.

Monday, September 05, 2005

[[ ........ ]]

2 September 2005
Akhirnya cuti yg dinanti tiba jua. Tetapi sebelum pulang, kumpulan GXEX 42 perlu menghadiri kelas selama 2 jam, 1 jam menggantikan kelas yg dibatalkan 2 minggu lalu. Cuaca petang itu mendung dan berbayu lembut, namun suasana di dalam makmal komputer dimana berlangsungnya GXEX sebaliknya pula. Semakin lembunt angin menyapa nyapi di bumi luar, Si makcik yg mengajar kami GXEX semakin lantang suaranya berceramah dan membebel membabi buta. Entah apa salah silap kami tidak ditahui juga. Namun akhirnya kami mendapat berita yg makcik itu mood nya mmg dalam keadaan yg menyebabkan dia ditakuti lelaki. Puncanya adalah dari hari sebelumnya, kumpulan 41 telah menyebab hari ni si makcik mengeluarkan kata-kata yg bukan-bukan terhadap kami. Parah-parah. Payah kalau berurusan dengan orang yang suke ikut mood sendiri ni. Hal semalam, semalam punye la, yg nk dibawa sampai ke hari ni kemudian lepasnya pula kepada kami apa kes? Mmg tak puas hati. Namun keghairahan untuk pulang membuatkan kami lupa perkara td.

Ingat lg tak mengenai sukan tradisional yg pernah ku kisahkan dahulu..

Kalau stakat nk dibandingkan dengan si shalin, menang lg gaya aku.hehe.. terpegun sume yg melihat seorang jaguh membaling kelapa. amacam?? bangga tak korang y baca ni sbb kenal ngan aku..ehee


Sempena hari kemerdekaan, Kolej Ibnu Sina menghantar wakilnya dalam upacara perbarisan. Namun takdir menentukan segalanya. sudah la berlatih cuma 2 hari, ada exam pula pada 30 ogos 2005 sedangkan pertandingan tersebut dijalankan pada malamnya sebelum jam 12. Dan apa yang paling menyedihkan, pihak PA system telah tersalah pasang lagu, tidak seperti yg telah kami maklumkan. Dari 17 kumpulan kami hanya merangkul tangga ke 10. Rata-rata kami cukup kecewa dengan kesilapan teknikal tersebut. Mana tidak, penat berlatih tetapi persabahan yg sebenarnya tidak dapat dipersembahkan. Kami pasrah. Pasti ada hikmah disebaliknya. ( Gambar : Pose tugu negara dr kami ). Selepas habis perbarisan, kami berkonvoi ke gerai pak abu (gerai makan KK6). Masing-masing menjamu selera dah tak ingat dunia, macam lepas ni da tak makan je. Manakan tidak, sume bill akan di bayar office sebagai ganjaran kitorang. Rasenye makan hari tu, kalau perut lembupn tak cukup gak. kuikui..


Hari Rabu menjelang pula dan hari itu merupan hari cuti seperti yg diketahui. Malam tu geng-geng gerai chikumaring yg penat lelah berkerja menbuka, menjaga dan menutup gerai makan yg dibuka sempena Festival Konvokesyen 2005 menerima habuan masing2. Bukan tanak boikot tp tahu-tahu da ade org beli. apa lagi, kisah malam sebelumnya berulang lg. Kalaulah tiap-tiap malam sekenyang malam tu dan malam sebelumnya, waahh..memang sah hidup untuk makan.

Sedabg menaip menyusun ayat mengatur perkataan, aku teringat sesuatu. Aku telah dilantik sebagai 'org besa' dalam prigram Ihya' Ramadhan yga akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Di tambah pula sebagai ajk dalam program alumni fakulti perubatan universiti malaya pada akhir tahun ini. Dua program yg sgt besar. Dan satu lagi, juga sebagai 'org besa dalam pertandingan nasyid antara universiti seluruh melaysia yg bakal dilangsungkan juga pada bulan 12 nnt. Juga program besa. Aiyaaa..

-sekian-

1 comment:

Anonymous said...

Excellent, love it! » »