.

Tuesday, March 17, 2009

CRP 2nd week - 1st day

- Bismillah -

AHAD 1 MARCH 2009
Pagi ini aku seperti ditolak-tolak. Ini semua gara2 tidak cukup kereta. Sekejap naik kereta ini dan kemudian kereta itu. Walaupun Arina membawa MyVi sebagai pengganti, jumlah muatan barang yg boleh diletak sgt sedikit. Jadi ini pagi kami menghadapi kesulitan memuatkan barang didalam kereta masing2. Nak dijadikan, berang aku dan aku di kereta berasingan. Sepanjang perjalanan aku terpaksa duduk dengan beg yang besar. Perjalan ke Kuala Lipis mengambil masa hapir 4 jam kerana kami berkonvoi.

Kuala Lipis, sebuah daerah dari 11 daerah di Pahang dan dulunya pernah dijadikan ibu negeri Pahang. Terletak di utara Pahang dengan populasi penduduk kira2 beribu2 (sebenarnya aku pun xsure berapa). Sinonim dengan artis terkenal tanah air, Siti Nurhaliza dan lombong emas.

10 Buah kereta dari HTAR
Destinasi pertama adalah shop house yg bakal dijadikan tempat menginap untuk kami. 3 bahgian shop house di sewa, 1 untuk pelajar perempuan, 1 untuk lelaki dan 1 dijadikan bilik gerakan atau meeting room. Dan semua ini diuruskan oleh pensyarah pengiring kumpulan kami, Dr. Maznah dan Dr. Azlan (nk senang sebut nama dua, Dr. Mazlan) Nak d jadikan cerita lagi, shop house ini sgt kosong, langsung tiada perabut dan sgt kecil. Yang lelaki punya, air, ape dan kipas langsung tiada! Bagaimana kami mahu hidup? Jadi setelah membuat perbincangan d bawah pokok, kami bersetuju untuk survey tempat tinggal lain.

Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 3. 3 petang. Tempat tinggal belum ada. Kami pusing2 Lipis town. Wuu..ada Alamanda. Tapi sume ade 1 je kedai yg bukak, kedai makanan di mana langsung tiada variasi, hanya 1 jenis lauk, 1 jenis sayur dan 1 jenis nasi. Ape daa~ mmg xlaku la.

Kemudian terjumpa pula information centre dan ada board mengenai senarai hotel yg boleh dijadikan tempat tinggal.
information centre

Setelah berjam2 survey, akhirnya Hotel Jelai dipilih atas faktor kemurahan, kemudahan yg lengkap (air-cond, tv) dan pengaruh aku yg paling kuat..free wi-fi~. Kemudian timbul pula isu dimana CRP coordinator, Dr. Sanjay Rampal (kawan2 aku panggil die serampal sbb masing2 sgt xpuas hati ngan dia) tidak benarkan kami duduk d tempat lain selain dari shop house tu, padahal 1 sem pun department xsupport. Kasian Hoe Chin kne marah. tapi selepas hampir sejam berbincangn ngan Dr. Maznah n serampal dan alasan2 yg dikemukakan, akhirnya dia mengalah.

Akhirnya dak2 laki g lunch+dinner pada jam 8 malam.

Tidak habis dengan itu, dak2 pompuan plak xpuas hati. Mana boleh yg lelaki tinggal hotel dan mereka ditinggalkan d shop house yg kecil tu. 28 orang berkongsi 2 tandas kata mereka, mmg xlogik. Rupa2 nya petang itu sebahagian dari mereka da survey senyap2. Dan semu golongan hawa marah ngan golongan adam sbb tinggalkan mereka begitu, xgentleman langsung! Mmg la, sbb kami macho dan kuat, mana main gemtle-lembut nih, hehe~. Selepas meeting lagi dgn Dr. Maznah, akhirnya pelajar perempuan berpindah ke Resident House d bukit Resident.

Dr. Maznah akan bincang balik dengan owner shop house untuk xjadi tinggal d situ dan kirenya untu mendapatkan semula wang yg telah dibayar untuk hari2 mendatang. Namun shop house lelaki je yg dapat re-fund. Jadi nak taknak, kami terpaksa gunakan sebaiknya shop house yg masih disewa sebagai meeting room. Sgt membazir duit T_T. Cume shop house tu lebih besar dari lobi resident house dan byk space untuk buat kerja, bising2 pn xmengganggu org.
Inilah rupanya Resident House itu. Lebih murah sedikit dari hotel Jelai dan besar sedikit, tp xde wi-fi, T_T. Dr Maznah mengarahkan pelajar lelaki untuk pindah ke Rumah Resident pada keesokan harinya atas beberapa faktor. Dan yg paling penting, Resident House ini dikatakan berhantu...

