.

Wednesday, April 13, 2011

Engagement Azam Dayana


- Bismillah -



(lagi2 gambar boleh dilihat di)


Sabtu, 5/3/2011.

Awal pagi itu sekitar jam 1 pagi aku pulang ke rumah untuk bermalam di rumah. Paginya selepas subuh, aku menghantar emak ke sekolah dan terus bergegas ke UM untuk ambil kawan2 medic, dan kemudian bergerak ke Melaka. Alamat pagi itu sbb nak cepat sgt, aku dan kawan2 tersampai awal di Melaka. Kitorang sebenarnye nak ke majlis kahwin group mate, Atikah (belah lelaki). Tapi awal sgt sampai dewan tempat berlangsungnya majlis pun tak bukak lagi -.-'

Majlis berlangsung di Dewan Bestari di MITC Melaka. So sbb awal sgt sampai (sekitar 10pagi), kami pun ke  Melaka International Bowling Centre, area2 dekat MICT tu juga. Igt nak bowling sepam dua, tapi nmpk penuh. So ktrg main pool/snooker kat area terbuka kat tempat tu. Ok aku sampai skrg tak tahu ape beza pool dan snooker. Ada beze ke atau sekadar beza pada nama macam motokar dan kereta?

Jam 1115 pagi, selepas hbs main 2 round (of kos la aku menang >.<) ktrg gerak balik ke dewan. Memandang pagi tu mmg aku tak makan ape lagi, jadi mmg puas menjamah hindangan kenduri. Macam biasa, macam kenduri Atikah belah perempuan pada bulan lepas, lauk die mmg terbaiK!!!! Sedap!!!! Memang nnt apa2 kenduri yg di anjur kan Atikah kene pegi lepas nihhh ehehehe, ok niat pergi kenduri dah salah. Tunggu adik die pulak kawen, Aina.

Gerak balik dari Melaka sekitar 1230. Itupun dah terpaksa gerak. Si pengantin Atikah pun tak sempat jumpa sbb masih bersiap. Tapi aku kene balik jugak. Sbb selepas itu aku ada job untuk ambil gambar pertunangan abang kepada kawan aku masa kat PASUM dulu. So yg Atikah nye, sempat ambil gambar kasut je, itu pun aku tatau sape yg amik gamba bawah ni. Tahu2 dah ada dalam kamera.


Sampai UM hantar kawan2, kemudian terus gerak ke SHah Alam, masjid Negeri. SOlat Zohor di situ kemudian naik Rahim terus ke Rawang pula. Kitorang terlambat dalam 10 minit dan keluarga pengantin perempuan terpaksa tunggu kitorang kejap lepas tol Rawang. Urghhh malunye. Sepatutnya kitorang yg datang awal tunggu derang. 

Sejak ambil gambar kahwin ni, mmg part merisik dan bertunang adalah yg paling aku enjoy. Sambil ambil gambar, sambil layan skali sesi sembang2 antara wakil dari pihak masing2. Biasanya sgt menghiburkan dan lucu. Dan itu yg menarik, gambar masing2 dapat di rakam dengan ekspresi yg lebih positif.

Oh sebut pasal gambar, aku tak faham sesetengah juru gambar, bila tayang gambar majlis kahwin atau tunang atau merisik, mereka lebih prefer letak gamba semasa outdoor atau indoor photoshoot. AKu fikir sebenarnya sewaktu majlis berlangsung lah lebih penting. Kerana sbb itu lah orang mcm kami di upah kan? Aku yakin kita semua paling penting nak gambar sewaktu majlis, sbb gambar photoshoot outdoor atau indoor itu anytime boleh buat. Tapi majlis sebenar yg berlangsung yg aku rasa sepatutnya menjadi ukuran. Sbb itu tujuan kita diupah. Maka aku fikir bila tunjuk gambar di web, fb atau blog, lebih wajar letak gambar semasa majlis. Bukan gambar bakal pengantin atau penganting posing masa outdoor photoshoot. Sbb tak guna gambar outdoor lawa tp gambar majlis xjadi. AKu personally bila nak upah photographer, aku akan pilih yg boleh ambil gambar dengan baik secara spontan, candid dan mengikut flow majlis. Sbb sekali dah berlalu satu2 event tu, dah xboleh patah balik nak ambil dah gambar itu. Kalu gambar posing xjadi nk buat balik 100 kali lepas tu pun xde masalah. 


- Alhamdulillah -



No comments: