.

Sunday, June 12, 2011

The Truth of the Apple iPad Behind Foxconn's Lies



Thursday, June 09, 2011

Storm Chasers

- Bimillah -



Macam biasa, aku mmg minat cerita2 dari Discovery Channel atau National Geographic. Ceritanya mengenai beberapa kumpulan pakar cuaca yg setiap kali musim tornado, akan membahayakan nyawa mengejarkan tornado untuk ambil video, gambar dan scientific data. Skrg ni dah hbs season 4 pun. Dan setiap tahun satu season je. Sebabnya musim puting beliung/tornado hanya sekali setahun selama 6 minggu. Lokasi di area selatan US. 

So aku tulis pasal cerita ni ada 2 sbb. 1st bila follow cerita2 reality nih, watak nama jalan cerita semua adalah hampir betul. Jadi sikit sebanyak ko akan kenal watak2 dalam sesebuah cerita realiti itu. Jadi bila epi 4 season 4 ni tibe2 di hujung epi, ada satu watak ni tibe2 die bg tahu meninggal. Da la tengah2 season ok. Xpasal2 sedih wuuu T_.T



Ok sbb yg kedua. AKU JELES TENGOK GAMBA2 DIE!! Aku igt nk join boleh tak team storm chasers nih. Wuuuuuuu T_T.

Antara gambar2 awesome yg di rakam storm chasers. Nak lagi google sendiri.


Aku dengki tengok gamba2 derang. Urghhhh tertekan!!!


- Alhamdulillah -

Wednesday, June 08, 2011

OHMS

- Bismillah -

Untuk 3 minggu ini aku akan buat OHMS> NNt aku cerita lebih detail ape kebendenye tu. Minggu ini aku sibuk buat research tentang thematic project OHMS nih. Pasal import export makanan dan aku akan ke Port Klang utk buat survey etc.

Pada masa yg sama aku sedang sibuk siapkan gambar Salmi, seterusnya buat album. By this week aku mmg kne siapkan. Dan sofar ada lg lbh kurang 1/4 kerja tak siap. Dan juga baru2 ni, album yg aku tempah utk weddin Fadya, ntah mcm mana ada berlaku kesilapan teknikal. Org kedai lupe nk tulis order aku, jd Isnin lepas aku pegi ambil, xjumpe pun album. Kemudian cek dalam list printing pun takde. Cek gamba aku bg ada. Hampeh.

Aku masih berkira2 nk beli tak ND400 filter. Harga lebih kurang RM300. Kemudian kalau nk beli tu kene beli skali step up ring. Hmmm kalau ikut kan budget mg tak cukup langsung. SBb aku igt nk gune masa OHMS, masa survey ke port Klang. Gambar2 tu nk guna masa presentation kat Public Health Specialist dan Majlis Perbandaran.

Kemudian hari tu nak beli umbrella set utk flash pun xterbeli lagi sbb xde budget. Haih ni sume sbb scholar yg cut byk. Jadi duit pendapatan sampingan aku perlu diutamakan untuk byr yuran dulu. 

Tapi yg ni pakai mentol, aku nk gune flash. Hari tu survey harga, light stand yg tinggi 2.3meter dan umbrella saiz..err x igt tp yg besar punye campur dgn adapter, total RM180 utk satu set. AKu mmg da lama mengidam set nih, bleh buat mini studio sendiri. Beli sikit2 nnt kemudian beli backgroud pulak. excited >_<.


- ALhamdulillah -

Monday, June 06, 2011

VOTE FOR ME!


Mule2 click link di bawah


 Connect to FB

 Click 'X'

Paste this address


And click VOTE.

TQ >_<


Saturday, June 04, 2011

Musafirdunia Photography @ Wordpress!

- Bismillah -

Lupe pula nak di khabar kan. Aku ada buka satu lagi Photo Blog.


Jemput2 la tgk ye >_<

Sebabnya http://musafirdunia-photography.blogspot.com/ mcm terlampau formal. Untuk customer2 yg nk tgk gambar wedding dan portrait. Jadi aku tak tahu nak letak mana gambar2 random mcm landscape, micro etc. Flickr mcm bosan sbb gambar kecil, kemudian tak boleh nk letak byk2 skali gambar. FB kualiti buruk. Nak letak kat blog ni, kalau korang perasan mmg aku makin kurang letak gambar kat blog ni. Sbbnya akaun untuk blog ini asalnya dah penuh. Die cume bg 1GB lbh kurang. So aku pun dah delete byk gambar2 yg dulu2 aku tak pernah nk resize. Tapi itu pun mcm still 800mb. Maka aku pun mula berjimat. Jadi sbb itu kalau nk letak gambar apa2, aku akan letak pada blog gambar yg 2 ini. Yg http://musafirdunia-photography.blogspot.com/ pun mmg aku buat akaun baru semata2 nak dapat balik 1Gb baru. Yg kat wordpress baru2 ni aku baru tahu die bg 3Gb. Jadi sbb tu aku decide nak bukak satu kat situ, dan gambar pun boleh lagi besar dari di blogspot.


- Alhamdulilah -

Thursday, June 02, 2011

End Of Posting PSY & jangan komplen sgt laaa!!!! Grrrrr


- Bismillah -

Isnin lepas aku ada exam end of posting psychiatric. So kire aku dgn rasminye dah hbs lah posting PSY nih. Overall aku rasa aku buat agak bagus >_<. Sbb aku tak rasa soalan exam susah sgt. Obviously bile kte byk tahu, kita tak rasa susah lah. Bile kite kita tak tahu byk, kita rasa susah.

Fuh Alhamdulillah. So skrg nih aku mmg tiap2 hari duk depan PC siapkan gambar customer yg aku tangkap masa kenduri derang 1 minggu lepas dan 2 minggu lepas. Kebiasaannya aku akan siap kan gambar dalam tempoh seminggu, max 2 minggu je. Tapi untuk kali ni aku rasa aku mungkin memerlukan 3 minggu paling kurang. Kalau aku dapat siapkan dalam minggu ni mmg ajaib. Sbbnya ktrg cover 3 majlis, dari nikah, kenduri belah laki dan perempuan. Total gambar aku rasa hampir mencecah 3000!. Seryes ini paling byk penah ktrg tangkap. Bateri kamera siap habis dan memory card 8Gb tuka sampai 3 kali. Bateri flash pun habis. Mmg puas tangkap gamba time nih. 


Sebelum di edit

Selepas di edit

Dan ini yg masalah. Bile aku mcm rasa byk masa, akibatnya kadang2 aku bg perhatian kat satu gamba lama sgt. Kadang2 setiap gamba sampai 10minit! Kalau 3000 gambar? Adeh penat jugak sebenarnya nk siapkan byk2 gamba nih. Belum album lagi. Untuk kali ni 60 muke pulak tuh. >_<

Actually aku mcm tgh cube siapkan minggu ni. Tapi kalau dapat siapkan minggu ni seryes tere. So far baru halfway. Kalau aku nak betul2 laju aku akan just pastikan exposure agak2 ok je. Tak tgk mende lain. Biasa tone tak menjadi maslah sgt.

Die part yg leceh bile pengantin berpeluh. Nak hilangkan peluh ambil masa. Kemudian lagi satu kalau salah fire flash or setting, akibatnya backgroud jadi gelap atau cahaya tak sekata, itu pun leceh nk betulkan. Satu lagi maslah bile pengantin pakai baju putih mcm atas nih. Baju penganting senang sgt overexposed. Dan warna kulit akan jadi gelap. Amik byk masa jugak nk terangkan kulit etc. Nasib baik aku rasa aku mcm agak tere la jugakkan. So boleh siap 10 minit. Aku rasa kalau beginner mahu setengah jam satu gambar. 

So skrg korang tahu yg ambil gambar bukan sekadar ambil gambar. Byk lagi proses selepas itu yg sgt memenatkan dan mengambil masa. Sbb itulah harga upah org ambil gambar beratus dan beribu. Sbb tak senang ok. Pengalaman adalah kos paling mahal skali. Sbbnya nak dapat pengalaman pun bukan free. Pergi seminar sana sini, kelas sana sini, beli magazine, outing, hsb masa beratus jam depan pc utk belajar, semua ni ada kos. Mcm seminar dan kelas kadang2 sampai beratus dan beribu. Beli kamera pun beribu. Belum lense, flash dan accessory lain lagi yg pun beribu. Penat ambil gambar masa wedding, berpeluh2 kadang2 panas sampai nk collapse. Kemudian pemilihan gambar dan edit gambar satu2 lagi. Igt senang ke.

Aku sgt xsuke org ckp, "alaaah amik gambar, tekan2 pun nk charge beratus ke". Hahh kalau mcm tu boleh beli kamera sendiri dan amik gambar sendiri. Kite tgk susah penat dan mahal tak nak ambil gambar lawa. Mungkin die akan kata, " alaa ada je org lain bagi murah je". Ok fine pegi lah upah die. Die bg murah sbb gambar die tak seberapa. Pengalaman die mungkin kurang. Peralatan die juga kurang. Dengan kata lain kos die kurang. Boleh la harga murah. Dan tgk lah die dapat bertahan lama mana bg harga mcm tu. Confirm kejap je. Kalau nk gamba lawa, ambil lah photographer yg berpengalaman sikit. Tapi mahal sikit lah. Biasa la tu kan.

Kalau rasa nak lagi lawa, boleh upah photographer yg mmg dah top. Macam Saiful Nang, pekej die paling murah RM7600. Tapi kenapa ada je org hire die? malah ramai berebut. SBb nya kualiti yg dihasilkan pun berbaloi dgn apa yg dibayar. JAdi tolonglah kepada sesiapa sahaja, jgn komplen sgt tak habis2 mahal. Xnak sudah. Carilah yg lagi murah. Aku rasa kadang2 aku dah bg murah dah. Aku byk jumpe photographer dgn hasil lbh kurang aku, kurang2 pun seribu. ADa yg lagi buruk seryes buruk tak tipu, pun seribu lebih ok. Aku so far setengah ribu je. Itu pun naik slow2, dari mula2 RM50 sahaja. Bila pengalaman dah makin byk, skill dah makin bagus, peralatan pun dah bertambah, harga pun seiring lah kan.

ok masuk bab luahan perasaan pulak. Okthnxbye.


- Alhamdulillah -

Wednesday, June 01, 2011

Kakak Rahim K punye Wed

- Bismillah -

So last week encik Rahim K minta tolong aku buat bunting untuk kakaknya yg bernama SIti Fatimah yg akan berkahwin pada 5hb ini. Mcm biasa 5hb Jun mesti cuti. Mestilah dah besday aku hagagga.

Ok lari topik. So ini lah bunting nyer~




Memandangkan aku dah selalu gune photoshop, jadi aku try je lah buat pakai photoshop. Kalau tak design2 punye kerja ini dulu aku pakai illustrator. Tapi sbb ni melibatkan gambar, so aku fikir gune photoshop je lah. Kalau tidak biasa aku gune photoshop utk edit cut gambar dan kemudian gune Illustrator utk design. Tp sbb rasa mcm makin expert gune PS, so PS je lah buat semua.

Oh dan nikahnya ptg ke malam aku da lupe, pada hari sabtu (4hb Jun). Aku igt saje nk pegi practice shoot. Bukan job tp saje2. 

Ahadnya kenduri, mmg aku igt nk tolong2 amik gamba, tp aku datang lambat sket kot. Sbb tgh hari tu ada kenduri kahwin kawan pasum-medic dulu di CHeras. Kemudian dalam jam 130 atau 2 baru ke rumah encik Rahim K, dan makan2 lagi dan mungkin boleh buat oirdoor sket ke kalau rajin lps tu. Tatau la tgk cane.

- Alhamdulillah -