
.
Monday, March 12, 2007
Sunday, January 28, 2007
[[ yuyayea kuantan ]]
wow..fizikal dan mindaku kepenatan setelah hampir 3 jam berada di dalam pajero, pulang semula ke um dari menghadiri triple-i medicine symposium di indera mahkota campus,uia kuantan. 3 hari 2 malam. Its awesome to know something that are unexpected. Bukan sekadar cara beribadah untuk pesakit dengan 1001 masalah, tetapi tentang masa depan industri perubatan islam, islam dalam segala aspek, bukan pada nama tetapi pada nilai-nilai murni dan kualiti yg dibawa oleh cara hidup islam. Dengan tema "securing the 'aql", pengisian yg diberikan sangat memuaskan dengan penceramah2 yg cukup berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang agama dan perubatan.
.
tak sangka pulak aku yuyayea kuantan sebesar dan secantik itu, begitu juga penghuninyer =p somehow my heart knows something but my mind is freezing =]
Friday, November 24, 2006
Saturday, October 21, 2006
[[ Jawapan Episod 1 ]]
Sebenarnya soalan2 ini pernah aku catitkan dalam buku log aku di sekolah meengah dahulu, usya2 balik mase kemas barang beberapa hari lepas terjumpa sudah. Aku cube mencari jawapan kepada persoalan yg ulang timbul tenggelam di minda ku. Kini, bile aku teringat semula solan2 ini, syukurlah..sumanya telah ku ketahui..walaupun tidak berapa mendalam.
.
- Ape kebenda sebenanyer kolestrol baik dan kolesterol jahat ?
Kolestrol adalah kolesterol. Tiada mmpunyai sifat sebaik atau sejahat yg disangka. Kolesterol sangat penting dalam tubuh manusia. Tanpa koletrol, kita akan..
- mandul
- terencat akal
- mati awal dll.
Sebenarnya, badan manusia dapat menghasilkan sendiri kolesterol untuk kegunaannya. Tanpa pengambilan kolestrol dai luar, kita mampu untuk terus hidup dengan sihat sejahtera. Namun, sifat manusia yg rakus mengambil kolestrol yg berlebihan mengakibatkan salur darah mengeras dan tersumbat dan hasilnya, manusia menyalahkan kolesterol dan takdir. Wajarkah?
.
Apa yang dikatakan mengenai kolesterol baik mahupun jahat sebenarnya bukanlah merujuk kepada kolesterol itu sendiri tetapi kepada pengangkut lemak yg bernama LIPOPROTEIN. Lipoprotein ni ada banyak spesis dan yg paling fames adalah LDL dan HDL. Tugas LDL adalah untuk mengangkut lemak ke tisu-selain-hati untuk diguna atau disimpan. Selain itu LDL juga membawa banyak kolesterol di dalamnya. Manakala tugas HDL adalah untuk mengangkut kolesterol yg bersepah dalam darah dan berlebihan di dalam tisu-selain-hati ke hati untuk dibuang (kebiasaannya). Oleh itu, HDL dikatakan kolesterol baik kerana peranannya dalam membantu badan untuk mengurangkan kolesterol dalam darah dan LDL dikatakan kolesterol jahat kerana apabila spesis ini banyak dalam darah, akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah (sbb mamat ni bwk yk kolesterol dalam badan die).
.
Oleh itu, sedarlah kita bahawa kolesterol baik dan jahat yg dimaksudkan bukan lah kolesterol, tetapi lipoprotein yang bertindak sebagai fat transporter. DAn tolonglah jgn menyalahkan mereka kerana mereka menjalan kan tugas dan amanah dengan baik dan cekap dengan memberi gelaran kepada mereka yg bukan2. Salahkan lah diri kita yg menyusahkan dan asik menunding jari kepada mereka yg tidak berdosa.
.
- Kenapa PUFA n MUFA (polyunsaturated fatty acids n monounsaturated fatty acid) lagi bagus dari saturated fatty acids
Sebab PUFA n MUFA ataupun dengan kate lain lemak yg tak tepu ini meningkatkan paras HDL dan mengurangkan paras LDL dalam darah. Manakala, lemak tepu adalah sebaliknya. Dengan kata lain, pengambilan banyak lemak tak tepu (byk dalam haiwan) dalam meningkat kan LDL seterusnya kolesterol dan kemudian kene atherosclerosis pastu jadila stroke, takpun heart attack pastu insaf...kalau hidup lagi la.
