.

Saturday, March 21, 2009

CRP 3rd & 4th week - fiNaLe

- Bismillah -

Cerita terakhir untuk CRP!

KHAMIS, 12 MAC 2008
Hari ini hari terakhir sbelum aku bertolak balik ke HTAR esk pagi. Pagi ini jam 8 pagi, kami berkumpul di Pejabat Kesihatan Daerah untuk majlis penutup dan laporan hasil survey dan kajian yg telah kami lakukan. Berlangsung lebih kurang 2 jam setengah. Kemudian ada sesi makan2 dan tangkap gambar.

All boys with Dr. Maznah, our supervisor. Baju putih sblh doc is Hoe Chin, our leader.

Ini adalah 2 kawan aku yg ..................! mmg xde keje~

Seterusnya, jam 11 pagi kami ke lombong emas terbesar dan tercanggih d Malaysia...
Penjom gold Mine~
Ini adalag gambar emas betul yg di cop!
Dimulakan dengan briefing dari engineer d situ, yg chinese baju merah tu, ape ntah nama die.
kemudian kami masuk ke kilang pemprosesan untuk menghasilkan jongkangan emas. Kat kilang ni xboleh amik gamba. Secret n cofidential. Katanya teknologi kat cni antara yg terbaru dan tercanggih, jd rahsia. Nak tengok boleh tp amik gamba xleh.
perkacaya atau tidak, kilang yg begitu besar dengan berton-ton tanah yg dikorek setiap hari, semuanya hanyalah untuk menghasilkan 1 jongkong emas sahaja setiap hari!
Ia bernilai lebih kurang RM1.1 juta dengan berat hampir 11kg. Kalo muat poket mmg da masuk poket aku da emas tuh. Haha~ rabun mata kejap. Benda yg kecil tp sangat berharga. Lama jugak aku belek2 emas tu.
JUMAAT, 13 MAC 2008
Kami bertolak jam 8pg. Akhinya aku pulang juga je HTAR setelah bankrup d Kuala Lipis. HAbis makan minum penginapan minyak lebih setengah ribu T_T. Sgt rindu HTAR! Smapai HTAR sekitar jam 12 tgh hari.

Minggu terakhir CRP, MAC 2008
Hari2 seterusnya kami menyiapkan slide dan kemas kini data untuk report yg mcm thesis n presentation. Hari Rabu dan Khamis kami present. Dan habisss...yeay!!!

_________________________________

Posting seterusnya adalah surgery. Semoga Mukhlis berjaya. Amin~


- Alhamdulillah -

CRP 3rd week - Visit 1st n 2nd day

- Bismillah -

Selepas berpanas dan membakar diri last week untuk survey dari rumah ke rumah, sehingga hujan lebat didalam baju, minggu ini kami pergi melawat tempat2 seperti kilang buat mee, gravity feed system, loji penapisan air, kilang minyak kelapa sawit dan gold mine.

SELASA, 10 MAC 2008
Jam 800 pagi, kami berkumpul d pejabat kesehatan daerah. 2 pegawai kesihatan daerah akan membawa kami ke tapak lawatan.

Pagi itu juga, kumpulan kami masuk paper, sinar harian. Tp gamba yg dipaparkan bukan gamba sume org, sebahagian je.

9 pagi, lokasi pertama kami adalah kilang menghasilkan mee kuning. Kecik je pun, lagi kecik dari rumah biasa. Benggunan berwarna kuning dengan bilangan pekerja lebih kurang 5 orang.

Kami ni ala2 pegawai kesihatan la, buat pemeriksaan terhadap tahap kebersihan, melihat prosedur bagaimana mee kuning dhasilkan dan langkah2 yg diambil syarikat dalam memastikan keselamatan para pekerja.

Jam 1030 pgi, kami ke lokasi ke 2, Gravity feed System. Untuk yg tidak tahu, GFS ni adalah satu sistem dimana air dari atas bukit atau gunung d tadah di atas, kemudian disalurkan ke rumah2 untuk kegunaan harian. Namapun atas bukit, jadi kne jungle tracking jugak lah kami. Paling best, majoriti kami tidak bersedia nk msk meredah hutan sbb plan asal nk g tepat lain, bukan GFS nih. Tapi tetibe tuka plan. Jadi ada di antara kami lelaki yg pakai kemeja ber-tie, slua mahal, kasut kulit. yang pompuan plak ngan makup nye lagi, high heel, baju kurung, ade gak yg pakai blouse n skirt.

Jadi memang menangis la masing2, kene meredah hutan ngan lecaknye, meredah sungai, daki bukit, turun lurah dan paling best byk pacat. Perjalanan mengambil masa lbih kurang sejam. Majoriti kami yg dari urban area nih menjerit la, ada jugak yg menangis sbb kne gigit pacat, truk btol. Pacat je kot. Byk la kasut dan baju yg rosak termasuk la kasut yg aku baru beli T_T.

Ini la GFS. Di sesetengah tempat sepeti gunung, biasanya air sgt bersih, ala2 air mineral begitu. Sbb air yg ditadah biasanya mata air atau air terjun atau sungai yg sgt jernih dan bersih. tapi d sini aku tgk air yg ditadah agak keruh. Pakcik yg bawak ktrg meredah hutan ni siap rendam kaki die lagi. Sedangkan air tu la yg disalurkan ke bawah untuk org2 kampung d kaki bukit membasuh, dan ade juga yg gunakan untuk memasak dan minum. Untuk makluman, air ini terus dgunakan tanpa d tapis, dibubuh clorin atau dibersihkan dahulu. Ape la~

Berdekatan dengan kawan GSF tu, ada beberapa rumah yg sgt lama dan usang. Dikala senja dan malam, pastinya sgt menyeramkan..ehee~

Semasa dalam perjalanan pulang, salah 1 dari kereta kami yg d bawa oleh rakan aku, Ida hampir2 kemalangan. Semasa d satu sudut bucu, beliau memandu agak laju. Apabila tayar menyentuh rumput, beliau menekan brek habis dan memusing stering dengan kuat. Permukaan rumput yg licin menyebabkan kerata berpusing 2 kali. Nasib baik jalan agak luas dan tiada kerta d hadapan. Kereta yg di belakang sempat mengelak dari berlanggar. Mujur tiada perkara yg tidak di ingini berlaku, Alhamdulillah~

RABU, 11 MAC 2008
Jam 830 pagi, bersama pegawai kesihatan daerah, kami ke Loji penapisan air pula.

Kmai disambut mesra oleh boss dan kaki tangan d situ. Agak kagum aku melihat bagaimana proses penapisan dibuat sehingga air paip yg sampai di rumah bersih dan jernih, walaupun kadang2 kotor gak.
Masa mula2 pakcik kat ctu tunjuk, terkejut jgk aku. Ini la rupa air yg di ambil dari sumbernya, Sungai Jelai. Teh Tarik sungguh.
Lebih kurang jam 11 pagi, kami berangkat pulang ke rest house. Tetibe pegawai kesihatan belok ke 1 simpang. "ini lah rumah Siti Nurhaliza". Batak jugak la ktrg. Rupenye rumah die xsampai 200m dari loji penapisan air tuh, masih d kawasan yg sama. Besa la jugak. Dan secara kebetulan, Siti ketika itu ada d rumah. Jadi sbb ada yg nk jumpa sgt Siti, ketua kami decide utk tunggu Siti keluar rumah. Menurut org rumah tu, body guard die kot, siti tgh ada tetamu. Jadi kne tunggu jam. 30minit kemudian, die kua lg, "Siti tengah makan". Pulak..makin kecewa la kipas-susah-mati Siti. Ada pulak tetibe kutuk2 Siti ckp xminat la. Ceh...x teguh pendirian btol.
Setelah penat menunggu hampir sejam dbawah matahari yg terik, ketua suh sume balik. Sbb ptg tu kami ada visit lagi. Jadi xdapat tangkap gamba Siti, kete die pun jadi la. Dan aku juga ada meninggalkan kesan tapak kaki kat bawah pokok ceri depan umah die. Mane la tahu die cube mencari pemilik tapak kaki tersebut nanti..HAhaha, berangan~
Selepas zohor. Kami ke kilang kelapa sawit milik milik Sime Darby. Biasa lalu tepi jalan slalu nampak ada sign board Sime Darby Plantation, hari ni dapat gak usya2 ape yg ada kat cni. tapi nasib kami agak malang sbb xdapat masuk kilang pemprosesan die sbb kami sgt ramai. Jadi cume duduk kat bilik taklimat denga ceramah jer. Nasib baik lps tu ade makan2.

- Alhamdulillah -

Friday, March 20, 2009

CRP 3rd week - MaulidurRasul

- Bismillah -

AHAD, 8 MARCH 2008
Hari ini ada gotong royong di kampung Relong. Jadi pagi2 lagi (xde la pagi sgt pun, da nk dekat tengah hari senanyer), kumpulan aku, bertolak ke kampung relong. Lokasi di masjid dan kawasan sekitarnya. Tujuan gotong royong ini di adakan adalah sebagai persiapan untuk sambutan Maulidul arRasul pada ke esokan harinya. Dan acara utamanya adalah korban lembu dan penyedian makanan.

Gamba yg sgt menarik untuk dibuat wallpaper pc or hp..hehe~

Nampaknya sambutan kali ini, hanya 1 lembu sahaa yg ditumbangkan. Menurut setiausaha kampung, Cikgu Ishak, ada satu masa sampai 26 ekor lembu di korban kn sekali, terutama pada musim raya korban. Sgt banyak, paling banyak yg aku pernah tengokpun biasa 7 ekor. itu pun sudah riuh setaman perumahan yg penduduknya beratus ramainya. Hebat.
Majoriti kami membantu proses memasak didalam dewan di sebelah masjid d kampung itu. Kumpulan kami hanya ada 3 lelaki dan 7 lg perempuan. Jadi kami banyak tolong makcik2 untuk menyediakan bahan untuk dimasak, seperti mengupas bawang sampai nangis 7 tempayan, parut hampir 50 biji kelapa, tumbuk kelapa yg telah di masak untuk buat kuih ape ntah, tolong gaul2, tolong potong2 dan lain2 ape yg ptt. Kemudian yg perempuan tolong masak dan yg lelaki tolong kat lua pulak pasang kemah, susun meje n kosi. Sgt penat. Waktu telah senja baru kami berangkat pulang. Sampai sahaja d rest house, masing2 terbungkang kecuali aku yg layan cite hantu tp mcm biasa xhbs sbb cuak sbb membe lain sume da tido..haha~


ISNIN, 9 MARCH 2008
Pagi ini langsung xsempat tido lepas subuh. Perarakan akan mula sekitar 830 pagi. Penat semalam masih terasa bisanya. Kami sampai di kampug relong sekitar jam 815 pagi, tapi kali ini bukan di masjid, tetapi di dewan serbaguna yg terletak 500 meter dari masjid.
Tujuannya pagi itu akan ada perarakan maulidurrasul sambil berselawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW. Ada 2 kumpulan, 1 dr barat dan kami join yg dari timur. Kedua kumpulan perarakan akan bertemu d masjid dan sama2 berselawat untuk beberapa minit lagi.
Bagi kawan2 aku yg non-muslim, mereka turut ikut perarakan di belakang sekali. Xtahu la kalo derang pun turut sama berselawat. Kemudian diikuti dengan Ceramah Agama, sambil itu di luar masjid di anjurkan pertandingan mewarna dan tulis tulisan jawi untuk kanak2. Juga pada masa yg sama, aku dan kawan2 tolong makcik2 di dalam dewan untuk persiapan terakhir memasan dan hidangan makanan.
Selepas ceramah, ada pertandingan nasyid untuk kanak. Ada 3 kumpulan je join, jadi sume dapat hadiah. Kemudian ada sesi penyampaian hadian untuk semua pertandingan yg telah dianjurkan. Dan kami menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit cenderahati bagi pihak fakulti perubatan UM dan kami sendiri atas kesudian penduduk kampung menerima kami dan bekerja sama dengan kami selama 4 hari. Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan makan, selepas solat zohor.
This was another funny story, si alien or meow2 rupenyer 1st time dalam hidup dia makan guna tangan kosong tanpa sudu dan garpu! Jadi semasa makan kami bergilir2 ajar dia macam mana nk ambil nasi dan lauk menggunakan jari dan masukkan kedalam mulut. Lihat sahaja si baju oren itu bagaimana dia memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Mendongak takut makanan jatuh sambil pinggan di angkat tinggi~

Disebabkan ada dikalangan kami yg non-muslim, jadi makcik2 disitu sanggup membeli daging lain untuk dimasak dan dihidangkan khas untuk kami. Sbb daging korban hanya untuk saudara se islam sahaja. Kamudian ada juga kawan kami, si india yg sedang berpuasa, tp bukan xleh makan langsung, tp jadi vegetarian. Jadi makcik2 tu masak sayur special untuk kami. Wuu..sgt terharu. Terima kasih makcik2 kampung Relong. Mengalir air mata keterharuan dan gembira~ =D. Lebih kurang jam 330 petang selepas kemas2, kami berangkat pulang sebagai perpisahan terakhir besama mereka untuk kunjungan kami ke Lipis ini. Siap ada offer suh jadi menantu sbb nk kami tinggal situ lama2. Haish~


- Alhamdulillah -

Thursday, March 19, 2009

CRP 2nd week - Survey

- Bismillah -

Sambung cerita CRP.

