- Bismillah -
HARI PERTAMA, 7/7/09
1 Pagi waktu ketika itu. Aku, Adam dan Tariq bertolak dari rumah aku. Menggunakan Guthree, aku masuk ke lebuh raya PLUS. Berhenti di R&R Tapah. Kemudian exit di Simpang Pulai untuk menghantar Adam pulang ke rumahnya di Ipoh.







Waktu ketika itu baru jam 8 malam. Tapi suasana sangat gelap. Selain dari api arang dan lampu rumah, tiada lagi cahaya lain kelihatan. Sangat gelap gelita. Hujan pula makin lebat. Kilat sambar menyambar. Guruh berdentum garang. Aku mula menggigil. Tariq masih khusyuk membakar ayam. Aku masuk sebentar ke dalam rumah. Duduk di atas katil. "BANGGGGG!!!" tiba-tiba dentuman guruh yang sangat kuat. Keadaan yang terang menjadi gelap gelita langsung. Black out. Aku langsung tidak nampak apa, walau sedikit cahaya. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi semua dengan bunyi hujan sebagai latar belakang. Aku menelan air liur. Mata aku meliar. Seperti ada kelibat-kelibat berlari-lari. Aku kaget. Cuak. Seram-seram sejuk. Mungkin sekadar mainan mata dan fikiran. Tiba-tiba satu cahaya muncul dengan tiba-tiba. Aku terkejut. Ciss Tariq!
"Kat mana kotak fius?" soal Tariq
"Tepi dinding tu" aku jawab bersahaja
Lampu hidup semula. Dan episod blackout berulang hampir 6 kali lagi, setiap kali selepas bunyi guruh yang sangat kuat. Tapi pada masa itu, perasaan lapar lebih menguasai segalanya. Abaikan cahaya. Makan!!!!!!!!!!!!!
Selepas itu kami membuat keputusan untuk tidur di rumah Tok sahaja memandangkan keadaan pun da macam agak ......errr, banyak nyamuk (haha). Balik rumah cerita kat tok. Tok dan Wan gelak. Tok kata kami orang bandar, xbiasa. Sgt -.-'. Yeee laaaa...kitorang xbiasaa~
bersambung......
- Alhamdulillah -
3 comments:
hahaha musaf kecut tros!
keco...sape lagi penakut??? haish~
eleh kina. kat langat pon x brani. haha~
hek ele korang. gado2. budak bandar.
bandar.
ke bandaran.
byk sangat isap bau2 ekzos kete. tu yg cmtu tuh.
haha~
Post a Comment