- Bismillah -
Aku takde lah dapat durian runtuh atau pernah dapat durian runtuh. Tapi beberapa orang yg aku kenal di sekeliling aku ada. Jadi biasa ada 3 cara untuk makan durian runtuh ini menurut Pakdi.
1. Joli / belanja / tambah expenses & liability
2. Bayar hutang
3. Invest / tambah income & asset
Pada aku yang terbaik adalah 2 & 3. Tak boleh 3 sahaja sbb hutang ni bawak masuk kubur. Jadi kalau rasa hutang tu da lama sgt patut kene byr, paham2 lah. Tapi kalau hutang itu mmg dibayar dengan tempoh seperti hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya, 3 lah yg terbaik.
Tapi janganlah salah faham. Memanglah duit itu gunanya untuk dibelanjakan. Kalau nak simpan je bukan boleh bawak masuk kuburpun. Tapi apa yg dimaksudkan adalah, bila dapat duit byk, guna duit byk itu untuk buat lagi byk duit, then baru kita belanja. Nak bawak masuk kubur pun boleh, belanjalah pada jalan Allah. Banyakkan sedekah. Sila baca artikel ini :
Sebut pasal hutang, yang aku tahu ada 2 jenis.
1. Good debt
2. Bad debt
Hutang yg baik (no. 1) adalah hutang yg dibuat untuh tambah income/asset atau hutang yg dibuat untuk tambah modal dala satu2 perniagaan yang seterusnya boleh memberi pulangan yg lebih baik. Dengan kata lain, kita pinjam duit itu untuk buat lebih banyak duit.
Hutang yang tak baik (no.2) adalah hutang yang dibuat kemudian duit itu dibelanjakan dan habis begitu sahaja atau digunakan untuk menambah liability (contoh mcm beli kereta).
Bukan kata kereta tak bagus. Tapi perlu pandai bezekan antara kemahuan dan keperluan.
Keperluan adalah pengangkutan. Kereta 2nd hand atau viva paling bawah skali dah memadai. Kalau beri alasan kereta 2nd hand cepat rosak, mana-mana kereta baru atau lama kalau tak pandai jaga pun akan cepat rosak.
Kemahuan pula nak kereta mahal lagi, kalau viva nak viva elite, rasa byk duit sikit nak myvi.
Kemudian buat hutang byk2 sampai 9 tahun dan kaya kan lagi bank yg sudah kaya itu.
Cuba tanya diri kita balik, apa sebenarnya tujuan kita beli kereta, dan kenapa kita nak beli kereta terebut.
Kenapa viva elite?
kenapa myvi?
Kenapa pesona?
Kenapa inspira?
Kenapa itu? Kenapa ini?
Ada orang kata alang2 beli biar puas hati? Ye ke puas hati? Jangan nanti rasa sesak nak byr hutang sudah, sampai perlu pinjam pada orang lain pula untuk perkara-perkara lain. Tapi kalau mmg betul ada rezeki lebih, Alhamdulillah.
Tak dinafikan manusia ni suka menunjuk-nunjuk. Masing2 suka jika ada orang sebut2 kebaikan dan memuji kita. Maka bila ada timbul walau sedetik pun perasaan itu dalam diri kita, kita patut beristighfar.
Jadilah orang yang ikhlas.
Mukhlis.
hihi
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment