- Bismillah -
Aku sebenarnya sudah lama terfikir yang email address aku ada kurang mesra pelanggan.
Email yang aku maksudkan adalah email ini :
eng_0102mat@yahoo.co.uk
Memang sudah lama aku fikir untuk tukar alamat email baru. Tapi memandangkan email address ini sudah byk sgt dimiliki oleh orang lain, maka aku berhasrat nnt lah dulu. Lama2 jadi semakin sukar kerana dalam business pun aku menggunakan email ini. Business card photography sebanyak 300 keping dan GCP sebanyak 400 keping semua menggunakan email ini. Dan sekarang aku sudah tinggal dalam 100 keping sahaja utk kad photography dan 150 keping untuk kad GCP. Rasanya akan tempah baru tak lama lagi.
Jadi seperti yang anda boleh lihat, email itu sebenarnya sudah di miliki oleh ramai orang. Maka agak leceh kalau sekarang mahu tukar. Jadi aku biarkan sahaja sampai lah hari ini masa makan tengah hari bersama keluarga di Shah Alam. Tiba2 Kak Malini (kakak ipar) sebut perkara yg sama, alamat email yang tidak mesra alam. Bermaksud, orang pun susah nak ingat.
Aku hanya meng-iya-kan sahaja kerana aku sudah sedar perkara itu. Tapi pada masa yang sama tiba2 aku teringat, kawan aku pernah ada 2 alamat email, tapi dua2 masuk ke akau yg sama. Maksudnya 1 akaun email, tp ada dua nama (alamat email). Maka balik sahaja aku terus buka email dan cari setting untuk tukar email. Nak tukar 'mukhlis' mmg tak boleh. Dah 'unavailable'. Maka aku decide untuk guna alamat ini :
mukhlis.aazam@yahoo.co.uk
Dengan kata lain skrg, kalau orang email kan aku daru kedua2 alamat email, aku tetap akan dapat dan akan masuk ke akaun email yang sama. Namun aku tak boleh nak tukar yang belakang itu, dari '.co.uk' ke '.com' sahaja. Jadi nak taknak kene pakai lah '.co.uk' ...Sebab mudah lagi kan kalau '.com' sahaja. Lebih mudah labih baik, orang mudah ingat. Lagipun mmg dah pernah ada orang silap. Jadi skrg ini setiap kali aku beri email aku pada orang, aku akan tekan kan yg '.co.uk' dan bukan '.com'.
Kesahnya mcm mana boleh gune UK punya email adalah kerana semasa buat email ini, setting yahoo di PC rumah waktu itu adalah UK punya. Waktu ini sekitar tahun 1999 ke 2000 tak silap. Ketika itu abang aku sedang belajar di UK, jadi bila dia balik mestilah dia tukar ataupun tertukar. Maka aku yang tak perasan waktu itu terus register email.
Kesimpulannya mulai hari ini aku akan mula mewar-warkan kepada orang baru yang alamat email aku adalah mukhlis.aazam@yahoo.co.uk , dan pada masa yang sama, siapa2 yg sudah ada alamat email aku yang lama, boleh terus guna alamat tersebut. Maka lebih mudah.
Kenapa aazam dan bukan azam sahaja?
Kerana nama ayah aku Ahmad Azam. Jika nak letak Ahmad juga akan jadi panjang sgt. Maka aku letak huruf 'a' sahaja. Dan secara tak langsung nama yang unik lebih mudah di ingati orang dari nama yg biasa. Skrg ini pun orang sudah panggil aku 'Mukhlis-Aaa-Aaa-zam'
-.-'
Kenapa tak buang je 'ahmad' tu?
Sebab aku taknak.
Tapi tak kesah la, janji orang ingat. Di fb pun aku buat nama begitu, walaupun alamat fb adalah :
facebook.com/mukhlis.ahmad.azam.
- Alhamdulillah -
3 comments:
ataupun mukhlis.aa
abg hanief.aa
alaa da buat da. Bia la. Nnt pulak tuka hihi
Post a Comment