.

Thursday, January 12, 2012

Ayam, di mana ku cari mu.

- Bismillah -

Sejak 3 minggu lepas, ada suatu misteri berlaku di Kolej 6, Universiti Malaya. Bilamana sejak minggu itu, tiada lagi ayam kelihatan di kolej ini. Samada ayam itu adalah ayam kampung yg liar berkeliaran, atau bela mahupun ayam daging. Makin parah bila dewan makan kolej 6 juga, semenjak waktu itu sudah lagi tidak menyediakan ayam.

Beberapa hari selepas itu naik satu notis di papan kenyataan di dewan makan kolej 6.

"PERHATIAN!
LAUK AYAM TIDAK ADA SEHINGGA DIBERITAHU"

Singga diberitahu yg tak tahan tu. Setiap orang yg membaca notis itu terkejut. Hari terus berlalu dan penduduk kolej makin hari makin rindukan ayam. Dan keadaan makin teruk apabila kualiti menu makanan menjadi semakin teruk. Boleh kata sejak 2 minggu lepas, menu utama hari2 adalah telur rebus atau telur goreng dan sardin. Dan bukan boleh ambil dua2, tp kne pilih salah satu lauk.

Telur rebus pula biasa dihidangkan dengan sambal atau kuah kari. Dan sambal atau kuah kari yg diberi biasa sgt sikit. Telur goreng pula kadang2 terlampau berminyak. Mungkin sbb masak sekali byk2. Dan biasa takde kuah ape. Jadi biasa makan mmg kering. Kadang2 die bg sup kosong. Sup yg mcm tak rasa ape. Sardin pula kuah sgt cair dan pedas. Senang cerita tak sedap. Kadang rasa hanyir.

Ini bukan masalah tidak bersyukur, tapi apa yg berlaku adalah tiba2 dan tiada penerangan diberikan. Dan kami bayar untuk makanan2 itu. Namun bila makanan kering sgt dan tiap2 hari makan 3 kali lauk sardin dan telur, siapa tahan? Dah la tak sedap, akibatnya ramai yg keluar beli makanan di luar. Kan suatu pembaziran. Lebih baik tutup sahaja dewan makan dan tak perlu charge untuk makanan.

Dan kolej mcm biasalah. Bila ditanya, tiada jawapan. Jawapan diberipun kadang2 tidak masuk akal. Lori yg hantar ayam rosaklah etc.

Dan di group FB kolej pun mulalah. Orang mula merungut. Maaf jika ada penggunaan kata2 atau perkataan yg kurang baik dalam komen2 di bawah.


Yang kisah polis datang sebenarnya ada kisah tersendiri. Cerita lain kali.
Ape2 apun, nak makan AYAMMMMMM!!!!!!!!!!!!

3 minggu dengan telur dan sardin yg tak sedap adalah menyiksakan. Nak makan luar hari2 keringlah poket. Jadi kadang2 aku makan sehari sekali sahaja. Tak pun puasa.

Sebut pasal sardin, setakat hidup aku yg dah 25 tahun ini. Ada satu je sardin yg sedap pernah aku makan, iaitu maklong Nem aku masak. Sudah lama, suatu masa dahulu. Sejak itu aku tak pernah makan sardin yg sedap. Kalau tak average pun, mmg tak sedap langsung. Termasuklah yg aku cube masak sendiri byk kali .__.


- Alhamdulillah -

No comments: