- Bismillah -
Raya ke 2 kami sekeluarga tidak ke mana2. Ini kerana kami akan ke Kelantan untuk kenduri kazen aku bernama Siddiq Hafiz pada hari raya ke 3. Seawal 830 pagi 3/4 kereta sudah bergerak dahulu. Aku dan mak dan adik bergerak tengah hari. Separuh perjalanan pertama dipandu oleh emak. Kemudian sampai di kawasan rehat manantah, baru tukar. Dan ini sebenarnya kali pertama aku cross dari barat ke timur semenanjung di bahagian utara. Sebelum ini ada jugak plan2 nak pusing semenanjung, tapi bila pikir sampai perlis/kedah nk cross ke kelantan bagaimana pula. Dan kini telah ku tahu. Takde la susah mana, cuma jalan disitu mcm jalan dalam yg naik turunlah. Melalui bukit bukau dan sangat berbengkang bengkok.
Ini adalah kerana (seperti gambar di atas), kampung aku di Yan terletak dengan laut, maka untuk ke ke Kelantan dari Yan, perlu melalui 2 banjaran, iaitu banjaran Bintang dan banjaran Titiwangsa. Secara keseluruhan jalannya ada 1 lane dan 2 lane. 2 lane die tuka2 dengan laluan jalan bertentangan disebelah, kalau katakan jalan di sebelah kiri 2 lane, sebelah kanan 1 lane. 2 lane biasanya digunakan untuk laluan memotong. Oh dan tangki minyak yg tidak penuh adalah satu kesilapan yg mencari maut. Ini kerana selagi tak sampai Kelantan, takkan jumpa stesen minyak. Dan jalan berbukit bukau juga menggunakan byk minyak. Al kisah sebelum bertolak, minyak kereta yg aku pandu ada dalam half lebih sket. Jadi mula2 kn mak aku yg pandu. Kemudian bile sampai perhentian, tuka aku yg drive minyak dah E. Dan stesen minyak terdekat mcm lagi 50-60km lagi. Dan jalan pula berbukit bukau. Jadi masa pandu kereta mmg sgt menggelabah juga tiba2 kereta berhenti. Cuma nasib baik perjalanan yg seterusnya lebih kepada turun bukit. Tade lasepanjang 50km tu turun je, ada la mendatar dan naik juga, cuma turun byk sedikit. Jadi cara aku drive adalah dengan memaksimumkan penggunaan pecutan graviti bumi. Aku juga meminimumkan penggunaan break supaya momentum dapat di kekalkan sebanyak mungkin. dan perlu sgt berhati2, peka dan kene ada reflex yg bagus. Boleh kata mcm 5km je yg aku tekan minyak sbb biasa nk naik bukit yg tinggi dan semasa jalan mendatar yg agak panjang, baki 45km adalah dari momentum semasa menuruni bukit. Masa sampai stesen minyak, jarum meter dah bawah E sgt, dah touch yg bawah skali tu pun rasanye. Mcm 1 meter lagi nih mesti habis da minyak.
Sampai di Pasir Mas, Kelantan lebih kurang jam 9 malam. Agak jem dan sibuk juga jalan2 di situ. Boleh jadi sbb ramai orang balik atau ada beberapa jalan yg sedang dalam proses baik pulih. Dan ketika itu juga aku sudah terperasan yg bulan malam itu sungguh cantik. Ditambah pula ada bintang yg aku rasa planet Mars di atasnya. 40minit selepas itu sampai di rumah penginapan iaitu rumah Abg Wan (abg ipar). Terus aku buka tripod dan ambil gambar. Tapi mcm ada 5 minit je sebelum bulan menghilang ke barat ='(
Oh masa sedang ambil gambar bulan itu datang 3 orang budak ini yg aku rasa anak sedara abg Wan yg tinggal di rumah sebelah. Aku dalam hati dah 'alamak, aku mana pandai kecek Kelantan'. Mesti aku tak paham apa derang kata nnt. Namun kemudian..
"Abang buat pe tu bang, abang amek gamba apee?"
Aku pun terus terkeluar dari mulut "eh..apsal korang tak cakap Kelantan? Oh nga tangkap gamba bulan"
Skali derang cakap kelantan pula dan aku pun mcm blur2 tak pahe. Pastu rupenye derang cite, derang tinggal Bangi, pun kadang2 je balik kampung. Oh!
Kemudian derang main bunga api dan mercun. Mcm2 nama mercun aku denga. Yelah sbb last aku main mcm masa sekolah rendah dulu kot. Lepas tu mcm dah tak main sbb rasa membazir gile. Aku tengok derang main, bunga api terbakar 5 saat pastu dah. Mcm serius bosan gile. Bakar lagi 5 saat pastu habis. Faham tak sgt bosan -.-'
Oh kemudian ada mercum KLCC (derang punye nama). Rupenye jenis meletup kat atas mcm fire works yg biasa tu la yg biasa org main masa new year atau ada event ape2. Ada 3 je pun, yg last tu baru aku mcm rasa nk tangkap. Sebelum ni tak penah pun aku tangkap gamba bunga api atau mercun. Ni baru nk cube2. Yg atas ni pun aku agak2 je.
Dan kemudian aku merancang dengan derang untuk ambil gambar bunga api. Jadi baru lah mcm ada misi sket dan takde la bosan sgt main 5 saat je. So ktrg pun mcm terlali jap main dan ambil gambar. Byk try and error je.
Susa jugak sebenarnye, timing kne betul dan angle pun. Dan kadang2 mercun tu ke katan n kiri so susah nk baget.
Sebelah rumah abg Wan ada kedai runcit yg aku pun tak sure tutup kol bape. Masa kol 12 aku tgk still bukak lagi. Kat sini la budak2 tu beli bunga api dan mercun dan main 5 saat dan mcm berpura2 seronok. Kalau 5 saat ok lagi. Kalau mercun yg meletup tak sampai sesaat tu? Seryes-lee sgt bosan ok, dan sgt membazir.
Jumlah perjalanan adalah lebih kurang 9 jam lebih.
- Alhamdulillah -
3 comments:
wuish....best betul experiment terbaru encik musaf kali ni.
lepas ni kene practice amik gambar fireworks byk2 bersama dgn timing yg mantap yer...
looking 4ward for other great pics :)
awhhh ko ni puji aku lebih sgt laaa ='D
mane ade puji lebih. eksperimen tak semestinye menghasilkan sesuatu yg mantap. kadang2 biase aje hasilnyer.
tak gitu encik musaf?
Post a Comment