aku) ikut ibu Mariam (ibu angkat kami) ke kebun. Aku kne bersiap untuk keluar ke bandar membeli belah seperti biasa. Cuma pada pagi ini lain sedikit sbb hari jumaat. Jadi Sumua lelaki muslim akan keluar skali untuk solat jumaat.
JUMAAT 1 OGOS 2008
Pagi ini tidak dimulakan dengan senam robik seperti selalu. Hari ini juga tiada aktiviti rasmi seperti medical checkup etc. Hari ini hari bebas untuk melakukan apa2 aktiviti sendiri dan hari ini juga diberi nama A Day With Foster Family. Dan malam adalah majlis penutup.
Pagi ini aku bangun seperti biasa (solat subuh tido semula dan bangun 7 pagi). 7 Pagi sudah cerah d sini. Ramai di antara kami yg ikut keluarga masing2 bekerja antaranya berkebun, bersawah bukit, menternak binatang dan lain2. Deven (indian guy yg tinggal skali ngan aku) ikut ibu Mariam (ibu angkat kami) ke kebun. Aku kne bersiap untuk keluar ke bandar membeli belah seperti biasa. Cuma pada pagi ini lain sedikit sbb hari jumaat. Jadi Sumua lelaki muslim akan keluar skali untuk solat jumaat.





Kemudian kami berpecah lagi. Aku dan beberapa org kawan pergi ke pasar raya dan pasar basah untuk beli barang2 untuk BBQ malam ini. Untuk malam ini sahaja, akulah ketua chef!

Orang ramai lalu lalang sumua pandang2. Masing2 bermuka pelik dan ada juga yg ketawa dan tersenyum. Jimat beb! Sebelum bertolak aku terperasan tayar belakang sudah retak. Aku katakan kepada pakcik drebar. Die kata xpe. Dont worry la~

Semasa d bandar Sarikei, aku tidak menjumpai ayam. Kedai da tutup petang2 ni. Habis2!. Tp aku yg tenang ni bermuka selamba. Aku akan cari jugak pengganti ayam. Da balik rumah panjang nnt akan ku fikirkan bagaimana.

6 petang, ada kereta balik. Aku dengan seorang kawan, Pali, memecut ke Pekan Bintangor untuk membeli ayam, ais dan bekas besar untuk d isi air. Sampai d bintangor setengah jam kemudian. Selepas itu, aku bergegas ke kedai ayam. Kedai tu nk beli ayam baru die baru sembelih. Kalo org Islam yg nak pembantu islam die akan sembelih. Kalo bkn islam, tokey cine die yg akan buat. Ketika sampai, pembantu Islam pergi sembahyang, jd kami kene buat sendiri. Skali pembantu die balik buat laju gle. Kami beli 8 ekor ayam potong 8.
Kemudian aku pergi cari AIs. Dekat 10 kedai aku cari. Last2 pegi beli kat restoran cine. kemudian cari bekas besar isi air. Pun sgt susah. 20 Kedai aku pergi tiada. Di saat hampir berputus asa, aku ternampak kedai hardware. Tapi da tutup. Dengan muka x malu aku ketuk kedai tu suh dia bukak balik. Akhirnya dapat juga. Aku bersyukur yg amat.
Kemudian g sembahyang maghrib, ambil ayam dan bergegas pulang. Target sampai sebelum 830, tp aku terlajak. Da la terlajak kemudian ada road block pulak. Lambat. Aku diminta tunjuk lesen. Aku bg je la. Tetibe polis tu kata da mati lesen aku. Seingat aku lesen aku mati awal tahun depan. Aku yang tengah nk cepat membalas balik dengan nada yg tinggi. Siap bertengkar lg tuh dgn pakcik polis tu. Skali aku tgk btol2 rupenye mati awal tahun ni. CITTT!!! Malu den!! Membe aku kat sebelah tertawa terbahak2. Mmg aku kerja kan die lps tuh. Da la terlajak, kene saman pulak tuh. Kalo x terlajak xkne saman. Kire aku terlajak untuk d saman!
ARRRRRGGGGGHHH!!!!!!! Nasib baik aku cool. Takpe, balik KL bayar je aa (Walaupun da 3 minggu balik tp xbayar lg nih). Aku sampai Rumah Agan jam 930 malam. Sgt lambat!

Ayam BBQ 12 ekor
Chicken wing BBQ 5 kg
Ikan pari BBQ - 10 kg
Fish Ball BBQ 20 peket
Ketam Ball BBQ 20 peket
Hotdog BBQ 20 peket
Jagung BBQ 40 biji
Bandung Sumatra (bandung ais + aiskrim soda)
Coleslaw
Tembikai besar 2 biji
dan ape lg ntah aku x igt..
Secara kasarnya aku berniat untuk bagi makan org2 rumah panjang ni makanan yg derang xpernah atau jarang2 makan.
Untuk marinade nye..
Sos BBQ Life
bawang besa
Bawang putih
Air asam sket
Serai
dan air tangan dan daki kawan2 aku..
Sambutan malam itu d luar jangkaan. Lebih 250 orang datang termasuk kami peserta 106 0rg. Siap dari rumah panjang lain lagi datang. Makin lama makin ramai. Beleh tahan menu yg aku sediakan nih. Laju je makanan yg selesai d panggang habis. Nasib baik aku beli tambahan 8 ekor ayam td, d campur membe aku ada beli chicken wing 5 kg. Acara BBQ dari 7 ptg hingga 1 pagi. Jam 10 turut berlangsung majlis penutup selama sejam. Time ni da stat da denga bunyi sedu2 dan air mata sudah kelihatan membasahi pipi terutamanya keluarga angkat. Aku juga tidak ketinggalan menitiskan air mata akibat asap BBQ.
Dan malam itu aku belajar sesuatu untuk di bawa balik ke KL, poco2 dance. Hahaha. Bila google, rupanya sgt femes tarian ini. Lagunya juga agak menarik. Langkahnya bila sudah diketahui rupanya sungguh mudah. Di rumah Agan ini, senua org tahu termasuk nenek2 dan budak2 kecil.
Malam itu malam terkahir. Masing2 tidur lambat. Aku tidur jam 3 pagi.
.
.
SABTU 2 OGOS 2008
Pagi ini sesungguhnya sungguh dan sayu. Penuh dengan air mata, sedih atas perpisahan selepas bertemu. Makin hari makin rapat dan mesra. Tp tiba2 semuanya perlu berakhir. Rumah Agan akan kembali senyap seperti biasa. Tiada lagi hingar budak2 kecil bermain bersama abg2 dan kakak2 angkat mereka. Orang2 tua akan melakukan rutin biasa. Pagi ke kebun, petang berehat2 d ruai. Tiada lagi mereka perlu melayan anak2 angkat yg semakin rapat ini. Semua akan kembali seperti sedia kala.


No comments:
Post a Comment