.
- Kenapa mentega/planta/marjerin lagi tak bagus dari lemak haiwan ?
Sbb lemak haiwan walaupun banyak lemak tepu (lemak yg kurang bagus), ada juga lemak tak tepu. Selain itu, lemak haiwan mempunyai lemak yg diperlukan oleh tubuh manusia. Asid lemak ni ade 2 jenis, 1 yg badan kita boleh sentisiskan dan yg ke 2 badan kite tak leh sentisiskan. Yang takleh sentisiskan atau hasilkan ni dinamakan essential fatty acid dan kite kene amik dari diet kalau nk hidup normal. Sbb tu lemak haiwan bagus (tp pada kadar yg sepatutnya la). Selain itu, apa yg aku nk tekankan sebenanyer kat sini, walaupun mentega/planta/marjerin dibuat dari lemak tumbuhan yg rata2nya mengandungi lemak tak tepu (lemak bagus). Namun dalam poses penghasilan mentega/planta/marjerin, lemak tak tepu ini di-hidrogen-kan menyebabkan stuktur molekul lemak ini bertukar dari 'cis' (yang asal) kepada 'trans' (yg dah di-hidrogen-kan). 'Trans fatty acid' ini menyebabkan peningkatan LDL dalam darah, mengurangkan HDL dalam darah. Jadi kenapa lagi tak elok dari lemak haiwan? sbb die da la non-essential fatty acid pastu kasi tinggi kite punye LDL pulak > high cholestrol > atherosclerosis > heart attact > 6 feets under ground.
.
- Apa beza cis-fatty acids and trans-fatty acids dan kenapa trans lagi bagus dari cis-fatty acids
Aku da explain kat atas
.
- Kenapa memakan organ dalaman seperti hati dan otak tak bagus ?
Sebab banyak gile KOLeSTEROL!!!
.
cukup la separuh dulu, jawapan satu2 nk panjang jer.. letih tangan aku. Da la tadi aku ade ikut sorang mamat tu g shop, shopping punyer la tak ingat ramdhan. PAstu aku pulak jadi mangse angkat barang dier, kalau satu dua beg plastik takpe, ni mencecah lime ke enam. Bunag tebiat btol...-To bE continuE-...
.
- Kandungan gula (glucose) dalam makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan roti lebih tinggi dari kandungan gula dalam minuman manis tetapi tak elok minum minuman manis byk2 dan selalu2 sedangkan kita makan nasi yg kandungan gula lagi tinggi tiap2 hari 3 kali sehari ?
- Kenapa pesakit diabetis/kencing manis selalu kene potong kaki?
- wanita mengandung selalu bengkak kaki ?
- wanita mengandung kuat makan dan cepat mengidam ?
- Apa itu demam kuning dan kenapa ia sering berlaku pada bayi yang baru lahir ?
- Kencing manis/Diabetis tiada penawarnya ?
- Semakin maju kita semakin banyak penyakit yg pelik2 imbul ?
Sunday, September 24, 2006
[[ Wafa' lg..xde nama lain ]]
(( ToLonG pRomotE foR mY sIs ))
.
__________________________________________
.
Alhamdulillah, akhirnya produk amal wafa enterprise (SA0036196-X), tshirt labuh akhawat telah berada di pasaran..;)antara ciri-cirinya ;- labuh melebihi paras lutut..- ada kaf di tangan.- kain tidak mengecut apabila di basuh, tidak tebal sgt n tidak nipis..- design guna digital printing..bukan rubber-dye printing..cop biasa..pendek kata...kualitinya boleh tahan insyaALlah..;)
HP no : +0133682505
Yahoo ID : usualex2000
.
.
[[ MI ]]
Myocardial Infarction [MI]
.
.
Myocardium = muscle tissue of the HeartInfarction = necrosis of tissue due to upstream obstruction of its arterial blood supply. It is the culmination of ischemia
Necrosis = is the name given to accidental death of cells and living tissue.
Ischemia = is a restriction in blood supply, generally due to factors in the blood vessels, with resultant damage or dysfunction of tissue / tissue death due to oxygen starvation.
.
