.

Sunday, August 28, 2011

Eid ul-Fitr

- Bismillah -


Sebenarnya sebelum nk balik kampung ingat nk cerita pasal on call semalam. Tapi tak sempat nampak nye. Tanggu lepas raya la. Kat kampung tade tenet jadi takleh no online.

Gambar di atas merupakan gambar sewaktu oncall obstetric sedang-rehat-seketika-ketika-baru-sahaja-melahirkan-baby-dan-sedang -menjahit-tapi-sebab-sakit-belakang-jadi-duduk-sebentar.

Di kesempat ini juga, sy ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan atas apa jua kesilapan dan kesalahan jika ada, kepada sesiapa sahaja yg membaca tulisan ini. Dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

Maaf Zahir dan Batin.


- Alhamdulillah -


Friday, August 26, 2011

Kasut Raya

- Bismillah -

Ini adalah kasut raya aku tahun ini. Kasut yg aku pakai almost setiap hari sejak membelinya 4 tahun lepas.

 Belah kanan paling best. Bahagian tumi dah tembus ke tapak. Jadi kalau jalan atas air mmg basah habis stokin. Dan sbb dah takde support, tumit kaki kanan biasa akan tenggelam dan menyebabkan aku sakit kaki hari2.

 Bahagian sisi dalam kasut belah kanan. Dah gam bape kali dah sampai aku rasa gam tu sendiri dah menghakis kasut. Tapi dah asik koyak je ape boleh buat.

 Bahagian bawah tumit yg tembus.

 Bahagian sisi luar kasut belah kanan. Dah mustahil nak gam lagi. Jahit pun dah tak gune. Sbb da mcm reput tepi tu. Kalau jahit jugak, bile koyak balik jd lagi teruk.

 Bahagian belakang kasut belah kanan.

Bahagian dalam tumit kasut belah kiri. Juga menyebabkan kaki  sakit hari2. Biasa selepas 2 jam dah sgt sakit. kene duduk kejap bukak kasut urut2. Tp purata aku dalam hospital, kelas, lecseksa. ture lebih kurang 7 jam sehari. 5 jam hujung tu biasa da sgt 


Namun sgt berbaloi. Untuk kasut berumur 4 tahun yg digunakan hampir setiap hari, dan setiap kali pakai kebiasaannya 6 jam paling kurang. Kasut ini juga lah aku pakai utk ke mana2, dari pergi jalan. pergi lecture, pergi hospital, pergi kelas, pergi raya, pergi tesco mahupun giant dan sebagainya. Jadi kalau nk kira dalam jam, errmmm labih kurang dah 8520jam kasut ini menjadi peneman kaki aku. Ok sgt touching dgn kasut ini ok. Dan kasut ini akan terus berbakti mungkin sampai lepas raya dan bulan 10. Sbb kne tunggu duit raya baru nk beli kasut lain.

Oh kasut, tinggal lebih kurang sebulan lagi kita bersama ='(
Terima kasih kerana menemani aku selama ini. Susah senang kita telah bersama. Walapun sebenarnye sbb aku tade duit sgt lah ko stuck lama kat kaki aku hagagaga. ok bye.


- Alhamdulillah -

Thursday, August 18, 2011

Setelah 7 bulan mendaftar



huh lambatnye...


Fikir2 - Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan

- Bismillah -

Ramai orang nak khatam,
tapi berapa ramai yg nk faham?


- Alhamdulillah -

Fikir2 - Kenapa orang datang bilik aku

- Bismillah -

1. Print
2. Sembang2
3. Ajak makan
4. Berhajat/Minta tolong
5. Lain2

Tadi baring2 tibe2 aku terfikir, kenapa orang datang bilik aku. Jadi di atas merupakan sebab2 utama mengikut turutan. Tapi print dan sembang2 tu biasa overlap. Kadang2 saje datang sembang2, ternampak printer dan kemudian 'oh baru aku igt ada sesuatu aku nk print'. Tak pun datang nak print tapi duduk sampai berpuluh minit sembang2 padahal print berpuluh saat je.

Ajak makan bulan puasa ni biasa bersahur la. Berbuka biasa lauk ok. Ada la kadang2 kurang menyelerakan tp biasa sahur mmg biasanya tak menyelerakan. Contohnya last week 4 hari berturut2 makan nasi putih dan telur rebus ._.

Ok bukan la tak bersyukur, tapi kita pun ada selera juga kan.

Berhajat atau minta tolong mcm nk mintak tolong hantarkan die kesana sini, xpun pinjam barang atau duit, tak pun ajar sesuatu dan sebagainya.

Lain2 termasuk nk beli emas, saje sbb bosan jadi nak kacau orang dan sebagainya.




- Alhamdulillah -

Sunday, August 14, 2011

something that is better..

Islam is not about ‘we’re better than you’.
Islam is about ‘let me show you something that is better for you’.

 - Nouman Ali Khan-

Wednesday, August 10, 2011

10



39:21 tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.