.

Monday, August 31, 2009

Aku mahu lagi!! Haih~

- Bismillah -

Layang2 hanya boleh terbang dengan tiupan angin.. hmmmm~

Semalam keluar beli filter. CPL.
Knp mcm xde kesan pun. Ataupun aku masih tak pandai gune.
Da la kene tipu ngan cina berak tak basuh tu -.-
Rugi RM35. jfkjgjhhghhjf!!!

Ramai balik. Makanan kat kolej byk lebih. Jadi pinggan aku 3/4 adalah ayam, 1/8 adalah sayur dan 1/8 lagi adalah nasi. Adakah peha aku akan membesar?

Aku belum ambil kunci untuk pindah blok H. Ramai kawan aku dah ambil. Adakah aku takkan mendapat bilik dan perlu duduk kat luar? Di rumah mungkin? Ulang alik tiap hari mengharungi jam dan macam gila berubut nak cari parking. Atau aku patut kawen dengan orang yang rumah nya yang lebih dekat supaya lagi mudah aku nak ulang alik? haih~

Aku nak terminate celcom broadband aku. Da macam xguna sgt je. Membazir.

Aku perlukan selipar baru. Aku hanya ada satu selipar sahaja yang aku gunakan dimana2 sahaja samada di dalam tandas mahupun keluar berjalan2. Mana hilangnya selipar hitam ku yang dicuri dulu. Kenapa selipar Jukebox aku berharga RM19.90 yang menjadi mangsa. Aku pernah terpijak tahi ayam dengan selipar itu. Kenapa kenapa?


- Alhamdulillah -

Sunday, August 30, 2009

Emosi Roket Part II

- Bismillah -

Terimakasih kepada :
HAJAR buddy ku - bg pinjam tayar spare kete die
BUU - panggilan telefon + sms
MSHA - Topup kan dari jauh
ADEK AMER - share Celcom kredit RM1

al kisah disaat2 da stress. Teringat Yan ngan Hajar. "Eh, derang ni bawak kete jenis sama".
Yan : Yan da balik, sory la tak dapat tolong
Hajar : Kejap2, tgh bagi barang buddy kat Marni nih

6.30ptg
Dengan pengalaman yang ade. Aku berjaya tukar tayar kereta dalam masa kurang 7 minit. Yeah!! Sangat berterima kasih dengan Hajar. Terus sambung angkat barang dan memecut pulang. Call mak, mak kata kedai tayar tutup jam 8. Singgah kedai tayar dulu la. Bukak pose kat kedai tayar la gamaknye. Usya2 gak kot2 ade kedai makan kat sebelah2. Tayar ade la. Makan tayar. Tp cine yg tukar tayar aku sgt mantap. Tampal dan tukar 2 tayar dan isi angin sume la bg siap dalam masa lebih kurang 13 minit 23 saat je. Rm8 bertungan tangan.

Sampai2 rumah kedengaran Azan maghrib. Semasa mengangkat cawan hendak minum. Ouchhh.. pergelangan tangan kanan aku sgt sakit. Pasti ketika tukar tayar td.

8.50malam
Sampai di surau. Jemaah sudah mula sembahyang. Saf semua sudah penuh. Aku buat jamaah baru dan ada seorang remaja belasan tahun pun baru sampai. Ketika itu imam sedang sujud. Kemudian dia angkat takbir. Aku pelik knp die tak sujud2. Kemudian nampak mulutnya kumat kamit membaca surah dengan laju, kemudian dia rukuk, bangun semula, sujud, duduk, sujud semula dan dah sama dengan imam. Kemudian imam bangun baru dia bangun. Die sembahyang dari mula dan kejar imam rupenye -.-

__________________________

Fiefa da pandai ckp!!!


- Alhamdulillah -


Saturday, August 29, 2009

Emosi Roket

- Bismillah -

Sepatutnya aku nak balik rumah berbuka bersama keluarga tersayang tadi. Penat2 angkat barang yg tak gune nak bawak balik skali. Peluh2, sampai kete tengok tayar, pancik. kjdfktdulhf!! (aku rasa aku da mula faham dengan bahasa dalaman ini)

Bukak boot nak amik tayar spare, tp knp sgt lembut. Aku baru isi je kot beberapa minggu lepas. Xkan tayar ni pun bocor jugak? Aku da hanta tampal hari tu. Xkn ade 2 tempat bocor atau apek tu buat x betul. jhfjhfpydkjg!!!!

Cari kawan2 yang ade kereta. Tp knp sume balik!!! lfghghjfghfou!!!!

No maxis pulak expired hari ni. Celcom pulak tinggal 1sen. Kedai topup kat kolej tutup. Mesin topup rosak. hfugyfgiufhj!!!!!!!!

arghh!! stressssssssss!!!


- Alhamdulillah, -

52 Tahun

- Bismillah -





Salam Kemerdekaan


- Alhamdulillah -

Thursday, August 27, 2009

Kolej 6

- Bismillah -

Bukan tak bersyukur tapi inilah kebebasan atau hak bersuara. Ohh..dan tak puas hati. Kolej 6, UM. Kolej Kediaman Ibnu SIna. Sapa tak tahu merupakan kolej dengan yuran kolej paling mahal antara semua kolej lain di UM. Kemudian yuran tambahan sgt banyak tayah cite la kn. Menyedut duit student selagi ada ruang. Da la internet sgt lambat, banyak kemudahan da rosak, mesin basuh pun bau busuk, da la kene bayar. Makanan pulak dah xsesedap dulu. Buah seciput je sekarang tak macam dulu sangat besar dan segar. Kedai runcit mahal gle lagi mahal dari 7-11 apecite.

Semalam tiba2 ada satu notis menyuruh pelajar yang tinggal di blok A&B pindah TIBE2!! Duk je la mana2 tempat lain selama 2 bulan sbb pihak kolej nak renovate bilik. Ape kejadahnye tetiba nak renovate bilik time2 ramai nak exam. Dah la bg short notice suruh pindah dan kosong kan bilik dalam masa 3 hari. Kalau bg penempatan lain tak pe. Ni macam kene halau dari kolej. Xke -.-' *&%&^%&$%& (bahasa dalaman yg aku blaja dr Lee -.-' yg hutang aku blanje makan)

Dan majoriti pelajar memberontaklah. So malam tadi ade la mcm sesi taklimat atau bersoal jawab dengan pihak kolej. Kawan2 aku siap fwrd2 msg suh turun ramai2 memberontak dan buat master kolej nampak bodoh. Oh ye, cite pasal master kolej ni (ehh..ni mengumpat ke haa?), sejak tuka Master, makin banyak mende yg penduduk kolej tak puas hati. Of kos la paling tak puas hati bila yuran kolej naikkan. Ape cite Uitm yuran RM400 je tp ktrg yg sampai beribu? Itu yuran kolej belum yuran fakulti yg beribu jugak dan ape2 ntah lagi yuran tambahan, yuran mikroskop dan bas la padahal aku tapenah naik pun bas um tuh. Kemudian punye la byk renovation die buat kat kolej nih, tambah tu tambah ni. Sume tempat nak tutup nak renovate. Sume mende nak ubah. Duit mana dapat lagi kalau bukan sedut duit students. Kemudian denda bukan main macam2 lagi. Silap sket je nak saman pastu mahal gile. Sidai baju kat tempat yang tak sepatutnya kne rampas dan kalau nak amik balik sehelai RM5. RM5 bole beli baju baru kot kat pasar malam. Bole makan 2 kali dan bole sms 500 kali. kalau 6 helai baju kene rampai macam kawan aku hari tu free2 je RM30 bg kat kolej pastu master membazir kat mana ntah lg. Kemudian sume mende nak kene bayar. Selagi ade ruang pasti akan di ambil kesempatan untuk menyeduut sebanyak mungkin duit2 kitorang.

Ok da terklua topik. Jadi masa sesi soal jawab (aku tak turun pun -.-) memang bertalu2 la soalan diberi. Yg tak sabar pulak mmg kasar lah caranya. Master pulak diam je. Dia suh Penyelia2 yg handle. Sbb die tahu die takleh nak menang da pastu nak pasing2 kat orang. Pastu skrg ni cadangan nye nak sumbat kitorang kat blok lain yg ade kosong. Bilik yg 2 org suh tinggal 3 org -.-. Itu pun yuran mesti sama gak. Takdenye nak tetibe baik bg kne bayar half ke. Pastu passing keje suh JTK kolej handle. Pastu tu ade sikit je bilik kosong. Yg xdapat bilik nak campak mana? Yang rumah dekat or kat area2 Klang Valley nih boleh lagi la kot tinggal umah walaupun kne ulang alik merentasi jem dan bermati-matian berebut parking setiap hari. Yang tinggal jauh? duk sabah serawak? Pastu nak cari umah sewa celah mana time2 macam nih. Da la kawasan KL-Bangsar-PJ so tahu2 la harga nk sewa rumah pun macam mana.

Bangga nye menjadi penduduk kolej 6...yeahhhh~
http://kk6.um.edu.my/
(entah bile last skali derang hapdet pun aku tak tahu)
Muat turun lagu Kolej!!!! -.-'


haih~
makan hello panda lagi best
alamak daaa habisss!!!
T_T


- Alhamdulillah -

Wednesday, August 26, 2009

The Last Air Bender

- Bismillah -








sgt cool~


- Alhamdulillah -

Tuesday, August 25, 2009

Tidurlah sayang~

- Bismillah -

gamba bulan pertama aku *tunduk merendah diri*

Al kisah aku bangun2 pagi semalam aku da srootttt srooottttt (hidung tersumbat laaa). Dari semalam semalam lagi da rasa mcm nak deman. So pagi smlm pun maka aku demamlah. Mamai2 tido balik. Bangun lagi konon2 nak baca buku pastu tido balik. Haih badan tak larat. Pastu bangun lagi terus g mandi. Sejuk sgt (walaupun da nak tengah hari). Tapi masih rasa penat dan tak larat. Nasib baik hari ni xde kelas tp sgt byk sgt nak kene study.

Lepas zohor study. Pastu baring. Study balik. Baring lagi. Study balik. Selepas smayang asar baring lagi. Kemudian bangun balik tp rasa lain. Tgk lua tingkap da gelap. 745pm. Terlepas berbuka. Makanan kat dewan makan mesti da habis. Mandi dan solat. Baru teringat belum berbuka lagi. Nasib baik ada Hello Panda.

Berfikiran negative:
Hari tu masa final da sakit. Sampai x stadi seminggu. Pastu exam haih. Ni sakit lagi. Ape ni asik sakit je. Da la terlepas berbuka. Membazir duit aku nak kene pegi kedai pulak. Menyusahkan betul. Da lapar. hidung tersumbat. Sejuk. Demam. X larat. Sgt tak bessst ok! menyampahnye. Ape hidup macam ni nih. Xde life btol la~

Berfikiran Positive:
Oh demam lagi. Haih, aku di uji lagi nampaknye. Xpe2 moga2 bertambah iman aku. Eh da masuk waktu berbuka. Oh takpe la terlepas berbuka. Kedai kan ada. Hello Panda pun ada. Bukan xde makanan langsung kan. Alhamdulillah. Bukan tak study langsung dan taknak study, tp aku da usaha yang terbaik. Selebihnya aku bertawakkal. Moga Allah membantu aku.

Sekarang sudah 4 pagi ketika aku menulis ini tapi aku masih x dapat tidur (sbb tu aku tulis ini). Mungkin akibat terlalu banyak tidur da siang tadi. Ohhh mata, pejam lah. Kira kambing...
1, 2, 3, 4, 5, 6, .........................1183649,
ishk knp xleh tido lagi nih!....1183650, 1183651, 1183....ZzzzZzzz~


"Allahumma barik lana fi Ramadan"


- Alhamdulillah