Lebih dikenali sebagai Heart Attact. Merupakan suatu penyakit akibat bekalan darah ke satu2 bahagian tissue jantung menyebabkan kematian (necrosis) tisu pada bahagian jantung yg berkenaan. Sebab utama berlakunya hal ini adalah akibat sekatan dalam salur darah yg membekali tisu jantung atau dengan kata lain terbentuknya trombus ( blood clot ) didalam salur darah ( coronory artery ) yang membekali tisu jantung.
.
Akibat kekurangan atau tiada bekalan darah di satu2 kawasan tisu jantung, makan tiadalah oksigen dan nutrient debkalkan ke kawasan tersebut. Oleh itu, tisu jantung di kawasan itu akan mati dan akhirnya mengakibatkan kepada kegagalan jantung. Jantung gagal berfungsi dengan baik sebagai sebuah pam dan biasanya akan mengakibatkan tekanan darah turun dengan mendadak dan kurang darah akan dibekalkan kepada otak. Otak yg sangat memerlukan oksigen setiap masa akan shut down secara serta-merta apabila bekalan oksigen terganggu.
.
Bagaimana trombus boleh terbentuk? / bagaimana coronary artery (salur darah yg membekali darah ke tisu jantnung) boleh tersumbat?
Hal inilah yang akan dikaitkan dengan paras kolestrol dalam darah. Apabila paras kolestrol tinggi, ia akan mudah terenap pada dinding salur darah koronary dan membentuk plug. Apabila terlalu besar, plug ini akan melukakan atau mengoyak tisu salur darah dan akibatnya pembekuan darah akan berlaku dan terjadilah sumbatan atau trombus. Namun, faktor lain mungkin boleh menyebabkan pembentukan trombus tetapi akibat kolestrol adalah yg paling biasa ditemui di dalam klinik.
.
Bagaimana paras kolestrol boleh tinggi dalam darah?
Pemakanan memainkan peranan penting dalam paras kolestrol dalam darah. Makanan yg mengndungi paras kolestrol yg sgt tinggi harus dielakkan seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan berminyak, organ dalaman seperti hati, limpa dan otak, telur dan sebagainya. Bukan la tak boleh makan langsung tetapi kurangkan lah. Selain itu, Faktor genetik sangat penting. Sebenarnya badan kita sendiri boleh menghasilkan kolestrol dan kolestrol ini sudah cukup untuk kegunaan badan. Pengambilan yg berlebihan akan membawa mudarat. Namun, sesetengah orang mengalami masalah genetik dimana genetik nya mengekod agar badan menghasilkan kolestrol yg berlebihan dan ini sangat bahaya. Sbb itu apabila kita membuat pemeriksaan kesihatan atau menerima rawatan, doktor akan bertanyakan mengenai ibu bapa, adik beradik, nenek datok moyang dan sebagainya.
Aku adalah salah satu contohnya, keturunan sebelah ayah aku mmg ada high kolestrol walaupun kitorang menjaga pemakanan dengan baik. Penghasilan kolestrol dalam ahli keluarga keturunan aku ini akan menghasilkan kolestrol dengan berlebihan dan akibatnya risiko untuk mendapat heart attact adalah tinggi. Namun begitu perlu diingatkan, dalam masalah genetik, tidak semestinya sesuatu genetik yg tidak elok itu diturunkan, boleh jadi aku tiada genetik penghasilan kolestrol berlebihan dan asik aku ada atau sebaliknya. Namun langkah berwaspada perlu dititik beratkan sbb MACAM MANA AKU NK TAHU yg aku takde gene tuh? Sebenarnya sejak aku mengetahui hal ini aku menjadi sgt risau. 2 bulan lepas, pak uteh ku yg bekerja sebagai pilot baru sahaja kene bypass surgery akibat MI dan paras kolestrol yg tinggi ini. Sepupu aku yg kurus kerempengpn telah disahkan ada high kolestrol.
.
Erk..dasat! Apa faktor yg menyumbang kepada berlakunya MI ini?
Antaranya yg diketahui...
- High Kolestrol
- Genetik
- Jantina (lelaki lebih berisiko tinggi utk kene compare dgn wanita)
- post-Menopausal women (wanita yg sudah berhenti haid)
- Pesakit Diabetis
- Pesakit Diabetis
- Perokok
- Umur (org tua lebih mudah kene MI)
- HIgh blood pressure
- Pemakanan yg tidak sehat
- nisbah HDL:LDL darah tak stabil (nisbah LDL yg lebih tinggi atau HDL yg lebih rendah)
- Life style yg tak sehat (makan-tido-malas)
.
Dan banyak lagi sbb yg tidak diketahui. Lebih banyak kombinasi faktor2 diatas yg anda ada, makin berisiko lh anda untuk kene. Perlu diingatkan saiz badan tidak memainkan peranan penting sgt, cume biasanya yg chubby atau gemuk lebih mudah untuk kena. Namun begitu yang kurus kerempeng pun ramai jer. Bnayak lemak tak semestinya banyak kolestrol, sikit lemak tak semestinya paras kolestrol die rendah.
.
Tanda2nyer pulak?
Biasanya bermula abila ada rasa sakit di dada, seperti ada gajah duduk atas dada. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada tanda2 didapati dan tahu2 tiba2 satu perasaan yg sangat sakit mencengkam dada anda dan terus tidak sedarkan diri selepas itu. Orang panggil hal ini sebagai Silent Heart Attact. Semakin byk faktor2 risiko yang anda ada, semakin mudah la berlaku intant and silent attact.
.
Selain sakit didada, kesikitan juga boleh menjalar ke bahu (biasanya kanan), leher, rahang, abdomen dan belakang. Kesakitan biasa berlaku di salah satu lokasi ini. Tp kalau nk berlaku di lebih dari 1 lakosi, boleh je. Biasanya kesakitan ini berlangsung lebih kurang 20 minit atau lebih dan tidak mudah hilang dengan sekadar berehat.
.
Rasa sakit boleh jadi teruk atau sedang2. It can feel like:
- squeezing or heavy pressure
- a tight band on the chest
- squeezing or heavy pressure
- a tight band on the chest
- "an elephant sitting on [your] chest"
- bad indigestion
.
- bad indigestion
.
Other symptoms you may have either alone or along with chest pain include:
- Shortness of breath
- Cough
- Lightheadedness - dizziness
- Fainting
- Nausea or vomiting
- Sweating, which may be profuse
- Feeling of "impending doom"
- Anxiety
- Shortness of breath
- Cough
- Lightheadedness - dizziness
- Fainting
- Nausea or vomiting
- Sweating, which may be profuse
- Feeling of "impending doom"
- Anxiety
.
Sekian wassalam
Friday, July 28, 2006
[[ Team Medical Dragon ]]
When fate is your only hope are you strong enough to fight your future.
Sebuah kesah yang menonjolkan mengenai seorang pakar bedah, Asada Ryutaro (Ryu) yang teknik dan cara rawatannya telah menarik perhatian para doktor di Jepun. Asalnya manga ini aku mula membacanya awal tahun ini tetapi kurang menarik perhatian aku, tetapi baru2 ini sahabat ku telah membeli komik edisi bahasa melayu bejilid 4 dari 10 yang membawa kisah mengenai Coronary Artery Bypass Grafting dan Batista's Surgery yang sangat menarik perhatian aku. Dan secara langsung menyebabkan aku tros suke cite nih.
Memule aku ingat cite ni ade manga jer, rupa-rupanya ada anime, drama series juga movie die yang agak baru direleaskan. Dramanye pn masih ditayang kan ketika ini dijepun dan aku pastiya akan mencarinya..wahaha.
"ketika mula2 menjadi doktor, semua doktor akan berasa sedih dan tertekan bila pesakit yang dirawat mati. Untuk elakkan segala perasaan yang bersabut dan menyedihkan, mereka cuba untuk tidak terlalu rpat denga pesakit agar kemesraan yg terjalin tidak diragut suatu hari nanti. Lama-kelamaan sikap yg dikatakan professional itu timbul dan mereka sudah tidak bersedih sehingga satu tahap mereka langsung tidak merasa apa jika pesakit mereka mati. Ada juga berasa lega bila pesakit mati, tak perlu pening kepala menguruskan pesakit dan memikirkan kaedah rawatannya. Antara wang dan pesakit, antara tesis yang perlu disiapkan dan perasaan ahli keluarga dan orang terdekat pesakit. Antara tanggungjawab dan kepentingan diri dan keluarga. Antara senang dan susah. Antara prosedur dan dan mereka yg hampir mati. Antara realiti dan fantasi. Seorang doktok perlu membuat pilihan, Hidup hanya sekali"





