.

Monday, October 12, 2009

RAYA cucu tok ROS 09

- Bismillah -

Fiefa

Baby Irin

Munief

Wafa'

Miqdad

....ermm aku slalu lupe nama budak nih
(ok Arif haha~)


- Alhamdulillah -

Saturday, October 10, 2009

Aviciena's Cupcakes

- Bismillah -

Da lama cerita pasal kolej dan aktiviti2 semasa Kolej Kediaman Ibnu Sina yang sgt disayangi ini. Secara kasarnya kolej masih sentiasa dengan aktiviti2 nya seperti biasa. Ada yang mendapat sambutan dan sebaliknya. Aku sudah tidak aktif. Sekadar melihat dan kalau menarik join.

Minggu ini klej ini mengadakan apa yg dipanggil Minggu Seni Kreatif (MSK). Bermula rabu lepas sampai esk xsilap. Byk la aktiviti2 die. Pagi ini aku sahaja turun usya2. Selain bermain permainan yg disediakan, aku tertarik dengan Bengkel Menghias Cupcakes~











Ini antara cupcakes yg di hasilkan oleh sape2 je la yg nak join. Free je pun. Aku? aku usya je n amik gamba. Tapi sgt tertarik dengan kekreatifan masing2 dan pelbagai warna yg menarik. Rata2 yg hasilkan ini adalah yg kali pertama buat.

Ok la niat sebenar aku turun sbb nk usya bengkel photography tp bile tanye rupe2nye da cancel sbb tak mendapat sambutan. Haih~


- Alhamdulillah -

Wednesday, October 07, 2009

Makanan2 sedap masa raya 09 - Day 6, 7, 8, 14 & 15

- Bismillah -

Ok bersambung semula untuk makanan2 sedap yang aku makan semasa pergi beraya di rumah kawan2, sahabat handai, dan rakan dan taulan..oh tak lupe juga sanak saudara. Pergi beraya ziarah sahaja dan open house. Ini adalah hasil sehingga kini. Open house rumah2 yang akan datang kita akan lihat nnt bagaimana =]


DAY 6
Ok raya ke-6 agak stress sikit sbb mungkin ada yg da tahu dan mungkin ada yg belum, aku tak suke sgt makanan yg berasaskan mee, tak kesah la masak ape. Ada yang aku tak boleh makan langsung tapi ada je yg bole makan. Bukan la cerewet tp kalau masuk gerenti akan keluar balik. Oh dan aku xboleh makan pedas. Jadi rumah2 yg aku dan kawan2 datang beraya pada hari raya ke-6 ini bole kata semuanya menghidang makanan jenis mee...pedas pulak tu T_T

(Rumah 1)
Terletak dikajang. Sayang aku terlupa ambil gambar makanan kerana nak cepat untuk solat jumaat. Antara menu2 nya adalah:
- Mee Goreng (pedas)
- Ayam Goreng
- Hotdog Goreng
- Nasi Impit dan Kuah Kacang
ok sume goreng. So agak tak elok untuk peha dan sistem vaskular anda. Tapi itulah raya. APe boleh buat. Haha


(Rumah 2)
Shah Alam Sek 11
- Mee kari (pedas)
Haha tapi mcm best pulak isi2 dalam kuah tu kan so mcm termelombong pulak ehehe. Mee pedas tapi kenapa aku tambah 3 kali -.-


(Rumah 3)
Port Klang
- Kek coklat
- Mee Goreng (pedas) T_T
-Nasi Impit dan serunding ayam


(Rumah 4)
Klang, Batu Belah (?) haha time ni aku mcm da penat n ngantuk.
- Spaghetti goreng
Ok ni bukan la mee tp panjang2 so mcm mee la kan. kawan2 aku ckp aku cerewet tapi manade, seryes spaghetti tu mcm tawar. xtipu!


DAY 7
Raya ke - 7 penuh dengan Open house. So makanan majoriti resepi nye sgt byk. Oh dan sgt tak baik untuk peha anda. Percayalah~ haha.


(Rumah 1)
Sek 2 Shah Alam. Ok aku dengan tak malunye panjat kosi semata2 nak amik gamba nih. Da la hari tu da raya umah ni tp sbb die buat open house kan so kne la datang skali lagi ehehe.
- Nasi Impit dan Kuah Kacang
- Rendang Ayam
- Ayam goreng
- Murtabak Singapore
- Yee mee goreng (?)
Semua sgt sedap dan menyebabkan semua kene rasa dan kne tambah ehe. Murtabak Singapore sapa tak tahu die murtabak lah tapi sgt besa. Mmg makan sorang tak larat habis.


(Rumah 2)
TTDI Shah Alam
- Dadih
- Trifle..ok aku sgt suke dessert ini..bole tak aku makan dessert lagi byk dari menu utama. Ahh takesah la perut aku kan. haha~

- Nasi Impit dan Kuah Kacang
- Lontong
- Rendang daging


(Rumah 3)
Ok aku da lupe kat mana, tp mcm dekat2 ngan Bukit Jalil. Haaa ingat. Seri Petaling. Walaupun tuan rumah yg ktrg kenal tade, tp sbb open house kan, janji makanan ade, layan~
- Nasi goreng pulut apentah dibungkus dalam daun pisang. Menurut tuan rumah itu makanan resepinya dari negara china.
-Ayam goreng
-Nasi kosong
- Ikan bakar
- dan beberapa lagi lauk yg aku tak ingat ape. tapi makan nasi berauk la
- Laksa
- Itik (?)


(Rumah 4)
Sunway, Subang
- Macaroni goreng


(Rumah 5)
Ok rumah last ni mcm sgt bykkk makanan dan sume sedap2. Sgt kesian ngan peha. Haih~
Sek 7 Shah Alam
- Mee jawa
- Rendang ayam
- Nasi Impit dan Kuah kacang

- Longtong
- Trifle
- Puding kuning yg sedap penuh dengan nata de coco
- Buah-buahan

- kek coklat tiptop haha
- Dadih besa atasnye ada nata de coco

- Roti Jala
- Rendang Ayam lagi
- Kek coklat kukus
- Kuah kari ayam

Malam tu aku mcm nak demam.. kekenyangan~


DAY 8
(Rumah 1)
Kajang. Rumah Kakak Ipar. Ciss sbb aku sesat sampai mcm rasa nak balik dah so sampai sgt lambat. Sume Adik beradik kumpul kat situ. Sampai2 derang da nk gerak ke rumah ke 2. melepas resepi kat rumah tu. Oh tapi sempat merasa..
- Bihun sup


(Rumah 2)
Kajang
- Sate kajang yg beli kat Bangi

- Mee sizzling, omg ni la pertama kali aku makan mee yg aku rasa aku sgt suke mee..sedap gileee so terpaksa la tambah 4 kali kan haha
- Nasi impit dan kuah kacang


(Rumah 3)
Bangi
- Mee jawa
- Kuih ape ntah nama


(Rumah 4)
Ok da lupe nama tempat nih tapi nk g sini sesat sampai separuh tangki minyak kereta aku habis T_T.
- Kek lapis sedap resepi warisan keluarga (haha maksudnye resepi kek nih cume ada dalam line keluarga ayah aku. Rasa die mmg lain dari kek lapis biasa n lebih sedap)


(Rumah 5)
PJ sebelah uia. Ini rumah Tokwa. Lupe amik gamba sbb lapa akibat sesat yg asik sesat. Oh nama betul Tokwa adalah Dato' Abdullah Hussein, Sasterawan Negara. Konserto terkhir yg korang baca F4 F5 dulu die la tulis
- Makan nasi berlauk ayam apentah. Ok sedap tp aku tak tahu menahu apa nama lauk2 die. Tahu makan je haha


DAY 14
(Rumah 1)
Sek 16 Shah Alam
- Macaroni goreng
- Nasi impit dan kuah kacang ada ayam
- Muffin banana dan coklat

- Laksa


(Rumah 2)
Kajang
- Roti jala dan kari ayam
- Speghatti
- Bihun sup (?)
- Nasi Impit dan kuah kacang
- Laksa

- Cheese cake
- Carrot cake
- Chocolate cake


(Rumah 3)
haha rumah sendiri. Aku balik pun da kelang kabut. Campur ade kelas lagi hari tuh. Pastu lari2 jap g open house. Pastu kelas lagi. haha~. Oh lupe amik gamba. Penat sgt. Dan terima kasih yg sudi datang esp Tariq siap tolong kemas2 angkat kosi sume
- Mee kari
-Laksa
- Rendang ayam dan Nasi impit
oh haa dan buadak2 ni time orang da tutup rumah tetibe bg salam, so aku yg baik hati ni jemput la masuk. Tahu da selagi tak dapat duit raya takkan balik punye. Habis RM6 aku bg sorang singgit. Haih~


DAY 15
(Rumah 1)
ook satu rumah je hari nih. Tapi berbaloi la dari makanan kat kolej.
Taman Seri Andalas
- Rendang ayam
- Nasi Impit dan Kuah kacang
- Nasi beriyani gam
- Lontong
- Lauk pauk dan sayur apentah

- Chocolate cake


Fuhhhh sejam aku nk tulis entry kali nih. haha.
ok kepada yg nak buat open house di baki2 hari raya yg ada lagi nih, byk menu bole pilih ehehe.


- Alhamdulillah -

Monday, October 05, 2009

Style~

- Bismillah -

Pengaruh Tv~

The Rebel

ADik beradik ini aku temui semasa hari raya ke-14 di rumah terbuka seorang kawan di sek 16 Shah Alam. Ayahnye seorang yg meminati cerita Heroes dan Street Fighters.


- Alhamdulillah -

Sunday, October 04, 2009

=.

- Bismillah -

Misterikan hidup?
=]


- Alhamdulillah -

Friday, October 02, 2009

Panorama & Jumaat yang panas

- Bismillah -

Ini kita panggil panorama. Asal nye dari 2 gambar aku stitch jadi satu gamba yg sedikit lebar. Aku guna software 'PTGui'. Aku tahu sebutannya agak pelik tapi takesah la sbb die dapat menghasilkan panorama yg lawakan. Panorama juga boleh dihasilkan menggunakan photoshop tetapi agak leceh. Selain software ini byk lagi software yg ada. Selain itu, skrg ini dalam sesetangah kamera digital dan hp pun da ada software untuk menghasilkan panorama ini.

Ini pula dari 3 gambar aku cantumkan menjadi 1. Kedua2 gambar di atas aku ambil semasa balik kampung berasa di kedah baru2 ini. Sila klik pada gambar untuk resolusi yang lebih besar dan boleh menjeleskan sesetengah orang ehehe~

_____________________


Boleh tak aku baru tahu malam td yg aku ada exam hari ni kol 9 pagi jadi aku bertungkus lumus dan sgt mengantuk pagi ini dan kol 9 pagi td aku pegi department tgk tade pun orang nak exam tahu-tahu exam tunda isnin depan sebab lecturer lupe buat soalan -.-

Esok aku ade kelas 7 pagi.. yeeaayyy....

Nur Kasih tu cite ape? Kenapa mcm sume org tengok kecuali aku,termasuk kawan2 lelaki aku yang aku kategorikan sebagai hard core pun tengok. Siap ade yg download lagi dan tgk dalam PC or external hdd masing2 ada cite tu. Dan siap mintak aku tolong download kan skali OST nye. Nur Kasih? Nama pun aku macam da xminat -.-

- Alhamdulillah -

Thursday, October 01, 2009

Ramadhan 1430 hari akhir

- Bismilah -

Sebelum sambung juadah2 sedap time raya, mari kita lihat aktiviti2 menghasilkan juadah sedap sehari sebelum raya.

Lokasi: Rumah Tok
Tempat: Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
Watak2: Kaum kerabat

Orang sibuk potong2, aku time ni baru bangun ehehe. Penat ok drive malam td. Jadi akupun tangkap gambar je lah~

Align Center
Lebih kurang 40 orang, xkan nk pakai periuk kecikkan. kene pulak sepupu sepapat aku sume makan tak ingat dunia. Aku makan sikit je hehe

Biskutt...errr err. Ok aku mengaku aku mmg tak tahu menahu nama kuih/biskut raya nih. Antara kuih2 yg aku tahu namanya adalah bahulu, ...err ok tu je kot. Tapi aku tahu la yg mana sedap atau tak, yg mana aku minat dan tak, sbb secara keseluruhan aku tak makan sgt kuih/biskut raya nih sbb ntah x suke kot. Lagi suke dengan hidangan utama. kerepek aku makan la. haha

Bila orang bandar kopek kelapa

tukang2 sibuk

tukang2 sibuk lagi

Juadah meja 1

Juadah meja 2

Kek kukus?

Ketupat yg xjadi tapi habis jua di raya ke 3


Aku? Walaupun kakak bising2 kata aku amik gamba je keje tak tolong tapi hakikatnye aku byk membantu....
1. Beli plastesin untuk budak2 tu main supaya tak gado dan tak kaco org nk buat keje
2. Beli barang2 yg saat2 nk masak tak cukup
3. Panjat almari amik periuk dan basuh periuk besa yg nk digunakan
4. Amik gamba waterdrop
5. Berusaha nk login facebook nk menuai hasil tanaman supaya tak dicuri oleh pencuri sejati seperti hannan, sakinah, maen-maen, hajar, habib, khalidah, arina, bebola, rendy, omah, odah, etc etc.... walaupun tak berjaya. Banyak nye musuh barn buddy aku -.-
6. Berusaha balas msg2 hari raya dan jemputan raya dengan line terutama celcom yg sgt kgsdgsdfd sampai stress
7. lain2


- Alhamdulillah -