.

Monday, April 06, 2009

Borang Keahlian ALUMNI HIRA'

- Bismillah -

Kepada semua, sesiapa sahaja yang pernah dididik di Institusi Pendidikan Hira', tidak kiralah berapa lama, marilah kita sama2 mengisi
borang keahlian ALIPH.

Nurseri Hira'
Tadika Islam Hira'
Sekolah Rendah Islam Hira'
Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram
Sekolah Menengah Islam Hira' Shah Alam
Mahad Tahfiz Al-Quran Hira'

jom usya web ALIPH!
Alumni Institusi Pendidikan Hira'

sebarang cadangan boleh disalurkan ke
borang cadangan dan aduan ALIPH online


- Alhamdulillah -

Sunday, April 05, 2009

Discover urself ~

- Bismillah -

Terbaca mengenai sebuah artikel mengenai potensi diri. Menurut si penulis, terlalu banyak potensi dalam diri kita yg kita sendiri xtahu, yang masih terpendam. Bukan la kuasa terpendam yg xhabis2 mcm dalam cerita DragonBall atau Bleach tuh. Tapi bakat, kreativiti dan kebolehan kita. Selagi kita xcuba, xkeluarkan, selagi itu kita tidak tahu dan ia tidak berguna.

Teringat kisah sewaktu CRP bulan lepas. Aku ditugaskan untuk mapping kawasan kampung yg akan di buat survey. Jadi Pada hari pertama, aku naik kereta pusing2 kampung sambil tangan ku pantas mencoret dan mata ku liar mengena pasti jalan, rumah dan kawasan sekeliling.

Dan ini lah hasilnya setelah di edit sedikit menggunakan Illustrator. Bila kawan2 puji baru aku terasa kagum dengan diri sendiri. Hahaha~ Hampir 90% tepat. Malah lebih cantik dan lebih tepat dari peta yg di perolehi dari pejabat Adun kawasan itu.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu”

Slalu dalam anime dan movie pun byk yg membawa mesej,
"you'll never know until you try"

Kenapa kita takut untuk mencuba sesuatu yg baru? keluar dari lingkungan hidup yg sama? YES! is the new no (YesMan).

PERHATIAN: Jgn mencuba dan kata 'yes' kepada perkara2 yg dilarang oleh syara'.

p/s: Jom PC Fair jumaat nih!!


-Alhamdulillah-

Thursday, April 02, 2009

IMS ALIPH 2009 - akan datang~

- Bismillah -

AKAN DATANG~






Pilih 1, 1 je~

-Alhamdulillah-

Saturday, March 28, 2009

Postmortem AGM ALIPH 09

- Bismillah -

Sambung cerita pagi tadi. Tunggu Rahim sgt lama. Patut sebelum jam 9 mesti da ade kat rumah aku. Tp skali hari ni hari org cine g kubur la pulak. Jadi jalan sgt jam. Sampai d tempat BBQ, tasik sek 4 shah alam dalam jam 10. Tapi yg lain2 sgt lambat dtg. Jam 11 baru ramai dtg. Postmortem mula. Aku ngan Tariq sibuk memasak. Kire ayam n daging tu mmg air tangan aku 100%. Postmortem habis pastu makan. Mcm biasa ada lebih tp xde la byk sgt. Nasi goreng pula sgt pedas dan aku jenis xmakan pedas. xtahan T_T. yg agar2 boleh tahan tp mcm sgt keras. Kasi chan la beginner, haha~. Terimakasih kepada yg datang dan yg membantu. Paling tak terhingga kepada tuan pengarah, Rahim. Mekasih~

xde gamba sbb x amik gamba.


- Alhamdulillah -

Imbasan~

- Bismillah -

Semalam sgt penat, walaupun semalam aku cuti sbb tiada kelas. Selepas solat jumaat, aku kelang kabut pusing satu kolej cari scanner, untuk scan semula map kampung relong yg aku lukis semasa d Kuala Lipis 2 minggu lepas. Map itu untuk dimasukkan ke dalam report. Kemudian gelabah pula kemas barang, cari barang2 yg da x igt letak mana untuk BBQ esok pagi. Hampir Asar, aku dan rumate bertolak pulang. Rumate drop aku kat TESCO Shah Alam, solat, makan dan dia balik. Tinggal lah aku keseorangan tanpa arah tujuaan. Nasib baik aku bawa laptop dan celcom broadband. 830 malam, org yg janji nk dtg untuk shopping untuk beli barang2 untuk BBQ esoknya belum hadir. Muka makcik kedai emas POH KONG sudah muak aku lihat sbb aku duk depan kedai dia hampir sejam. Barulah aku merasa susah nya hidup xde transport seniri. Kene bergantung dan ikut jadual org lain. Kereta ku ibu ku pakai. Kereta ibuku terlibat dalam kemalangan, ade motor mabuk mana ntah langgar. Nasib baik ibuku tiada apa2. Tapi org yg melanggar kereta ibuku itu sgt kurang ajar. Dan la die terang2 salah, ibu ku siap tolong hantar die g klinik sume, terima kasih pun tidak di ucap. Apatah lagi meminta maaf. Kalo aku d situ, mahu aku pijak2 kan saja jari kelingking mamat tuh.

Selepas beli barang yg sgt byk, jam 1130 aku baru sampai rumah. Aku n Rahim bertungkus lumus membersih ayam dan daging untuk di marinate. Sekitar 1245 tgh malam baru siap. Tetiba perut rasa sgt lapar, usya atas meja makan ada ketam masak ape ntah. Skrg tok n tokwan ku berada d rumah. Selepas makan aku baring tp sampai jam 3pagi masih belum lelap. Apa yg aku fikir aku tidak tahu. 615 aku tersedar dari tidur. Bunyi alarm dengan nada rigtone 'One Miss Call' sgt mengganggu tidurku. Selepas subuh, bunyi loghat utara kedangaran dari tingkat bawah. Tok! Dalam keluarga ku, lelaki dan perempuan sgt berbeza. Lalaki semua jenis senyap dan tak banyak cakap sampai kne sound dgn pakcik2 lain supaya lebih peramah dan bersosial. Yang perempuannya pula sgt byk bercakap malahan bersuara kuat. Kalau aku balik rumah xsusah tahu siapa ada siapa tiada drumah.

Sambung cerita. Aku kemudian keluarkan ayam n daging dr tempat beku. Kemudian basuh bekas cooler rahim yg sgt busuk. kemudian berasa sangat mengantuk dan penat. Kemudian sakit perut. Baru teringat aku lupe bawak balik tuala. T_T. Selalu mcm ini. Terlupa bawak balik tuala n berus gigi. Jadi balik je beli baru. Pastu bawak ke kolej. Pastu balik lupe lagi beli baru. Akibatnya tuala dan berus gigi aku ada sgt byk d kolej. Sgt membazir. Jd curi tuala adik. Teringat pasal kongsi2 mende nih. Masa d lipis, Hari pertama badan aku sgt gatal dan merah2 selepas aku bangun dari tidur. Samada tuala hotel atau katil yg menyebabkan allergic dermatitis ini. Sgt seksa. Sebulan lamanya badan aku merah2 n gatal. Skrg pun masih belum baik sepenuhnya. Kemudian siap bengkak lagi. Adoi~. Mulai hari itu aku menjadi sgt pembersih. Baju skali pakai je, tuala basuh seminggu skali, cadar 2 minggu skali tukar. Xteruna btol. Xbestnye jadi sgt sensitif. Tengah tulis2 nih, Rahim msg tanye da bangun blom. Heloo~ aku ssebolehnye xkn tido. Lagipun medic punye kelas biasa mula jam 8pg. Kadang2 7pg. Mendidik aku untuk xtidur lepas subuh. Lagipun ibu ku biasa akan bising, lagi2 kalo tok ku ada. Pastinya melenting.

Jam sudah mennjukkan jam 8.45 pagi. Perlu bersiap untuk ke PostMortem AGM ALIPH 2009. Nama je Postmortem, tapi acara utamanya adalah BBQ. Tetibe sakit perut lagi! Ketam smlm da basi ke?? T_T

- Alhamdulillah -

Thursday, March 26, 2009

Perlu ke?

