.

Tuesday, September 20, 2005

[[ Insan baRu ]]

Suasana di Selasa sama tenang dengan hari semalamnya. Tenang, nyaman, indah, berbayu lembut dan redup. Awak verarak ceria. Tiada titisan huja. Pohon melaibai-lambai.

Hospital Seremban, 1000
Seorang serikandi akan sedang memandang langit siling dewan bedah hospital berkenaan. Hatinya sedikit resah, gusar, takut, sedih bercampur gembira. Namun anak yang bakal lahir memadam segala rintis-rintis mendung hujan yg terbit dari dalam diinya. Tepat jam 11pagi waktu Malaysia, akhirnya seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan dan secara rasminya aku naik lagi sepankat menjadi Pak Uteh..hehehe, Alhamdulillah. Akak aku ni kene bedah sbb posisi bayi yg songsang, kepala baby tu tanak turun kebawah.

Tapi akak aku ni asalnya plan ingin bersalin di hospital Ampuan Rahimah kemudian sanggup berpindah ingin bersalin di hospital seremban kerana ada akhwat disana katanya. Biarla die, asal die gembira dan aku pn turut tumpang gembira. Satu sudah, yang sorang lagi bakal menyusul awal tahun tahun depan insyaAllah.

Lupa nak sambung kisah semalam, ingat nak cerita sedikit sebanyak mengenai Fiestival Nasyid Amal Ibnu Sina (FINALIS) yg bakal diadakan bulan Disember nnt. Pertandingan nasyid ini agak unik, penyertann dibuka kepada semua kumpulan bukan profisional samada daru universiti, kolej kediaman, kolej universiti, kolej suasta, sekolah mahupun kumpulan persendirian atau underGround. Aku harap aRRaid dapat join FINALIS nih seterusnya mengaut terus johan dalam kedua-dua kategori yg ada iaitu trdisional dan temparori (betu ke ejaannyer?) /moden. Setakat ini, aku sebagai orang yg agak besar dalam ahli jawatan kuasa penganjur mmg sibuk, walaupun tak la sesibuk manapun sebenarnya. Secara kasarnya FINALIS bakal diadakan pada bulan disember pada 3 malam, 2 malam untuk peringkat saringan. Juri terdiri dari pada kumpulan nasyid profesional tanah air dan masih dalam peringkat perbincangan ngan abg Waie. Hadih merupakan wang tunai dan piala pusingan. SEtakat ini tiada sebarang bayaran yg dikenakan untuk menjadi peserta tp tak tahu la jika ada sebarang perubahan kelak. Lg 1, pertandingan ini memerlukan kumpulan, solo tidak dibenarkan, rasanya haritu bincang minimum 4 org.

Patang ni lps zohor ada latihan CPR di dining hall KK6.

-sek|an-

No comments: