.

Tuesday, August 05, 2008

BaktisiswaSARAWAK - No.17

-Bismillah-

Sambungan...
Ini masih kisah d hari pertama. Rumah Agan kesemuanya skali ada 22 buah rumah. Dan aku bersama Devan dan Doc Mohazmi menjadi anak angkat keluarga rumah no 17, keluarga Ibu Maria.

Ini rumahnya. Kat cni derang xpanggil rumah tp 'pintu', sbb rumah agan tu da rumah.

Rumah kat sini bahagian depannya sahaja batu. Sama untuk semua rumah. Tp bahagian tengah dan belakang ikut kemampuan setiap keluarga. Seperti keluarga aku, adalah antara keluarga yg paling dhaif dan menyedihkan. Aku sgt simpati. Gamba atas adalah ruang tamu rumah itu. Ada home theater. Memang mengejutkan tp aku rasa itu adalah pemberian dr orang. Percaya atau tidak, dalam rumah ni langsung tiada singki dan paip air.
Ini adalah gamba bahagian belakang rumah.

Ini adalah bilik mandi, dan satu2 nya sumber air untuk rumah ini. Untuk buang air di belakang lagi. Nampak x ada mcm rumah kayu blakang tu? itu adalah rumah asal rumah panjang Agan ini sblm rumah baru yg ada batu.

Untuk ke tandas, kene pergi ke rumah panjang lama tu, naik tangga yg dibuat dr kayu balak.
Terus masuk ke rumah panjang lama itu.
Keluar dr rumah panjang lama ikut blakang dan perlu melalui titi kecil.
Dan ini lah tandas nya. Jauh di dalam hutan. Cuba bayangkan bagaimana kalau aku ingin buang air pada malam hari dengan keadaan gelap gelita dan langsung tiada lampu.
Rumah ini cume ada 1 bilik dan terletak di tingkat atas. Di siang hari, sanagat panas!!!

-alhamdulillah-

BaktisiswaSARAWAK Day 1 - Rumah Agan

-Bismillah-
BAKTISISWA SARAWAK 2008!!!!
Secara kasar prog ini dianjurkan oleh medical society (MEDSOC) University Malaya. Diadakan pada 28 Julai - 2 Ogos 2008. Bertempat d Rumah Panjang, Rumah Agan, Sungai Mador, Bintangor, Sarikei, Sarawak. Disertai oleh 104 orang pelajr perubatan UM tahun 3 dan seorang penasihat, Dr. Mohazmi.
27 Julai, 3 pagi
kumpulan pertama bertolak ke LCCT. Aku ikut kumpulan ke 2 pada esoknya jam 3 pagi. Tp pada malam ini kne turun utk kasi briefing sket. Siangnya pulak aku ke PERSIS, sempena EPISMA 'memenangkan' kumpulan aRraid.
28 julai, 3 pagi
Aku sgt mengantuk dan penat. Da la malam sebelumnya xcukup tido. Selepas sedikit briefing, kami bertolak dengan 2 bas UM ke LCCT. Ntah mcm mana, Dr Mohazmi tertinggal. Sbb kami da jauh, Dr terpaksa naik bas ke LCCT. Sory doc, mcm mana blh terlupa ntah. Selepas check-in jam 530 pagi, kami breakfast d MacD (boikot!!). Dr Mohazmi tiba 615, org last check in. Semayang subuh kemudian terus naik flight. Aku tido sepanjang penerbangan walaupun kurang nyenyak sbb cuaca kurang baik pagi itu.
915 pagi
Kami tiba d lapangan terbang sibu. Kecil sahaja. Disebabkan tak cukup bas, sebahagian dr kami terpaksa tunggu kumpulan ke 3 di airport yg dijangka tiba jam 2 ptg. Sebahagian kami yg lain termasuk aku bertolak dahulu ke Rumah Agan. Sebelum sampai kami singgah ke pekan ape-ntah-nama utk beli sedikit barang keperluan.

Untuk ke rumah agan, bas terpaksa melalui jalan yg berbukit bukau (majoriti jalan kat sarikei begitu). Masuk ke hutan melalui jalan yg sgt sempit. perjalanan mengambil masa lbh kurang sejam setengah. Sebelum tiba ke Rumah Agan, kami terpaksa melalui satu jambatan yg hampir roboh (gambar atas). Jadi kerna ingin mengelak dr perkara yg tidak diingini, kami terpaksa turun kosongkan bas untuk bas melintas kemudian naik balik selepas itu.