ISNIN, 2 MARCH 2009

Pagi itu kami kene bangun awal slps tido semula selepas subuh. Jam 8 kami sudah ada di Pejabat Kesihatan Daerah Lipis untuk majlis pembukaan, suai kenal dengan pegawai daerah dan briefing serta sesi soal jawab. Lepas tu ada jamuan.

Sebelah pejabat tu ada sekolah orang kaya, terlalu mementingkan status harta, truk btol (sbenanye sekolah kebangsaan biasa je..haha)

Kumpulan kami yg ke Lipis kemudian berpecah kepada 4 kumpulan ke pampung masing2. Aku dan 9 lagi kawan ke Kg. Relong, sebuah kampung trdisional. Tugas tgh hari itu adalah bersama dengan ketua kampung, pakcik Omar untuk mapping kampung, locate rumah dan numbering all d houses.

Dan aku memegang tugas paling penting, untuk mapping kampung yg taburan rumah nye sgt teruk dan langsung tidak sekata. Dicampur dengan jalan yg berbelit dan permukaan struktur muka bumi yg langsung tidak sekata. Gambar di atas di hadapan tempat penternakan rusa yg dimiliki oleh salah seorang penduduk d situ.

2 jam kemudian, kami berakhir ke rumah pakcik Omar. Die offer minum air kelapa muda. Yg baju merah chinese girl tu nama die Yun Ann, tp aku panggil die 'meow meow' sbb die takut kucing. Yg ktrg geram ngan die nih, byk perkara simple die xtahu sbg contoh die x tahu yg santan tu dari kelapa. Bagi dia santan tu biasa kat dalam peket. Die xtahu yg isi kelapa boleh makan. Struktur lapisan kelapa pun dia xtahu. Yang die tahu air kelapa. Sedangkan die adalah student A+, kedua paling pandai dalam batch kami. (untuk sape yg xtahu, medic um nih C pun aku berpenat lelah nk dapat, paling tinggi penah dapat B je, time 1st yr dulu)..huh~

Sebab kagum tgk ladang rusa, sorang lagi chinese girl yg tengah blakang, masa kami tgh buat mapping, terjumpa la kambing, dan die dengan excited nye jerit rusa kuat2..haha. Pastu malu. Kemudian kami balik ke tempat penginapan. Selepas asar kami ke Kg Relong semula untuk berjumpa dengan Cikgu Ishak, setia usaha kampung, sgt baik orangnya. Dia baru balik dari cina jadi byk sembang pasal trip dia ke cina je la petang tuh. Hal urusan kampung last2 baru teringat, hehe.

Ni part aku paling xcaya. Dia beli thumbdrive ni kat cina dengan harga lbh kurang RM70 dengan kapsiti thumbdrive 500Gb!!! tipu gile!! Malam tu kami pilih rumah secara random untuk d survey. Kemudian byk lagi la statistik n epidemiologi yg aku seniri pun x paham. haha~


SELASA, 3 MARCH 2009 - JUMAAT, 6 MARCH 2009
Kumpulan kami pecah kepada 4 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan ada 10 org dan setiap kumpulan diberi kampung masing2 untuk disurvey. Bagi mencepatkan proses survey, geng kampung Relong akan tolong geng dari Kampung Felda Sungai Koyan 3 untuk survey kampung derang dulu.

Dan kemudian esknye geng derang akan tolong geng Kampung Relong plak. Sampai la sume bilangan rumah yg dipilih di kedua kampung habis. Time survey ni pun byk sgt kisah2 yg berlaku, penat nk cite sume jd xya la cite langsung.

Gambungan kumpulan. Ada beberapa org xde sbb masih xhbs kerja.


JUMAAT, 6 MARCH 2009 - Selepas solat Jumaat

Aku, acher n bai..kami bertiga xbalik rest house tapi decide nk panjat Gua Bama, ala2 GENG 'Pengembaraan Bermula'. Caris nahas btol ktrg. Campur sesat2 lagi pastu kne keja ngan babi hutan....sgt penat.

Setelah sejam sesat, kami jumpa jalan pulang menerusi ladang kelapa sawit. Kelua la kat depan rumah sorang makcik nih, membe aku bai (yg seksi tu), dengan tak malunye... "Assalamualaikum makcik! Nak tumpang minum air sejuk boleh, kami haus!!" Malu gile aku. tapi nasib makcik tu baik. Bai pun mmg jenis mesra alam. Skali jumpa trus baik ngan sume org.

haish!!

Sabtu cuti, xde buat ape sgt, cume ke Raub untuk ke air terjun, Lata Jarum. Air terjunnya mmg sgt best. Dalam dan sejuk~


- Ahlahamdulillah -

CRP 2nd week - The Haunted House

- Bismillah -

Kuala Lipis Rest House or The Residency Building, terletak di puncak bukit tertinggi di bandar Kuala Lipis, Bukit Resident. Rest House ini merupakan banggunan tertua di Kuala Lipis, yg dibina pada zaman pemerintahan British. Mulanya diduduki oleh Hugh Clifford sekitar tahun 1800 (ye ke?). Kemudian dirampas oleh Jepun semasa Jepun menjajah tanah melayu. Selepas kekalahan Jepun, banggunan ini didiami semula oleh kaum penjajah, British. Selepas tanah melayu merdeka, banggunan ini dijadikan asrama pelajar lelaki untuk Sekolah Clifford. Namun dikosangkan pada tahun 1965, dikatakan kerana kejadian fenomena paranormal yg sangat serius. Namun Sekitar tahun 1988, banggunan ini dibuka semula sebagai rumah rehat kerajaan sehinggalah ke hari ini.

Majoriti kejadian yang menakutkan berlaku sering kali dikaitkan semasa zaman penjajahan Jepun, dimana tempat ini dijadikan tempat sembelihan dan seksaan tawanan perang. Aku ada bertanya kepada orang tempatan dan ketua kampung, dan banyak kejadian yg luar biasa majoritinya adalah kelibat2 yg tiba2 muncul tanpa diduga.

Dan malam pastinya lebih menyeramkan. Sekitar banggunan ini adalah hutan belukar. Bermacam bunyi boleh didengar.

Batu sejarah

Malah jalan naik ke puncak adalah berliku dan sangat gelap tanpa sebarang sinaran cahaya. Kelibat dan penunggu di tepi jalan sgt merisaukan, terutama bila bawak kete sorang2, T_T. Selain itu, banyak lagi kisah2 yg katanya sgt keras sehingga tidak boleh diceritakan kepada orang luar.

Tapi sepanjang 2 minggu disana, langsung tiada apa berlaku, tiada sebarang berita yg menakutkan didengar. Mungkin benar mungkin tidak cerita2 yg aku dengar itu. Semasa kami menginap d sini juga, most of my chinese girl friends, diorang siap tutup sume cermin yg ada didalam bilik dengan surat kabar bg mengelak terlihat apa yg sepatutnya tak dilihat. Melihat cermin adalah suatu perkara yg amat menyeram kan terutama apabila terjaga dari tidur. Tapi apa yg pasti segala apa yg telah, sedang dan akan berlaku adalah dengan izin Allah~

Tapi ade juge yg nakal2, aku dan rumate2 d situ, siap tgk horror movie lg tengah malam (walaupun cume separuh jalan sbb tetibe sume cuak..haha). Haish!! Budak2 nih~


- Alhamdulillah -

Tuesday, March 17, 2009

KAS 5 - logo LAGI!!

- Bismillah -

yela2... ikut je la ape korang nk.
Meh usya sejarah logo kas 5 neh. Yg 1 tu memule memain je. Yg 1 & 2 nk buat 3D tp xreti. T_T. 2 x cute buat yg 3, idea amik dr yg 1. Byk sgt komen buat la 4. Huh!
Ini lah dia~
Ni kalo kale die pekat sket. Mcm x lawa je. Mmg xlawapun.
Dah2, nk stadi. Komen seterusnye bleh bawak untuk logo KAS 6 plak. Hahaha~


- Alhamdulillah -

KAS 5 - logo

- Bismillah -

Stop jap cerita CRP untuk beri laluan kpd iklan.

KAS is back!!!!
Pada mulanya aku buat yg ini tp bila compare dgn yg previous one rase xcute. Sebenarnye yg ni nk cube buat 3D tp x jadi.. T_T.

Sbb KAS targetnya kanak2, so i made another one. Kalo sebelum2 kebanyakan gamba muka aku cari dalam internet, kemudian cube modified sket gune illustrator. Jadi hasilnya biasa pencahayaan kurang bagus. Tiada light effect yg menarik. Tapi kali ini nampaknya aku da pandai 100% buat seniri ^______________^. cume idea still ciplak..haha


- Alhamdulillah -