Dalam posting seterusnye... The Haunted House! hahaha~


- Alhamdulillah -

Saturday, March 14, 2009

CRP 1st week

- Bismillah -

23 Feb 2009
Sangat penat. Sampai d KL sentral lebih kurang jam 8.15 pagi. Gunung Stong mmg sgt memenatkan. Dari KL Sentral ke UM maik bas sampai depan PPUM. Hidupkan enjin kereta terus bergegas ke HTAR. Kelas jam 9 pagi!! Sampai d HTAR lebih kurang jam 10 pagi. Tampa mandi tros tuka ke pakaian formal n ke lecture hall. Sgt bernasib baik sbb nama aku belum dpanggil. Selain aku, sume membe2 lain yg ke Stong kne panggil tgh hari tu sbb xdtg 1st session punye crp.

CRP (yg aku slalu tersilap ckp CPR) adalah Community Residency Programme. Kalo kat hospital kita buat curative, CRP ni lebih kpd preventive. Kita turun padang ke kawasan luar bandar untuk survey, kumpul data, mengkaji, mengusya dan menyampai kan mesej mengenai kesihatan. Berlangsung selama 4 minggu dan negeri yg dipilih adalah Perak, tapi sbb perak kucar kacir sgt, jd tuka ke Pahang. 5 daerah terpilih dan 40 org pelajar Phase 111A UM Medic akan ke setiap daerah yg dipilih. Kumpulan aku yg diketuai oleh Hoe Chin ke KUALA LIPIS. Kemudian 2 minggu di tempat kejadian dan seminggu d HTAR semula untuk kemas kini data, buat report yg sgt tebal mcm buat journal dan presentation. Kalo 'journal' bagus bleh publish.

Pada minggu pertama ni, lebih kepada briefing n plannig n shopping n pairing etc. Dengan kata lain preparation. Xde yg menarik sgt. 10 kereta akan bawa ahli kumpulan aku yg berjumlah 39 orang. Paling xbest CRP ni kne support sendiri. Dari petrol, makanan, tempat tinggal sampai la ke potostate. Hampeh btol. Kedekut punye UM. Suruh org buat keje pastu suh pakai duit seniri. Pastu ayat manis fekulti biasa aa, 'kami akan cube mohon dari fakulti dan kalau dapat kami akan bayar semula'. ye ye jee..asal x mohon je awal2 sebelum mula lagi.

28 Feb 2009
Kereta yg aku nk bawak ke Lipis eksiden la plak. Da la esk nye nk bertolak. Jadi malam tu sume sgt kelang kabut mencari kereta gantian untuk cukupkan balik 10 kete. Terima kasih kepada arina (a-a) sbb dapat bwak 1 kete lg... T_T.


....bersambung d CPR 2nd week


huh!


p/s: (smalam g majlis akad nikah kak kausar amin. yg aku musykilnye asal mcm 1 keluarga derang tahu 'kisah' aku nih?? haiiisshh!!!)..hahahaha~


- Alhamdulillah -

Saturday, February 28, 2009

AGM 2009 - the event

- Bismillah -
28 Feb 2008, Pertubuhan Alumni Institusi Pendidikan Hira' telah mengadakan Annual Ganeral Meeting (AGM) secara rasminya buat kali pertama setelah sah.


Walaupun timbul pelbagai masalah terutama semasa proses pengundian, namun akhirnya kata sepakat berjaya diputuskan.
Dan inilah presiden baru, presiden pertama dahulu menjadi yg pertama semula setelah ALIPH sah.

Batch 7, 8 dan 9

AJK bunyi~

Penggerak utama AGM 2009..eh, mana ajk2 aku? sorang yg xhabis2 perasan, sorang lg xhbs2 busy mengalahkan aku.

Free style~

Make sure post mortem buat selepas 3 minggu dari sekarang, aku akan ke Kuala Lipis esok (1 Mac 2003) selama 2 mingu untuk CPR (community residential programme) under Department of SPM (Social Preventive Medicine).