Satu2 nya bas yg kami guna.

1130 pagi - Kami tiba di Rumah Agan

Ini adalah rumah Agan. Sgt buruk dan sangat daif bukan? tp ini rumah agan yg dulu. Rata2 anak2 dari rumah panjang ini sudah berjaya dan ramai yg sudah berhijrah dan bekerja di semenanjung. Siap ada satu keluarga tu, Rumah dia kalah rumah org KL. lengkap dengan perabot import dan home theater. Bila ditanya, salah sorang anaknya adalah doktor pakar (adakah ini bermaksud doktor kaya?). Jadi anak2 yg sudah berjaya ini selalu menghantar wang pulang.

Bila sudah byk, penduduk rumah agan sepakat nk moden kn sket rumah panjang mereka. Jadilah mcm gamba atas ni. Walaupun nampak mcm rumah teres 2 tingkat, tetapi di dalamnya masih dhaif (kecuali rumah yg anak die doc pakar td). hanya bahagian depan rumah sahaja batu, belakangnya semua papan.


masuk sahaja Rumah itu, akan ada satu kawasan luas yg sgt panjang. dinamakan Ruai. Disinilah lbh 60% masa org2 Iban yg tinggal d rumah ini menghabis kan masa. bersembang, mengumpat, bermain dan sebagainya. Jd dapat dilihat ukhuwwah diantara penduduk sgt kuat. Majoriti aktivi yg kami buat juga di ruai ini.

Satu2nya jalan ke rumah agan

Dari depan pintu masuk, beginilah gambarannya~

bersambung....

-Alhamdulillah-

Sunday, August 03, 2008

PERSIS si ArRaiD

-Bismillah-

27 Julai 2008
Arraid. Da la dtg lewat! aku call x angkat! CD minus 1 hilang!

Pastu lirik xsempat buat salinan. Pastu sbb kurang blatih. Duk dalam tandas buat latihan.

Pastu blh pulak lupe lirik!!!
Malahan juga melanggar peraturan pertandingan!
Walaubagamanapun mereka mendapat anugerah vocal terbaik. Tahniah kpd mereka dan 'terima kasih kepada aku'..keh3
Gamba dak2 Hira' jeram xde. Tp tahniah buat mereka kerana berjaya menggondol tempat ke 3, mengalahkan sifu, sbb arRaid yg melatih budak2 nih.

Papepun kata aRraid, mereka dtg utk buat show, bkn bertanding. YeLa tuh!
Sape nk video arRaid nyanyi blh mintak sama aku key. 178mb.

-Alhamdulillah-

EPISMA 08 - sum

-Bismillah-

EKSPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 24-27 Julai 2008 lepas. Pelbagai pujian dilontarkan dan banyak respon baik diberikan. Itu untuk mereka yg tak tahu. Sebenarnya pelbagai masalah dan suka duka yg berlaku untuk pelajar menganjurkan program sebesar ini.. Campur ngan isu makan hati, amik hati rebus hati dan lain2 yg memburukkan lagi penganjuran program ini. Papepun meh kita buang yg keruh dan amik yg jernih.

Semua aktiviti dilangsungkan di sini, DTC - Dewan Tunku Canselor, UM

Antara yg menakutkan aku, beberapa minit sebelum majlis perasmian dimulakan pada malam hari 24 Julai 2008, deco untuk pentas masih belum sempurna!

Dirasmikan oleh Menteri Timbalan Pengajian Tinggi 1. Aku respek gile dengan pengetahuan ilmu agama die. Ala2 ustaz pn ada isi2 ucapannya.

In-Team sebagai artis jemputan

Jumaat malam sabtu, ceramah perdana oleh Dr Danial. Sgt hebat!
Jumlah pengunjung yg sgt mengagumkan

Sabtu pula. Pagi itu ada simposium. Aku xpergi sbb sibuk dengan urusan baktisiswa. RAsa sgt rugi xdpt join. Malam tu pula ada forum mengenai perubatan islam. Kehadiran sedikit mengecewakan pada mulanya, gara2 hujan.

Ahad dan hari terakhir adalah pertandingan nasyid.
Posting khas untuk tajuk ini.

-Alhamdulillah-

Thursday, July 24, 2008

PERSIS sempena EPISMA

-Bismillah-

Kepada sesiapa sahaja, anda semua dijemput beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara pertandingan nasyid sempena EXPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA 08 (EPISMA 08). 12 kumpulan akan bertanding bagi merebut hadiah utama yg merupakan wang tunai berjumlah RM1000. Antara Kumpulan yg akan menyertai pertandingan ini adalah aRraid (Muawwidz, Umar ariffin & d gEnG) dan kumpulan Nasyid dari Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

-aLhamdulilLah-

Monday, July 21, 2008

huuuuuu kSaI

-BismillaH-


18-20 Julai 2008
TAHNIAH utk kedua pasangan mempelai.
(ada kwn aku tanya, kalau perempuan mempelai lelaki nye apa pulak? hahaha)
Dan terima kasih kepada baskoro krn melambatkn aku g majlis nikah..ciss!


19 Julai 2008
Hanya 3 patah perkataan mampu kami ucapkan...
Kami sangat penat~

-Mekasih kat Yusri n Zul tolong aku-



Bermula Khamis ini. Knp aku kne buat kerja yg sepatutnya bukan aku yg kne buat???
Kpd makwid, umar n ahli ArRaid yg len, make sure korang joinj pertandingan nasyid ahad nih. Call afif alam or aku utk info selanjutnye.


Isnin akan datang. Tp aku sgt geram dengan biro tajaan. 3 bulan punye keje, RM3000 je sponser koperat korang dapat!!! Hampeh btol. Geram aku. Macam x bersungguh je. Kempen kesedaran kesihatan dulu aku dan 2 org kawan dpt cari hampir RM20K dalam masa sebulan. Ni 20 orang 3 bulan. Pastu nk harapkan personal donation yg setiap org kne cari n dari carwash. Boleh pulak wajibkan RM150 minimum setiap org kne cari. Ape laa... Aku da la kepenatan minggu nih, penuh ngan meeting ngan panggilan n keje kne buat. Lagi buat hal.

bersabar~



-Alhamdulillah-

Tuesday, July 15, 2008

week no-end

Bismillah~

Last week aku ke kebun cendawan milik abang ipar aku.

Ini adalah rumah cendawan

Ini pula medium dimana cendawan itu tumbuh
Ini pula keadaan di dalam rumah cendawan. Baru 2 minggu disemai. Cendawannya belum tumbuh lagi.

Ini pula adalah beg dimana cendawan akan tunbuh darinya. Secara kasarnya aku sgt tertarik dengan perniagaan ini. Kalau aku ada masa kosong pasti aku da lama join.

Kalau dulu aku selalu berpendapat aku dilahirkan dalam keluarga pendidik memandangkan kedua ibubapa ku berkerja sebagai cikgu. Abang aku pula pensyarah d UKM dan kakak aku juga asalnya akan menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta. Kemudian masa berlalu. Kakak aku mula membuat syarikat jual baju versi muslimah dan beberapa islamic items. Kemudian kakak iparku dengan bisnes baju kanak2 muslim dan seterusnya abg iparku dengan projek cendawannya. Kemudian ada ura2 pula nk menternak cacing la, lintah la, kolam ikan la...mcm2. Adakah aku sebenarnya dilahirkan dalam keluarga peniaga? Aku mmg sgt berminat dengan perniagaan tp tiada peluang buat masa ini. Aku juga sgt berminat dengan fizik dan matematik. Rasa sgt syg telah meninggal kn ilmu2 itu. Dan aku tak pernahpun suke medic suatu masa dahulu.
Sabtu lepas, 12 July, aku ke medical checkup d damansara. Sgt sikit volunteer aku dapat cari samapi terpaksa panggil Tariq tlg. Secara kasarnya prog adalah hari keluarga taman dengan kerjasama dari ISLMA
Ni adalah rumet aku yg sgt pasif (termasuk dlm lecture hall)...senyap sepanjang masa. Rumet sorang lg plak sgt bising denga guitarnye.

-Alhamdulillah-