- Bismillah -

Petang tadi aku ada wad round dengan sorang dokte dari HTAR, tp dia xske dipanggil doctor, die nk ktrg panggil die Mister. Katanya gelaran doctor adalah berpangkat rendah dan nampak bodoh untuk seorang surgeon. Nak jadikan mengumpat, cara dia mengajar penuh ngan kata2 kesat. Kalo xmencarut, dia akan hina, maki dan perli kami yg sgt kesian ini. Pastu dia gelak kuat2. Gelak menghina dan mengkeji. Pastu bila depan patient bukan main profesional lagi. Gaya berkata, tutur bahasa, dan kekemasan sgt dipentingkan. Katanya, kita kena jaga status kita depan patient. Kenapa kat blakang pun xnk jaga. Kenapa perlu hipokrit? Jadi baik setiap masa xboleh ke? Ini baru 1 contoh. Aku ngumpat ni pun sbb rasa die sgt melampau. Byk lagi dokte2 yg talam bermuke-muke nih. Dan perlu ke bersikap begitu untuk mengajar? Haish...manusia..manusia..

Orang slalu kata medic UM sgt bagus. Ada kelas dan pada taraf tersendiri. Aku kata UM medic sgt teruk. Banyak politik dan ada unsur2 perkauman. Kaum dia yg dia tanda exam paper sume lulus dan dapat markah tinggi lagi, kaum kita ni soranag pun xlulus. Belum lagi dengan segelintir tenaga pengajarnye yg 'sgt baik'.

haish!!!!!!!

______________________________

Petikan dari penulisan Ustaz Abdullah Zaik

Cara menguruskan nafsu ialah dengan cara mendidiknya dengan perkara yang menyalahinya.


- Alhamdulillah -

Sunday, March 22, 2009

Kak Kausar~ selamat!

- Bismillah -

Orang dulu2 kata, bunga bukan sekuntum. Hahaha~

Jumaat lepas, balik sahaja dari Kuala Lipis, petang tu aku dan rumate g upacara akad nikah kak kausar. Walaupun rumate aku xde kaitan, kitorang ada tujuan sama. Nk makan percuma. Walaupun majlis tu sume family die je n ktrg mcm menyemak, xpe la. Makan punye pasal.

Tahniah buat kak kausar. Malam tu aku ngan suhaib ronda2 shah alam (sbenanye sesat) naik Lancer itam suhaib. Lancer, menambahkn lagi aku punyai matlamat untuk blaja rerajin dan lepas medic dengan warna-warna yg berterbangan. Oo ye..ade denga cite td, kawan kata mulai 2010, gaji basic HO sudah bertambah ke RM6000. Itu blm campur alaun2, on call etc. Wuuu~ ishkk..niatkan kerana Allah Taala.

kemudian g pasal signboard sekitar shah alam. kemudian g usya dewan. Sgt terkejut sbb dewan langsung xsiap lg, sedangkan waktu ketika itu hampir jam 1pagi d hari kejadian. Esoknya datang jam 1030, pun masih belum siap sebelumnye. Uisshh..ok ke nih. Tp pekerja2 yg aku rasa xtido malam tu berjaya siapkan jugak on time. Pada hari yg sama juga, aku, aem, tariq, n org tua naim dan juga budak kecik kamal bertugas jadi Penjaga Tempat Parking. Tugas kami adalah menjaga lalu lintas dan memastikan kereta pengantin ada tempat parking. Papepun aku sgt puas hati ngan makanan die, puding caramel n udang yg sedap. Aku suh sulafa' bungkus kn tp die xbg.

________________________________

Esok bermula la sesi aku bertungkus lumus semula. SURGERY. Posting lepas aku bersungguh2 masa tinggal 2 minggu je, itu pun aku sudah nampak sedikit hasil. Kali ni kne mula dari mula. Mmg xleh rilek2 da nih. Tgh pulak aku skang xde mood nk men game, mmg kne sgt la. Stadi2. Lancer ke...Civic 2.0, eh..ke nk BM tros..haha. Haish!! suhaib nih, merosakkan aku!

Papepun semoga aku rajin2 selalu dan xterlalu lalai. AMin~


- Alhamdulillah -