-Alhamdulillah-

Thursday, February 26, 2009

S.T.O.N.G

- Bismillah -

Khamis, 19 Feb 2009
Hari ini merupakan hari terakhir exam, short case. Aku lulus tapi markah sgt xbest. Ntah mana silap, aku pun xtahu. Orang kata hanya orang yg benar2 bijak dan pandai yg tahu mana salah dan silapnya. Nampaknya aku masih jauh dan kne terus rajin berusaha. Selepas lunch, aku ke PPUM untuk buka jahitan d kepala. Kemudian pegi main bowling d mid walaupun kalah mengejut kepada fikri (xgune fikri pecah rekod tertinggi aku!!!!). Malam itu bersiap untuk expidisi ke Gunung Stong!

Jumaat, 20 Feb 2009
Selepas sahaja lunch lebih kurang jam 12 tgh hari, aku dan rakan medic ku Adam bertolak ke UM. Parking d um. Selepas solat jumaat kami ke mid. Aku pergi membeli barang untuk AGM ALIPH ngan orang2 bawahan yang janji nk jumpa kat mid lepas jumaat. Kemudian aku join Adam untuk men bowling dan seperti biasa (kecuali semalam) aku menang =]. Selepas maghrib, bermulalah perjalanan 17 orang pemuda medic um dalam ekspidisi menawan gunung stong.

Gunung Stong yang terletak d kelantan dengan ketinggian 1000m lebih dan bertapak d banjaran titiwangsa. Apa yg menarik mengenai gunung ini adalah, mempunyai air terjun tertinggi d asia tenggara dengan ketinggian hampir 500m.

Tepat jam 830 malam, kami bertolak ke kelantan dengan menaiki keretapi tanah melayu berhad. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Dan pastinya sgt membosankan.


Setelah 12 jam, kami akhirnya tiba d perhentian sekitar jam 830 pagi.


Menggunakan van sapu, kami bergerak ke sekolah dimana kawan ku bernama wadi, ibubapanya menguruskan kantin d sekolah ini. Kami sarapan dan mengambil barang makanan dan peralatan yg dipinjam dari keluarga wadi.

Selepas sedikit taklimat oleh wadi yg merupakan orang tempatan dan gunung stong ini juga merupakan tempat bermain sewaktu kecik2 die dulu. Lebih kurang jam 10 pagi, pendakian bermula. Sgt penat.

2 jam selepas itu, kami tiba d puncak air terjun dan akan berkhemah d situ.

Tempat ini dulunya mmg terkenal namun beberapa kejadian mati lemas telah menyebabkan tempat perlancongan ini suram. Tinggallah hanya papan tanda.


Sebelum mendirikan khemah, kami berehat sambil bergambar d puncak air terjun

6 khemah didirikan. Masing sudah diberikan tugas sebelum bertolak.

Aku ditugaskan untuk jadi ketua chef. Sementara sebahagian memasak, yg lain pergi berendam dahulu. Airnya sgt dingin. Kolam2 yg terbentuk d air terjun rata2nya sgt dalam melebihi 2 meter. Patut la banyak kejadian lemas.

Kawasan aku! Mmg sah2 xsedap tapi sbb aku yg paling tere antara yg xpandai masak, terpaksa la aku yg ambil tugas ini. Namapun orang bujang, kalau x megi, pasti la sandwich tuna ataupun nasi berlaukkan lauk yg da siap sedia dalam tin. Malam itu kami buat bbq dan nasi goreng.

Malam itu lain pula kisahnya. Selepas jam 10 malam, Keadaan menjadi sgt gelap gelita. Orang yg sepatutnya ditugaskan jaga malam turut tertidur. Ranger yg bertugas pula tiada kerana dikhabarkan telah turun petang tadi kerana sakit. Memang malam itu hanya kami digunung yg sunyi ini. Jam 3 pagi aku terjaga. Langsung tidak nampak apa. Aku memberanikan diri untuk keluar kemah dan menghidupkan semula unggun yg telah lama terpadam. Namun suasana yg sgt gelam mematikan hasrat ku. Lampu suluh hanya ku gunakan menyuluh jalan bawah. Tidak berani mengangkat tinggi. Kemudian aku duduk semula dalam khemah. Rakan sekemah ku negitu lena tanpa sedikit pun risau dengan keadaan ketika itu. Aku tidak dapat tidur, otakku merawang dan terbayang perkara yg bukan2. Cerita2 dan kisah2 novel dan televsion berlegar2 didalam kepala. Bunyi2 luar biasa kedengaran. Aku hanya diam. Kelu. Hampir sejam aku begitu, sambil menyebut nama Tuhan yg Melindungi.

Jam 6 pagi, aku dikejutkan kawan untuk solat subuh. Rupanya bukan aku sahaja, beberapa orang kawanku juga seperti aku. Terjaga kemudian tidak dapat tidur kerana terlalu risau perkara yg bukan2 berlaku. Selepas itu semua menyalahkan pasangan pertama yg jaga malam yg tidur awal dan tidak berjaga dan menjaga unggun api.

Selepas subuh, kami pegi semuala ke puncak air terjun untuk melihat kebasaran tuhan. Seperti berada d kayangan.

Selepas bersarapankan meggi, sebahagian dari kami teruskan pendakian. Rancangan asal untuk menawan puncak gunung stong tidak kesampaian kerana ranger bertugas sakit dan terpaksa turun. Jadi kami hanya pergi mendaki malawat gua dan air terjun yg lain.

Tengah hari itu sepatutnya makan nasi goreng cendawan, tetapi akhirnya terpaksa melahap nasik goreng ponggal. Ini semua gara2 rumet aku yg tolong masak. hahaha! (nasi ponggal adalah nasi yg dibuat semasa perayaan ponggal oleh kaum india. Nasinya sgt manis, pekat dan liat).

Memandangkan kami pergi sendiri2, tiada aktiviti spesifik ditetapkan. Nak buat apa buatlah, jgn yg pelik2 sgt sudak. Jadi antara aktiviti utama kami adlah mandi dan makan.

Setelah mandi manda buat kali terakhir, kami berkemas untuk berangkat pulang pada sekitar jam 4 ptg.

Lokasi puncak air terjun tertinggi d asia tenggara sememangnya menjadi pilihan untuk bergambar.

Selepas sampai d kaki bukit, kami makan malam sekolah dan berehat d rumah wadi yg terletak d kaki bukit. Jam 9 malam, kemi bertolak pulang.

Sgt penat. Rata2 kami terus terlelap selepas naik sahaja keretapi.

-Alhamdulillah-


Monday, February 16, 2009

InfeCted sebAceoUs Cyst

- Bismilllah -


JUMAAT
13 Februari 2009


Hari ini aku cuma ada 1 kelas sahaja iaitu pada jam 11 pg. Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk medicine posting. Pagi ini aku ponteng untuk ke UM untuk menyertai OCSE training, OSCE ni ialah ujian klinikal untuk sape yg xtahu. Menerut Prof Yang Farida yg bg briefing kat kitorang, OSCE ini sebenarnya dibuat untuk melatih lecturer bagaimana menjadi examiner yg berjaya. Jadi aku dan beberapa orang kawan sukarela la untuk membantu.

Menurut Prof lagi, soalan yg diberikan adalah final year MBBS punya silibus, jadi kami yg Phase IIIA diminta untuk buat yg terbaik sbb mungkin ada yg kami xtahu langsung. Walaupun ujian ini hanya main2, tapi sbb exam ttp exam, jadi kami cuak la juge. Cuma ada 4 stesen, dalam setiap stesen ada examiner yg memehati dan kita perlu berinteraksi, dan menjelaskan setiap tindak tanduk kepada mereka bagi setiap perkara ygkita buat..

Stesen 1
Explain lab result dekat patient --> die ada iron deficiency anaemia
Stesen 2
Demonstrate macam mana nk masukkan nasogastric tube
Stesen 3
Peads, Measure head circumference n plotkan. (spoil! aku lupe tanye baby tu preterm ke x)
Stesen 4
Demonstrate n explain the process of labour

Sangat menakutkan mula2, tapi rasa macam best pulak sbb selain ilmu teori yg di uji, ada juga clinical skill, communication skill n interpretation. Sumenye habis lebih kurang jam 1130pgi. Paling xbest kete aku kene clamp!!! arggg!!!

Tapi apa yang lebih penting pada jumaat ini adalah hari yang aku telah sejak 5 bulan lalu aku tunggu...aku akan dibedah. Dan selepas tu aku boleh potong rambut..yeaa~

Pembedahan yg dijadualkan pada jam 2 ptg akhirnya dibuat pada jam 4 ptg. Penat aku bergegas selepas solat jumaat ke OT. Sbbnye, sergoen yg nk bedah aku kata, aku punye paling invasive, banyak darah dan perlukan masa lebih dari 30 minit. Dan pesakit2 yg lain sume buat prosedur sgt mudah yg amik masa lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja dan xmelibatkan pendarahan sgt.

ceritanya bermula 5 bulan lalu bila tiba2 kepala aku berdarah dengan banyak ketika aku sedang sikit rambut. Habis meleleh ke baju tapi aku xperasan langsung sbb xsakit langsung. Dan proses memberhentikan pendarahan mengambil masa sgt lama. Tensi juga aku. Selepas beberapa episode pendarahan, akhirnya aku ke A&E HTAR, dan doc yg bertugas pun blur2 xtahu ape. Jadi aku d refer ke surgical klinik d kompleks rawatan harian dan doc yg aku rasa bukan spescialist tu teka aku ada some sort of haemangioma. Aku pulak yg time tu tgh posting peads, tengah2 study terjumapa la cavernous haemangioma, cuma aku terlalu tua. Selepas diberi appointment untuk 3 bulan, hari yg dtunggu sudah tiba. Tapi aku diberi tambahan 6 bulan. WAAARRGGGHH!!!! Tensi sungguh aku. Ptg tu terus ke klinik pelajar UM dan disahkan pula ada infected sebaceous cyst. Aku dirujuk ke PPUM dan diberi appointment sebulan.

Dan akhirnya aku dibedah hari ini. Sgt lega lagi gumbira walaupun sgt sakit. Ketika waktu pembedahan, aku diberi LA, kemudia cyst itu dipotong (time ni xsakit), dan kemudian dibakar-bakar (untuk stopkn bleeding, dan sgt2 sakit) dan akhir skali jahit (pun sgt sakit). Kemudian kepala ku dibalut macam mayat, da la dressing sgt buruk. Jadi aku bukak seniri dan pakai balik bagi ada gaya2 ninja kampung kohoha sket. haha. Dan malam itu aku mengerang kesakitan sbb xmakan pain killer, sbb nk cepat baik sbb hujung minggu depan nk hiking gunung stong!

SABTU
14 Februari 2009


Hari ini kesakitan aku bertambah2, xleh buat apa menahan sakit. wuuuu~ T_T

AHAD
15 Februari 2009


Hari da kurang sket sakit, jadi aku klua jalan2 amik udara segar (padahal esknye nk exam).

ISNIN
16 Februari 2009


Exam sgt susa!!! Aku target untuk essei klua CVS ngan Endocrine, skali diagnosis die sistem apa pun aku xtahu, tu belum nk sebut lagi tuh, terbelit lidah! Arggghh!!



- Alhamdulillah -

Wednesday, February 11, 2009

TAKOyaki

- Bismillah -

Semenjak dua menjak ini duit aku habis d kedai ini T_T.

____________________

2 hari lagi sebelum pembedahan.


- Alhamdulillah -

Tuesday, February 10, 2009

3 days to go!!

-Bismillah-

Tinggal 3 hari sebelum kepala ku dibedah. Macam gempak bunyinye kan? Jadi hari ini aku ponteng kelas untuk ke klinik Um untuk re-new surat jaminan, jika apa2 yg berlaku dalam tempoh sebulan dan ketika pembedahan yg akan datang, semua kos perbelanjaan akan ditanggung oleh PPUM. Kire mcm insuran la.

_________________________

Xsabar tunggu Jumaat depan, ekspidisi ke Gunung Stong, Kelantan! Tapi sebelum itu, End Of Posting Exam next week. Semoga aku lulus dengan cemerlang. Amin~

_________________________

Jika anda stress, menurut sebuah artikel, digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu...
1. bertenang,
2. bernafas dengan dalam,
3. berkata ‘relakslah’,
4. beribadat,
5. bercakap dengan seseorang,
6. berurut,
7. berehat dan mendengar muzik,
8. beriadah,
9. bersenam dan
10. berfikiran positif.

- Alhamdulillah -